View: 5529|Reply: 3
|
Pininfarina Ferrari Sergio bakal dibina 6 unit sahaja
[Copy link]
|
|
Edited by Nusantara77 at 6-3-2015 11:40 AM
Pininfarina Ferrari Sergio bakal dibina 6 unit sahaja
Pininfarina Ferrari Sergio bakal dibina 6 unit sahajaPertama kali dunia diperlihatkan konsep Pininfarina Sergio ialah pada 2013 di Geneva Motor Show. Selama ini pihak media menganggap pembangunannya akan terhenti sebagai kereta konsep, rumah reka bentuk Itali, dengan kerjasama Ferrari, telah berusaha keras membawanya ke dalam barisan pengeluaran, walaupun dengan keluaran yang sangat, sangat, sangat terhad.
Versi jalanan Pininfarina Sergio kini dikenali sebagai Pininfarina Ferrari Sergio, membuat kemunculan sulung di 2015 Geneva Motor Show. Kereta tersebut terbina bagi memperingati ulang tahun ke-60 kerjasama Pininfarina dengan Ferrari, dan hanya enam buah akan dihasilkan untuk pelanggan persendirian. Iya, hanya 6 sahaja di dunia!
Dengan kerjasama dengan Ferrari, tidaklah mengejutkan apabila kita semua diberitahu bahawa Sergio dibangunkan berdasarkan Ferrari 458 Spider, walaupun bentuknya kelihatan tidak sebegitu menarik 458 Sypder. Apa pun, ia masih merupakan ciptaan yang unik.
kredit:ww.arenakenderaan.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila LA nk merasa naik isk sedeh |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat order sebelum kehabisan stok..... |
|
|
|
|
|
|
|
compare design2 Ferrari terdahulu... nampak mcm kureng sikit. apa pun it's Ferrari. pusing kunci dijari pun ramai awek2 dan balak2 akan datang dekat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|