CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5155|Reply: 4

Halalkah Minyak Masak Terpakai?????

[Copy link]
Post time 2-3-2015 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Halalkah Minyak Masak Terpakai?????



Ada customer tanya saya kat Restoran Lava Grill pakai minyak masak jenis apa????? Terus terang saya cakap di restoran kami nie kami sentiasa pakai minyak masak jenis SAJI dalam botol 5kg. Walaupun mahal minyak masak dalam botol nie dari minyak paket 1kg saya tetap pilih minyak masak dalam botol.

Memandangkan kualiti dan aspek halalan toyibban yang ada pada minyak masak dalam botol jenama terkenal diperakui halal dan sempurna prosesnya serta diperakui halal oleh pihak JAKIM. Satu lagi minyak masak dalam botol nie diproses terus dari buah sawit dan bukannya dari proses kitar semula minyak terpakai.

Kenapa kami beli minyak masak dalam botol????? Sepanjang saya terlibat dalam dunia pengurusan restoran banyak benda saya pelajari secara langsung dan tak langsung. Salah satunya adalah dalam aspek pemilihan minyak masak berkualiti. Kenapa dan mengapa kita perlu pilih minyak masak yang disahkan tahap kualitinya dan tahap halal pada produk?????

Minyak masak terpakai nie sebenarnya ada pihak yang datang membeli pada harga RM1.00/kg. Bila kita nampak sendiri cara pengendalian mereka amik minyak tu membuatkan saya mula terfikir faktor kehalalan pada minyak masak terpakai yang diproses semula.

Bagaimana status HALAL pada produk minyak masak terpakai yang diproses semula? Mengikut pihak yang membeli minyak terpakai nie diaorang borong di seluruh restoran yang ada di Lembah Klang termasuk la restoran halal dan tidak halal. Minyak masak terpakai nie akan dipam masuk ke dalam satu tangki khas. So kat sini kita dah boleh nampak minyak yang halal dan tidak halal telah bercampur keseluruhannya.

Sebagai sorang muslim saya berhak memastikan pelanggan di restoran saya menikmati produk asas untuk memasak dari produk yang halal sahaja. Memandangkan isu halal adalah sesuatu yang sensitif saya mengambil langkah awal untuk mengelakkan dari mengguna minyak masak dalam paket yang diproses semula agar keraguan ke atas minyak telah saya atasi dari peringkat awal.

Mungkin ramai lagi peniaga muslim yang terlibat dalam industri berasaskan makanan tak tahu berkenaan isu ini. Oleh itu saya berharap pada setiap muslim terutamanya pada peniaga produk makanan boleh take note dan berhati-hati dengan isu ini. Korang juga sebagai pengguna terutamanya yang beragama Islam wajib amik tahu supaya dapat memberikan makanan yang betul-betul halal pada keluarga.

Sesungguhnya mencari yang halal itu adalah satu kefardhuan pada setiap muslim. Lagi satu minyak masak terpakai yang diproses nie mengikut kajian sainstifik mengandungi kandungan karbon yang tinggi boleh jadi penyebab berlakunya proses kanser dalam tubuh badan kita. Semoga korang semua menjadi pengguna yang bijak dalam memastikan kesihatan dapat dijaga dari peringkat awal. Posted in: Islam, Isu Agama, isu Halal, Isu Panas, Isu Semasa, JAKIM

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2015 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke myk dlam paket tu minyak terpakai n aku nak tnya halal tu semata-mata xde babi ke. Kenapa nak pening2 kepala klu ada pihak yg bertggujwb soal halal haram mcm jakim etc dri mana2 negara pon ada logo halal makan aje la
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 09:13 PM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Setahu Uncle lah...minyak masak ya dikutip untuk kitar semula tu bukan untuk diguna jadi minyak masak..
Tapi...diproses jadi "minyak hitam"..(utk Kereta)

Tu yg uncle dengar le..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 09:23 PM | Show all posts
Yg banyaknya untuk biodiesel ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 10:06 PM | Show all posts
Sama seperti Tuan @burungantu apa yg saya tau ia diproses jadi biodiesel. TV3 pernah keluarkan rencana bagaimana minyak terpakai diproses menjadi biodiesel dlm Majalah 3.
Dalam UTUBE ada ditunjuk used minyak makan diproses & dijual menjadi minyak makan semula. Dikatakan ia di China. Tapi kesahihannya tak pasti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.044662 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list