CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3252|Reply: 17

Rawatan Islam pertama di dunia guna telefon bimbit...

[Copy link]
Post time 9-3-2015 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Sukan Star TV
12 hrs ·

Universiti Teknologi Petronas (UTP) hari ini melancarkan aplikasi mudah alih Sistem Perubatan Islam Secara Ruqyah atau 'Mobile Islamic Ruqyah Medication System' (M-IRMS), yang pertama di dunia, bagi merawat pelbagai masalah kesihatan melalui bacaan al-Quran dan hadis.


Dr Haron Din (kanan) melakukan gimik perasmian pada pelancaran aplikasi mudah alih 'Sistem Perubatan Islam Secara Ruqyah dan Syarahan Umum Ruqyah Islam Suatu Perubatan Komplimentari' di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar, hari ini. - Foto Bernama

SERI ISKANDAR - Universiti Teknologi Petronas (UTP) hari ini melancarkan aplikasi mudah alih Sistem Perubatan Islam Secara Ruqyah atau 'Mobile Islamic Ruqyah Medication System' (M-IRMS), yang pertama di dunia, bagi merawat pelbagai masalah kesihatan melalui bacaan al-Quran dan hadis.

Naib Canselor UTP, Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim berkata aplikasi itu menyediakan rakaman doa dan ayat suci al-Quran yang dibaca sendiri oleh pengasas pusat rawatan Islam terkenal, Darussyifa', Datuk Dr Haron Din bagi menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk masalah kesihatan umum, fizikal dan rohani serta gangguan mistik.   
   
Beliau berkata, aplikasi M-IRMS memenangi beberapa anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa, antaranya, pingat emas di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) baru-baru ini.

"Aplikasi ini berpotensi besar menjadi rujukan masyarakat Islam di Malaysia mahupun di Asia Tenggara yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
   
"Kita juga sedang mengusahakan aplikasi ini dalam Bahasa Inggeris dan dijangka siap dalam masa terdekat," katanya ketika berucap pada pelancaran aplikasi M-IRMS yang disempurnakan oleh Haron di Dewan Canselor UTP di sini.

Pada majlis itu, Haron turut menyampaikan syarahan bertajuk 'Ruqyah Islam Suatu Perubatan Komplimentari'.
   
Sementara itu, Ketua Penyelidik aplikasi itu, Dr Hanita Daud, yang juga pensyarah kanan Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat UTP, berkata M-IRMS yang diusahakan sejak Jun 2014 dengan kos RM50,000 mendapat sambutan memberangsangkan apabila mencatat lebih 1,000 muat turun selepas diperkenal pada 4 Februari lepas.
   
Hanita berkata, dengan kewujudan aplikasi M-IRMS, ia membolehkan masyarakat mendapatkan rawatan melalui bacaan al-Quran dan hadis dengan lebih pantas dan tepat, terutama apabila ia mendapat sokongan luar biasa Haron yang juga tokoh rawatan Islam terkenal.  
   
"Aplikasi ini diilhamkan selepas saya membaca buku yang ditulis Datuk Haron Din dan saya dapati ia kurang mendapat sambutan, terutama daripada kalangan generasi Y, jadi saya olahkan ia ke dalam bentuk aplikasi mudah alih supaya mereka boleh menggunakannya ketika mereka sakit tanpa mengira tempat dan waktu," katanya.
   
Beliau juga berkata pengguna Android dan IOS boleh memuat turun aplikasi itu dengan bayaran RM5. - Bernama



p/s: walaupun aku bukak thread ni tapi aku tak setuju konsep so called 'rawatan Islam' ni, Islam agama reason, bukan agama hocus pocus, Nabi S.A.W pun dikhabarkan pernah guna rawatan oleh tabib bukan Islam ketika baginda sakit, bukan jampi semata-mata terus sembuh, umat Islam sepatutnya contohi kesarjanaan tokoh perubatan Ibnu Sina yang mana buku tulisan beliau Qanun Fi At-tib masih jadi rujukan perubatan di Barat...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2015 11:34 AM | Show all posts
SS DATO' DR ASRI-Dr Yusuf Qaradawi_Buka Klinik Jampi Bidaah Baru Dlm Agama

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 03:03 PM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Uncle sekadar nak bertanya..

Kalaulah perubatan kafir pun dianggap baik kerana Rasullullah S.A.W pun pernah , kenapa pula "Perubatan Islam" dianggap tidak baik?

Bagi Yg tau..Prof Dr Harun Din bukanlah bomoh Hocus Pocus..Malahan apa Yg diajar Prof lebih kepada Tibb Nabawi..Yg mana..antaranya amalan amalan doa berserta penggunaan bahan bahan ubat.

Malahan byk juga Prof menggabungkan amalan doa dengan ramuan ubat Yg mungkin bukan sunah..cthnya..Pokok misai kucing digunakan dsbnya.

Malahan Prof sendiri memberi cth Yg baik dan tidak menafikan perubatan moden..spt mengambil rawatan jantung di IJN..

Uncle harap, kita tidak mudah meng " kultus" diri sendiri..iaitu dgn menyempitkan fikiran sendiri.. Yg mana apa saja Yg dtg drp golongan Yg kita suka...semuanya kita anggap benar..dan apa saja Yg kita anggap sebagai Yg "kaki bidaah" semuanya mesti ditentang ..

Uncle bukan mengajak berdebat....sekadar meluahkan rasa..  
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Biaq pi lah kat org yg sikit2 bidaah.

Yg mazhab syafie dah tau yg bidaah ni ada jenis2 dia dan x semua sesat. So, no worries.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita mungkin belum memiliki kemampuan menghasilkan ubat2an lokal patent komersial medicine jenis ditelan yg boleh menggantikan paracetamol, amoxycilin, metformin, insulin dll.

Yg ada adalah jenis2 produk makanan kesihatan dlm bentuk kopi, teh, dll tetapi diklaim ALL-IN-ONE mampu mengubat kanser level 4, kencing manis DM, peripheral neurophaty, gout, dll PLUS kenyang perut. Ia adalah kelebihan yg tak mampu diberi oleh ubat2an paten ciptaan barat. Dan, istimewanya produk org kita ialah, ada yg diklaim sebagai perubatan ISLAM atau SUNNAH hanya kerana ia di'baca'kan atau ada bahan2 campurannya yg disebut dalam hadis Nabi SAW.

Soalnya, kenapa perlu dilibatkan nama ISLAM atau SUNNAH dlm produk komersial tersebut?

Apakah yg hendak dijual?

Label Produk SUNNAH adalah inovasi baru yg juga diguna-pakai oleh pengeluar2 produk2 kecantikan yg diambil contohnya atau diikut 'sunnah'nya dari pengamal perubatan islam yg mempromosikan produk mereka sebagai telah di'baca'kan atau di'selawat'kan.

Kalau kita ibaratkan ISLAM atau SUNNAH itu sebagai NEGARA atau BANGSA. Kita pasti akan  kecewa dgn org SENEGARA atau SEBANGSA kita yg menggunakan nama NEGARA atau BANGSA secara tidak betul utk kepentingan dirinya atau utk melariskan jualan produknya yg bergantung kepada populariti NEGARA atau BANGSA agar laris dibeli juga oleh org SENEGARA atau SEBANGSA.

Kenapa tidak bergantung kepada kekuatan produk, nama diri sendiri dan nama syarikat sahaja?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 07:29 AM | Show all posts
AwgSagi replied at 9-3-2015 11:48 PM
Kita mungkin belum memiliki kemampuan menghasilkan ubat2an lokal patent komersial medicine jenis dit ...

Assallamualaikum Tuan Awang

Yg Tuan kata tu...mmg Uncle setuju..

Malahan..Udah sering jadi bahan joke Uncle ..misalnya minyak yg claim boleh ubat hampir segala tu...uncle sebut " ni..kalau petrol habis ni blh buh ni.." tak perasan penjual ubat tu dengar !... Marah gila di..

Tapi...Sekarang Kita bercakap tentang "perubatan Islam" yg melibatkan Prof Dr Harun Din Al hafiz...Bukan tentang air jampi yg boleh rawat segala penyakit.

Sama spt ubatan barat..Prof pun guns bahan bahan ubat..cuma..Ada khafiat2 doa2 nya..juga, input pemurnian Akidah nya...Sedang Kita tahu, kalau tak Kena "fahamnya" telan panadol pun boleh bawa kpd syirik!




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2015 07:52 AM | Show all posts
O.K lah...mai kita tengok sikit..apa yg Uncle faham dgn Rukyah Syariah spt yg diajar Tn Guru ( Prof Dr Harun Din Al Hafiz )


Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 07:52 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2015 07:57 AM | Show all posts
Edited by burungantu at 10-3-2015 07:58 AM

Adakah cara yg di atas ni...SYIRIK?



Cuba kita ingat ingat balik...berapa ramai yg kita dengar..kata..

" Hah..Ubat ni lah yg aku makan...(cth Panadol )...mesti hilangg sakit kepala! "
'makan ubat ini..mesti sembuh punya"...


Dan tanpa Basmalah....terus telan ..

Harap harap..dia faham tentang 'Allah swt yg menyembuhkan....so..kita anggap ayat yg dia sebut tu..bukanlah ayat hakikat..cuma cakap harian..
kalau silap ....munkin boleh rosak akidah


Sebab tu..Rawatan Islam...mengabungkan.."Peringatan Peringatan..bahawasanya..ALLAHLAH YG MENYEMBUHKAN..".
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 07:59 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 08:18 AM | Show all posts
Bercakap tentang perubatan ni...Uncle ada lah sikit2 belajar sampingan masa di U..

Misalnya Homeopathy...ramai yg suka anggap ianya releven dhn perubatan Islam... (kena dgn Hadith "lalat".. ) ..tapi..ianya diasaskan di German..
Pakarnya ramai pulak di India.. (sebab kena dgn Ayurvedic)..
Tapi..agak rosak namanya di Malaysia..sebab kurang kawalan..

Apa yg diberitahu guru Uncle dulu..Kalau d Englang..utk jadi Homeoparty Pratc' kena lulusan Medical dulu...sebab tu depa boleh peform..
Sedang di Malaysia..ramai yg tak pass SPM pun boleh jadi Doktor Homeoparty  ( maksud Uncle "Boleh"..tapi..Uncle kenal ramai yg di Malaysia pun hebat hebat..& memang pakar pakar medical pun )


Begitu juga..Uncle jumpa ramai kawan2 uncle yg makan ubat2 herba org putih..yg dtg dalam packaging yg cantik..berserta iklan iklan menarik....JUAL DGN HARGA TINGGI..& org kita cukup yakin..
Padahal..kandungan tak lebih drp jus buah yg dah hilang khasiat pun...

Sedang ubatan traditional kita ..banyak juga yg hebat2..tapi..dianggap..keluaran PPRT...utk PPRT ..



Uncle pernah teman wife p buat rawatan muka dekat satu salon inter'..Pakar rawatan tu dgn bangga kata kat Uncle.."Ni bagusssss....dia buat drp BERAS! " ( dia jawab bila Uncle tanya kenapa mahal?

Uncle tergelak..sebab...Dalam simpanan Uncle..Uncle ada "Bedak Sejuk Ayah Ri "..yg Uncle beli dgn harga RM 5 je....lima hengget sahaja!..Yg mana Ayah Ri ni proses beras dia..(rendam ..tukar air..rendam balik...seterusnya.....) SELAMA LIMA TAHUN!


Bayangkan bedak sejuk Ayah Ri ini..kalau di komesialkan...munkin akan setara harga SK II   atau patut munkin lebih lagi!




p/s : teringat Allahyarham Ayah Ri..terasa nak start merendanm beras buat bedak sejuk utk 5 tahun akan datang punya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 09:02 AM | Show all posts
Edited by burungantu at 10-3-2015 09:08 AM

Assallamualaikum Warahmatullah

Uncle kalau dah start...meleret leret...harap kalau ada yg boring..just anggap tak ada lah ya..harap tak mengganggu..

Bila sebut tentang perubatan barat...kita juga boleh sebut tentang VITAMINS.


Memang sejak kecik..Uncle dah makan Vitamins..seolah olahnya..Vitamni ni utk badan..semacam "Minum Air"..wajib..dan umum dah...memang kena makan/minum vitamin..sebab..kalau kurang sekian sekian..jadi sekian sekian...dsbnya....tak ada pertikian! Yakin sungguh..

Walau Uncle tak suka direct selling,..tapi masa zaman muda dulu..ada le kawan ajak join "Shaklee"..Yg kemudiannya membuka mata uncle...bahawasanya Vitamin ni pun "benda baru' ( secara relatifnya..)..sebab Dr Forrest C Shaklee yg katanya Cipta vitamin ni pada tahun 1915..

Katanya...Produk Shaklee masa tu dia bagi nama " Vitalized Minerals"..Jadi kawan dia pakar Kimia jadikan nama dia.. 'VITAMINS "







& Yg menarik...Kalau kita rujuk sejarah..memang betul pun..cuma ada lain sikit..

The Invention of the Word "Vitamin"
Many scientists in Europe, as well as in Asia, began to interest themselves in the problem of actually isolating the factor in rice polishings, with a further dream perhaps of identifying and even synthesizing it. One of these was Casimir Funk, a biochemist born in Poland but trained in several European countries, who moved to London in 1910. In the following year, he reported that he had isolated the active factor. This was, in fact, incorrect but he then went on to suggest that this material belonged to the chemical class of "amines." Further, he supposed that, just as all the constituents of proteins (i.e. amino acids) belong to the same chemical class, so would the organic trace nutrients whose deficiencies were being envisioned as the causes of diseases such as pellagra and scurvy, in addition to beriberi. He therefore coined the term "vitamine" for these "vital amines." When it was realized a few years later that others in the class were not "amines," but a word was still needed, it was shortened to "vitamin."



Maksudnya...si FUNK ni..dapat idea drp Shaklee..dan tele dgn "kajian" dia...(kawan Dr Shaklee kat atas tu si Casimir Funk ini lah..hehe )

lalu dia diiktiraf pencipta nama "Vitamin"..





Apa yg Uncle cuba nak sampaikan..

Tak ada bezanya sebenarnya perubatan moden barat dgn jamu jamu kita...atau apa jenis perubatan pun...Cumanya...ORG BARAT NI PANDAI MENCANTIKAN PRODUK DEPA!


Sedang kalau kirta kaji...asal usul sebenar penemuan vitamin pun sebenarnya bermula drp kajian di Pulau Jawa...tentang penyakit Beriberi..  walau waktu tu..belum disebut vitamin...



SO..KESIMPULANNYA.....WHAT IS LACKING IN perubatan....adalah AKIDAH & IMAN...Jadi..dgn usaha usaha spt yg dibuat Prof Dr Harun Din inilah...kita dapat perbetulkan dan letak perubatan ni di landasan yg betul.

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 11:45 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 10-3-2015 11:51 AM

Ruqyah (Doa jampi yang ikut syarak) BUKAN menggantikan segala ikhtiar perubatan, ia menambahkan keyakinan kita bahawa Allah yang menyembuhkan...

Yang salah, jika ikhtiar perubatan dengan keyakinan kecanggihan ilmu kedoktoran itu lah yang menyembuhkan. INI SALAH.

Ruqyah (yang syar'i) tak salah. Ikhtiar perubatan pun tak salah jika keyakinan betul.

Tak ramai yang hafal ayat-ayat Syifa.... ada yang dihimpunkan dalam kitab-kitab, tapi kitab-kitab sering ditinggalkan dalam almari. Zaman moden ni boleh dimasukkan ke dalam telefon bimbit sebagai aplikasi RUJUKAN, di samping menjalalani ikhtiar perubatan. Maka setiap ikhtiar itu, samada dengan teknologi canggih atau tradisional, bila disertai dengan keyakinan yang betul, maka ia membawa manfaat yang baik.

Nabi S.A.W pun dikhabarkan pernah guna rawatan oleh tabib bukan Islam ketika baginda sakit, bukan jampi semata-mata terus sembuh, umat Islam sepatutnya contohi kesarjanaan tokoh perubatan Ibnu Sina yang mana buku tulisan beliau Qanun Fi At-tib masih jadi rujukan perubatan di Barat...

@obelisk,
Setahu saya, ada riwayat apabila Nabi tak sihat, baginda bacakan ayat-ayat syifa... juga baginda pernah minta isterinya bacakan ayat-ayat syifa... hatta Jibril AS pun pernah meruqyah Nabi Muhammad SAW.

Walaupun saya setuju bukanlah menjadi kesalahan guna rawatan tabib bukan Islam (jika tiada unsur syirik), tolong beri RUJUKAN yang Nabi S.A.W pernah guna rawatan oleh tabib bukan Islam??? (Bahagian yang digariskan dalam post pertama)


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2015 12:13 PM | Show all posts
mnm77 replied at 10-3-2015 11:45 AM
Ruqyah (Doa jampi yang ikut syarak) BUKAN menggantikan segala ikhtiar perubatan, ia menambahkan keya ...

dpd salah ceramah Dr Asri di youtube... tak ada masa nak cari sekarang, tgk la nanti insya Allah

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 03:08 PM | Show all posts
obelisk replied at 10-3-2015 12:13 PM
dpd salah ceramah Dr Asri di youtube... tak ada masa nak cari sekarang, tgk la nanti insya Allah
...

Ok...

Tuan punya banyak masa posting youtube.... harap dapat cari rujukan itu (kitab sahih yang mana yang menyatakan sedemikian). Jika tidak, ada kemungkinan tuan boleh dilabelkan menyebarkan khabar palsu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2015 03:23 PM | Show all posts
mnm77 replied at 10-3-2015 03:08 PM
Ok...

Tuan punya banyak masa posting youtube.... harap dapat cari rujukan itu (kitab sahih yang ...

sebenarnya mmg nak tunjuk pun video tu, tapi lepas baca reply tuan ni semacam ada ugutan halus, jadi searchlah sendiri di youtube nun, bukan susah... nak labelkan apa pun label lah, saya tak makan hati, saya mohon perlindungan Allah daripada kelemahan diri, serta kejahatan manusia dan syaitaan. Wallahualam...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2015 04:01 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 10-3-2015 04:04 PM
obelisk replied at 10-3-2015 03:23 PM
sebenarnya mmg nak tunjuk pun video tu, tapi lepas baca reply tuan ni semacam ada ugutan halus, ja ...

Tuan, itu bukan ugutan, saya menulis macam tu ada sebabnya...

Sekarang tuan rasa macam diugut?

Begitulah jika tuan SANGAT CEPAT menyebarkan HUKUM membida'ah orang lain... sedangkan orang lain berniat baik, tetapi maklumat yang sampai kepada orang lain tu tak sama seperti maklumat yang sampai kepada tuan, lalu mereka di'HUKUM' menyebarkan khabar atau hadith palsu. Tuan terfikir perasaan mereka? Tuan tahu niat mereka?

Begitula jika saya 'cuba' kaedah yang sama kepada tuan, dah tuan terasa diugut... sekarang tuan sendiri merasa 'terganggu' dengan kaedah yang tuan sering gunakan?

Point saya, jika kita benar-benar ikhlas menyampaikan sesuatu yang benar, kita tak harus berasa diugut, lalu melarikan diri dari menyampaikan fakta sebenar itu. Kita sepatutnya menjelaskan dengan ilmu dan hujjah.

jadi searchlah sendiri di youtube nun, bukan susah... nak labelkan apa pun label lah, saya tak makan hati, saya mohon perlindungan Allah daripada kelemahan diri, serta kejahatan manusia dan syaitaan. Wallahualam...

Maaf, saya bukannya rajin search youtube. Tuan yang menyebarkan, dan selalu posting youtube di forum CARI, maka tuan lebih arif dan atas tanggungjawab tuan untuk membuktikan rujukan bila diminta.

Saya bukan mencari kelemahan tuan, saya belum lagi mendengar khabar seperti yang tuan sebut tu. Maka saya pun boleh dapat ilmu jika benar dan sahih khabar yang tuan kongsi itu...


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 10:21 AM | Show all posts
Pendapat peribadi saya lah, perbandingan berubat sakit dgn doktor & makan ubat dengan berubat dgn perawat alternatif hanya dgn ayat adalah ibarat kenyang sebab ada makanan masuk dlm perut dgn kenyang sebab membaca ayat2. Seseorang yg sembuh dgn asbab nasihat doktor & makan ubat tidak akan mudah jatuh syirik dibanding org yg mendatangi perawat alternatif yg hanya guna ayat atau mantera pantun, kecuali mereka juga dibekal dgn ubat atau air minum. Dalam Al-Quran, kisah tentang penghidap penyakit paling teruk dikaitkan dgn Nabi Allah Ayub AS. Baginda sembuh dgn berusaha berdoa memohon kesembuhan hinggalah Allah SAW jadikan air yg keluar dari bumi sebagai ubatnya dan asbab zahir kesembuhannya.

Kebarangkalian sembuhnya demam panas dgn makan panadol adalah tinggi dan telah dibuktikan secara umum dibanding dgn membaca ayat2 tertentu yg hanya didakwa juga boleh menyembuhkan demam panas. Kesembuhan dgn hanya baca ayat lalu hembus2,  lebih mistik sifatnya dan utk org kita yg biasa terdedah dgn kehebatan hantu, kehebatan jin, kehebatan daulat, kehebatan mantera dll benda ghaib, perubatan yg berasaskan mistik sahaja pasti tidak banyak membantu aqidah dan mindset yg betul.

Yg baik adalah mengajar  para pesakit utk sentiasa berdoa kesembuhan dgn mendapat manfaat dari ubat2an ketika memakan ubat. Doa adalah sebagai sifat pengabdian kepada Allah SWT Yang Maha Penyembuh dan makan ubat sebagai ikhtiar zahir utk kesembuhan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.080097 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list