surah al ikhlas yang beerti tauhid yang sebenarnya adalah surah yang ke 112 didalam al quran ,mengandungi 4 ayat sahaja,ia dinamakan al ikhlas kerana rasulullah saw diperintahkan oleh allah agar menegaskan kepada seluruh manusia bahawa allah adalah maha esa,maha satu,dan tiada sebarang bandingannya.surah ini adalah merupakan firman allah yang menjadi pokok akidah yang sebenarnya khususnya untuk dijadikan asas pegangan hidup umat islam itu sendiri. terdapat banyak hadis hadis rasulullah saw yang menerangkan fadhilat,faedah dan juga hikmahnya bagi sesiapa yang mengamalkan membaca surah al ikhlas ini.antaranya
sesiapa yang membaca surah al ikhlas ini satu kali,maka allah taala memberikan pahala sebanyak pahala 100 orang pahlawan syahid.(hr ubai bin kaab)
sesiapa yang membacanya 10 kali setiap lepas solat fardhu subuh maka tidak akan terjadi kepadanya suatu dosa pun,walaupun syaitan bersungguh sungguh mengodanya (hadis ali bin abi thalib)
sesiapa yang membaca surah al ikhlas satu kali maka seolah olah ia membaca sepertiga al quran (hadis anas bin malik)
sesiapa membaca surah al ikhlas 3 kali maka seolah olah ia membaca keseluruhan al quran.(hadis anas bin malik)
sesiapa yang membacanya surah al ikhlas dalam setiap solat solat fardhu maka allah taala mengampuninya beserta kedua ibubapanya dan orang yang celaka lalu menuliskannya dalam buku buku catatan amal orang orang yang berjaya (dari sebuah khabar-majalis)
sebuh hadis rasulullah saw pula bermaksud,sesiapa yang membaca surah al ikhlas 10 kali maka allah taala akan membinakan untuknya sebuah rumah didalam syurga
sesiapa membaca surah al ikhlas semasa sakit yang membawa kepada kematiannya maka ia tidak akan terkena fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur dan ia akan dibawa oleh malaikat dengan tapak tanganya hingga melepasi sirat menuju ke syurga (hadis at tabrani)
sebuah lagi hadis rasulullah saw bermaksud,sesiapa yang membaca surah al ikhlas diatas perkuburan sebanyak 11 kali dan pahalanya dihadiahkan kepada umat islam yang telah meninggal dunia maka diterimakan kepadanya pahala sebanyak mereka yang telah meninggal dunia