CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4184|Reply: 7

Antara Pengaruh Hindu Yang Menjadi Ikutan Dalam Masyarakat Melayu.

[Copy link]
Post time 8-3-2015 09:47 PM | Show all posts |Read mode








Alfian Junior‎DIALOG DEBAT ANTARA SUNNI, SYIAH, SUFI & WAHABI


Sebelum kedatangan Islam di nusantara ramai penduduknya beragama hindu terutama sekali di Indonesia.

Kebiasaannya orang hindu mengadakan upacara setelah kematian termasuk membaca mentera2 tertentu kepada si mati sama ada pada malam pertama, ketiga, ketujuh atau 40 hari.

Setelah kedatangan mubaligh Islam ke nusantara, sebahagian besar drpd mereka telah berjaya diislamkan.

Namun begitu ritual2 amalan upacara kematian sewaktu hindu dulu sukar hendak ditinggalkan.

Contoh, jika nama simati ialah Jalak, maka mereka akan beramai2 membaca mentera dan memanggil nama Jalak, Jalak, Jalak.

Maka tampilah Wali Songo menegur mereka dengan kata2 “Daripada kamu menyebut nama simati lebih baik kamu menyebut nama Tuhan”.

Wali Songo telah membuat pembaharuan dengan menukar adat puja Hindu dengan melafaz nama Allah dalam kalimah tauhid iaitu “Laailaahaillallah”, sesuai dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W. iaitu “Seafdhal zikir adalah Laailaahaillallah”.

Hasilnya Islam telah berkembang dengan mudah dan pesat di alam Nusantara.

Method pendakwah itu haruslah dipuji kerana kejahilan umat melayu ketika itu yg baru mengenal Islam.

Pada hari ini apabila tamadun Islam berkembang di bumi melayu, maka sudah sampailah masanya kita kembali kepada cara pengurusan jenazah seperti diajarkan Rasulullah SAW.

Ini kerana Rasulullah adalah ikutan sepanjang zaman.

Jika kita tidak yakin dengan apa yg diajarkan oleh Rasulullah, maka sia2lah kulit tebal kita mengaku umat baginda SAW.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2015 09:07 AM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh






Terima kasih TT atas peringatan yg baik.


Cuma yg No.4 ..."Membelah Mulut Bayi"  WAJIBLAH DIKELUARKAN DARIPADA SENARAI DI ATAS !


Memang betul, dalam Hindu ada upacara sami / brahmin mececahkan madu /minyak sapi ke mulut bayi..Tapi, membelah mulut bayi atau bertahnik yg kita lakukan adalah merupakan Ibadah dan mencontohi sunnah Rasullullah s.a.w ...bukan ikut hindu!!!!


HARAP MAKLUM DAN DAPAT DIUBAH!



Tahnik dari segi bahasa ialah lelangit di dalam mulut.(al-Marbawi, Kamus Idris al-Marbawi : 153). Pakar bahasa menyebut maksud amalan tahnik ialah dikunyah akan buah tamar atau seumpamanya lantas digosok tamar tersebut pada lelangit mulut bayi. (al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 1/462). Ia merupakan sunnah nabi yang perlu dilakukan oleh seseorang terhadap bayinya. Para ulama bersepakat mengatakan tahnik sunat dilakukan. Barangsiapa yang melakukannya, maka baginya pahala, sebaliknya barangsiapa yang tidak melakukannya, ia tidak berdosa. Ia seperti juga hukum akikah, ia adalah sunah bukan wajib.
Tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar. Jika tiada tamar, boleh gunakah rutob (tamar muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih awla daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi dimasukkan kedalam mulut anak itu dan diputar-putarkannya. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390).



Anas bin Malik menceritakan, aku telah membawa Abdullah bin Abi Talhah ketika beliau dilahirkan kepada Rasulullah s.a.w. ketika baginda memakai jubah (aba’ah) sambil menginaikan untanya. Lantas baginda bertanya : “Adakah kamu mempunyai buah tamar?” Aku menjawab, ya. Lalu aku menghulurkan beberapa biji buah tamar, dan Rasulullah s.a.w. memasukkan ke dalam mulutnya. Lalu baginda mengunyahnya kemudian membuka mulut baginda dan mengeluarkan semula tamar yang dikunyah dan diletakkan ke mulut bayi itu. Lantaran itu bayi tersebut menggerakkan lidahnya meghisap tamar tersebut. Kemudian baginda menyebut : “Yang disukai orang ansar ialah tamar dan namakannya dengan nama Abdullah”.
(HR Muslim 3995, Lihat al-Nawawi, Sharah sahih Muslim 7/269). Hadis ini menunjukkan sunnah tahnik bayi yang baru dilahirkan, afdal melakukan tahnik dengan buah tamar


Hadis :

Hadis Abu Burdah daripada Abu Musa r.a, maksudnya:

“Aku telah mendapat seorang anak. kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma.”






Dari Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata :
“Artinya : Lahir seorang anakku maka aku membawanya ke hadapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam maka beliau memberinya nama Ibrahim.

Beliau mentahniknya dengan kurma dan mendo’akan barakah untuknya.
Kemudian beliau menyerahkan bayi itu kepadaku.”





Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 09:10 AM | Show all posts
Bagi yg suka Sains..sila baca..  



The Analgesic (Pain Killing) Effect of Sucrose In Full Term Infants: A randomised Controlled Trial
yang mana kajian ini dilakukan oleh Nora Haouari, Christopher Wood, Gillian Griffiths and Malcolm Levene di Leeds General Infirmary di England. Kajian yang dilakukan ialah dengan mengambil sejumlah 60 orang bayi yang berumur antara 1-6 hari diberikan 2ml larutan yang mengandungi gula sukrosa. Setiap seorang daripada mereka diberikan samada larutan yang mengandungi 12.5% sukrosa ataupun yang mengandungi 25% sukrosa ataupun yang mengandungi 50% sukrosa ataupun air kosong (sterile water) sebagai control. Selepas larutan ini diberikan melalui mulut, bayi- bayi ini dicucuk dibahagian kaki bagi mengeluarkan darah supaya ujian makmal dapat dilakukan ke atasnya. Kajian ini mendapati selepas bayi dicucuk, masa tangisan yang diambil oleh bayi-bayi ini berbeza mengikut larutan sukrosa yang diambil oleh mereka. Masa tangisan bagi bayi-bayi yang mengambil air kosong tanpa sukrosa adalah yang paling lama. Sebaliknya masa tangisan bagi bayi-bayi yang mengambil sukrosa adalah pendek terutamanya bagi mereka yang diberikan larutan sukrosa yang paling tinggi. Justeru, pakar-pakar merumuskan gula dapat dimanfaatkan sebagai bahan pencegah kesakitan bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan.
Tambahan pula ia dalah selamat digunakan. Penemuan ini dilaporkan didalamBritish Medical Journal bertarikh 10 Jun 1995. Justeru tahnik yang digunakan keatasa bayi yang baru dilahirkan dengan menggunakan buah tamar bukanlah sesuatu yang baru ataupun suatu perkara yang tidak masuk akal yang pernah dikatakan sesetengah pihak. Sebaliknya sains membuktikan bahawa tahnik mampu menghilangkan perasaan kesakitan bayi selepas dilahirkan kerana buah tamar kaya dengan gula terutamanya daripada jenis sukrosa.

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 09:35 AM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullah

Sebagai tambahan , Uncle suak juga nak sebut,..walau TT tak ada dalam senarainya :

GUNTING/ CUKUR RAMBUT BAYI .

Ada dalam hindu?... YA ADA.


Upacara penyucian (sankaras) lain yang dilakukan oleh orang Hindu ialah upacara mencukur jambul bayi yang dinamakan tonsure, cula-karma, kesanta, ksyaura (mencukur dan menggunting rambut), di mana ia dilakukan pada tahun yang ketiga daripada kelahiran. Kadang-kadang ia diadakan pada tahun yang ketujuh atau kelapan selepas bersalin




Uncle biasa dengar, org sebut..majlis 'Cukur Jambul"....munkin sebutan ni Pengaruh Hindu!..TAPI..Pelaksanaan dalam Islam..

1. Rambut bayi dicukur habis
2. Rambut bayi ditimbang.
Disedekahkan Emas seberat rambut .
Atau boleh juga Perak . (emas munkin ramai yg tak mampu)




Sekarang ada pulak "BABY SHOWER".

Uncle taklah nak kata apa apa hukum. Cuma Uncle berharap dan doa moga moga, adat "Baby Shower" ni tidaklah hingga menghilangkan Ibadah Tahnik dan sedekah emas/perak ini .

Tambahan bila dah ada yg "maju" konon tak mau jadi umah pprt..konon Tahnik dan cukur pun adat hindu...baik baby shower, katanya...


MOGA MOGA ALLAH S.W.T memelihara kita....amin
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 09:44 AM | Show all posts
Mencukur Rambut Bayi
Pertanyaan:
Jika ada seorang bayi yang belum dicukur ketika hari ketujuh setelah kelahiran, bolehkah dia dicukur setelah itu?
Trim’s

Jawaban:
Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du,
Pertama, yang sesuai sunah, mencukur rambut bayi dilakukan di hari ketujuh setelah kelahiran. Berdasarkan hadis dari Salman bin Amir Ad-Dhabbi radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَعَ الْغُلَامِ عَقِيقَةٌ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الْأَذَى

“Setiap anak ada aqiqahnya, sembelihlah aqiqah untuknya dan buang kotoran darinya.” (HR. Bukhari 5471)
Dalam hadis lain, dari Samurah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الْغُلَامُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ

Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya, disembelih di hari ketujuh, diberi nama, dan dicukur kepalanya. (HR. Nasai 4149, Abu Daud 2837, Turmudzi 1522, dan dishahihkan Al-Albani)
Ibn Abdil Bar mengatakan,

الحلق معنى أميطوا عنه الأذى

Makna: “buang kotoran dari bayi” adalah mencukur rambutnya. (Al-Istidzkar, 5/315)
Dalam Ensiklopedi Fikih dinyatakan,

ذهب الجمهور المالكية والشافعية والحنابلة إلى استحباب حلق شعر رأس المولود يوم السابع, والتصدق بزنة شعره ذهباً أو فضة عند المالكية والشافعية, وفضة عند الحنابلة. وإن لم يحلق تحرى وتصدق به. ويكون الحلق بعد ذبح العقيقة

Mayoritas ulama, yaitu malikiyah, Syafiiyah, dan Hambali, berpendapat bahwa dianjurkan mencukur kepala bayi pada hari ketujuh, dan bersedekah seberat rambut berupa emas atau perak menurut Malikiyah dan Syafiiyah, dan berupa perak saja menurut hambali. Jika tidak dicukur maka beratnya dikira-kira beratnya, dan sedekah dengan perak seberat itu. Mencukur rambut dilakukan setelah menyembelih aqiqah. (Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah, 18/96)
Jika Belum Dicukur di Hari Ketujuh
Jika pada hari ketujuh belum sempat dicukur, maka rambut anak tetap dicukur setelah itu, meskipun telah baligh.
Hal ini sebagaimana keterangan Ibn Hajar Al-Haitami, salah seorang madzhab Syafii, ketika beliau menjelaskan anjuran cukur rambut dan sedekah seberat rambut. Beliau menegaskan kasus rambut bayi yang belum dicukur,

مَنْ لَمْ يُفْعَلْ بِشَعْرِهِ مَا ذَكَرَهُ يَنْبَغِي لَهُ كَمَا قَالَهُ الزَّرْكَشِيُّ أَنْ يَفْعَلَهُ هُوَ بِهِ بَعْدَ بُلُوغِهِ إنْ كَانَ شَعْرُ الْوِلَادَةِ بَاقِيًا وَإِلَّا تَصَدَّقَ بِزِنَتِهِ يَوْمَ الْحَلْقِ فَإِنْ لَمْ يَعْلَمْ احْتَاطَ وَأَخْرَجَ الْأَكْثَرَ

“Siapa yang rambutnya belum ditangani seperti yang disebutkan (dicukur dan disedekahi) maka selayaknya dia melakukan seperti yang disarankan Az-Zarkasyi, bahwa rambutnya dicukur, setelah baligh, jika rambut bawaan lahir masih ada. Jika tidak ada maka dia bersedekah dengan seberat rambut pada saat dicukur. Jika tidak diketahui beratnya, dia mengambil langkah hati-hati, dengan bersedekah lebih banyak.” (Tuhfatul Muhtaj, 41/201).
Keterangan Az-Zarkasyi yang dikutif Al-Haitami, tidaklah menganjurkan untuk menunda pelaksanaan mencukur rambut anak sampai baligh. Beliau hendak menjelaskan bahwa mencukur rambut sifatnya longgar, boleh dilakukan meskipun telah baligh.
Allahu a’lam
Dijawab oleh Ustadz Ammi Nur Baits

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 09:46 AM | Show all posts
Mentahnik Bayi
Pertanyaan:
Assalamu’alaikum Dokter.
Sebelumnya saya mau tanya, tahnik itu seperti apa? Apakah tahnik pada bayi hanya boleh menggunakan kurma? Bagaimana dengan madu? Apakah berbahaya untuk kesehatan bayi? Dan bagaimana pula tehnik yang paling tepat mentahnik bayi dan apakah ada dalilnya? Atas perhatian dan jawabannya jazaakumullahu khoiron.

Jawaban:
Wa’alaikumussalam
pengertian tahnik dijelaskan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah,

والتحنيك مضغ الشيء ووضعه في فم الصبي ودلك حنكه به يصنع ذلك بالصبي ليتمرن على الأكل ويقوى عليه وينبغي عند التحنيك أن يفتح فاه حتى ينزل جوفه وأولاه التمر فإن لم يتيسر تمر فرطب وإلا فشيء حلو وعسل النحل أولى من غيره

“Tahnik ialah mengunyah sesuatu kemudian meletakkan/memasukkannya ke mulut bayi, lalu menggosok-gosokkan ke langit-langit mulutnya. Dilakukan demikian kepada bayi agar supaya ia terlatih terhadap makanan dan untuk menguatkannya. Dan yang patut dilakukan ketika mentahnik hendaklah mulut bayi tersebut dibuka sehingga sesuatu yang telah dikunyah masuk ke dalam perutnya. Dan yang lebih utama ketika mentahnik ialah dengan kurma kering (tamr). Jika tidak mudah mendapatkan kurma kering (tamr), maka dengan kurma basah (ruthab). Dan kalau tidak ada kurma dengan sesuatu yang manis dan tentunya madu lebih utama dari yang lainnya (kecuali kurma).”(Fathul Bari, 9:558,  Darul Ma’rifah, Beirut, 1379 H, syamilah)
Himah tahnik adalah agar yang paling pertama masuk di perut bayi adalah sesuatu yang manis dan ketika itu berdoa mengharapkan keberkahan.
Syaikh Muhammad Shalih al-Munajjid hafidzahullah menjelaskan,

وأما الحكمة من التحنيك بالتمر، فقد كان العلماء قديما يرون أن هذه السنة فعلها النبي صلى الله عليه وسلم ليكون أول شيء يدخل جوف الطفل شيء حلو ، ولذا استحبوا أن يحنك بحلو إن لم يوجد التمر

“Adapun hikmah dari tahnik menggunakan kurma, para ulama terdahulu berpendapat bahwa ini adalah sunnah yang dilakukan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam agar yang paling pertama masuk ke perut bayi adalah sesuatu yang manis, oleh karena itu dianjurkan mentahnik dengan sesuatu yang manis jika tidak mendapatkan kurma.”(Al-Islam Su’al wal jawab, sumber: http://islamqa.info/ar/ref/102906)
Al-Mawardi rahimahullah berkata,

فعند من يجيز التحنيك فالأفضلُ عنده أن يكون بالتمر، فإن لم يجد فيحنِّكه بشيءٍ يكون حُلْوًا على ما ذهب إليه الشافعية والحنابل

“Menurut ulama yang membolehkan tahnik (bukan perbuatan khusus bagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam saja), maka yang paling utama menurut mereka menggunakan kurma, jika tidak ada maka dengan sesuatu yang manis sebagaimana pendapat Syafi’iyyah dan Hanabilah.”(Al-Inshaf lil Mawardi 4:104, sumber: http://www.ferkous.com/site/rep/Bo46.php  )
Imam An-Nawawi rahimahullah berkata,

كون التحنيك بتمر وهو مستحب ولو حنك بغيره حصل التحنيك ولكن التمر أفضل

“Tahnik dilakukan dengan kurma dan ini mustahab, namun andai ada yang mentahnik dengan selain kurma maka telah terjadi perbuatan tahnik, akan tetapi tahnik dengan kurma lebih utama.”(Syarhu Muslim lin Nawawi 14:124, Dar Ihya’ut Turost, Beirut, cet. II, 1392 H, syamilah)
Jadi tahnik pada dasarnya menggunakan bahan yang manis, maka madu juga bisa digunakan, akan tetapi yang dicontohkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah menggunakan kurma.
Sebagaimana diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abu Burdah dari Abu Musa, dia berkata,

وُلِدَ لِى غُلاَمٌ فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ وَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ

“Pernah dikaruniakan kepadaku seorang anak laki-laki, lalu aku membawanya ke hadapan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka beliau memberinya nama Ibrahim dan mentahniknya dengan sebuah kurma.” (Dikeluarkan oleh Al-Bukhari (5467 Fathul Bari) Muslim (2145 Nawawi), Ahmad (4/399), Al-Baihaqi dalam Al-Kubra (9/305) dan Asy-Syu’ab karya beliau (8621, 8622))
Tahnik bermanfaat bagi kesehatan dan telah dilakukan penelitian.Berikut penelitian dokter spesialis yaitu dr. Muhammad Ali al-Baar, ini adalah ringkasannya,

” إن مستوى السكر ” الجلوكوز” في الدم بالنسبة للمولودين حديثاً يكون منخفضاً ، وكلما كان وزن المولود أقل ، كان مستوى السكر منخفضاً .

وبالتالي فإن المواليد الخداج [وزنهم أقل من 2.5كجم] يكون منخفضاً جداً بحيث يكون في كثير من الأحيان أقل من 20 ملليجرام لكل 100 ملليلتر من الدم . وأما المواليد أكثر من 2.5 كجم فإن مستوى السكر لديهم يكون عادة فوق 30 ملليجرام .

ويعتبر هذا المستوى ( 20 أو 30 ملليجرام ) هبوطاً شديداً في مستوى سكر الدم ، ويؤدي ذلك إلى الأعراض الآتية :

1-أن يرفض المولود الرضاعة .

2-ارتخاء العضلات .

3-توقف متكرر في عملية التنفس وحصول ازرقاق الجسم .

4-اختلاجات ونوبات من التشنج

Sesungguhnya kandungan zat gula “glukosa” dalam darah bayi yang baru lahir adalah sangat kecil, dan jika bayi yang lahir beratnya lebih kecil maka semakin kecil pula kandungan zat gula dalam darahnya.
Oleh karena itu, bayi prematur (lahir sebelum dewasa), beratnya kurang dari 2,5 kg, maka kandungan zat gulanya sangat kecil sekali, dimana pada sebagian kasus malah kurang dari 20 mg/100ml darah. Adapun anak yang lahir dengan berat badan di atas 2,5 kg maka kadar gula dalam darahnya biasanya di atas 30 mg/100 ml.
Kadar semacam ini berarti (20 atau 30 mg/100 ml darah) merupakan keadaan bahaya dalam ukuran kadar gula dalam darah. Hal ini bisa menyebabkan terjadinya berbagai penyakit:
  • Bayi menolak untuk menyusui;
  • Otot-otot melemas;
  • Berhenti secara terus-menerus aktivitas pernafasan dan kulit bayi menjadi kebiruan;
  • Kontraksi atau kejang-kejang (Al-Islam su’al wal jawab, sumber: http://islamqa.info/ar/ref/102906)
Demikian, semoga bermanfaat.
Dijawab oleh: dr. Raehanul Bahraen (Alumni Fakultas Kedokteran UGM, sedang menempuh spesialis patologi klinik di Fakultas Kedokteran UGM)

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2015 11:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 11:39 AM | Show all posts
salam

terbentuk ugama itu atas 3 perkara ..
  • iman
  • islam
  • ihsan

terbentuk bangsa itu atas 3 perkara
  • adat
  • budaya
  • warisan

adat budaya warisan yang tidak bertentangan dengan ugama d'haruskan ..

wassalam


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.102178 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list