CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4332|Reply: 8

Jackie Chan Tak Sambut Tahun Baharu Cina

[Copy link]
Post time 19-2-2015 10:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ib-instaforex at 19-2-2015 11:03 PM



HAMPIR enam dekad beraksi di pentas lakonan sekali gus membawa namanya ke tahap yang tersendiri, bakat selebriti antarabangsa ini turut mendapat pengiktirafan di negara kita.

Baharu sahaja menerima anugerah darjah kebesaran Panglima Mahkota (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara, Datuk Jackie Chan adalah selebriti antarabangsa ketiga yang menerima gelaran ini.

Membawa gelaran Datuk sejak 1 Februari lalu, ia semestinya memberi semangat baharu buat aktor hebat ini dalam terus beraksi di layar perak.

Pun begitu, gelaran yang diterima tidak memberi apa-apa perubahan dari segi kehidupan peribadi pelakon ini malah sambutan untuk Tahun Baru Cina juga tidak menjadi prioriti dalam hidupnya.

Akui pemilik nama sebenar, Chan Song Kang, 60, ini kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidupnya berbanding merayakan sambutan Tahun Baru Cina.

Menerusi portal Yahoo! Singapura, dia bukanlah seorang yang sangat mementingkan keluarga di musim perayaan kerana baginya, masa untuk keluarga sentiasa ada.

“Kerjaya saya sebagai pembikin filem adalah lebih penting daripada sambutan perayaan. Untuk perayaan, perkara yang diutamakan adalah bertemu dengan keluarga dan pada saya, untuk bertemu ianya bukan hanya tertakluk pada waktu perayaan sahaja.

Hari ini, esok atau lusa sama sahaja.

“Berbeza pula dengan kerja-kerja di lokasi di mana kita akan berjumpa dengan orang yang berbeza. Malah, dalam filem, apabila penggambaran itu tamat, kita sudah tidak berjumpa dengan mereka lagi.

“Untuk keluarga, bila-bila masa sahaja ada waktu untuk berjumpa. Sebab itu saya rasakan, kerja lebih penting,” katanya lagi.

Melihat kepada kenyataan yang dikeluarkan, ramai yang menganggap aktor ini seakan meluahkan rasa yang terbuku di hati ekoran penahanan anaknya, Jaycee Chan selepas didapati bersalah dan di hukum penjara enam bulan atas kesalahan menyimpan dadah jenis marijuana di apartmennya.

Walaupun kini anaknya telah dibebaskan, namun ia tetap meninggalkan kesan yang mendalam buat pelakon filem, Twin Dragons ini.

“Saya rasa, tempoh dalam penjara yang dikenakan ke atasnya sudah cukup untuk memberi kesedaran betapa pentingnya masa depan kita.

“Bagi saya, hukuman itu cukup setimpal dengan apa yang telah dia lakukan dan apa yang pasti, dia bukan kanak-kanak lagi yang tidak tahu apa-apa,” katanya lagi.

Kerja keras demi Dragon Blade

Dalam perkembangan seni pula, peminat selebriti ini boleh menyaksikan aksi lakonannya menerusi filem, Dragon Blade, mulai hari ini di seluruh pawagam.

Turut menjelajah ke Kuala Lumpur dan Singapura untuk mempromosikan filem terbaharu terbitannya itu, Jackie memberitahu filem epik yang diangkat dari kisah benar itu adalah karya yang sukar untuk diterjemahkan di layar.

Turut membintangi karya tersebut, Jackie yang memegang watak sebagai Huo An memberitahu, seramai 700 kru ditugaskan untuk menghidupkan latar pemerintahan Dinasti Han di China sekitar tahun 206 hingga 220 sebelum Masihi.

“Kami bekerja keras untuk menghasilkan filem ini walaupun terpaksa berurusan dengan kru yang datang dari pelbagai bangsa. Selain berdepan dengan kekangan masa, kami juga berdepan dengan cuaca yang tidak menentu di lokasi penggambaran, Gurun Gobi dan Mongolia.

“Pembikinan filem ini bukanlah sesuatu yang mudah malah, saya menghabiskan masa selama tujuh tahun untuk menyiapkannya dan diserahkan kepada pengarah, Daniel Lee, untuk divisualkan.

“Namun, saya beruntung kerana mempunyai tenaga kerja yang komited dan aksi-aksi yang dirakam amat memuaskan hati saya. Penonton boleh menilai sendiri hasil kerja keras kami di pawagam,” katanya lagi.

Filem epik ini mengisahkan mengenai Huo An, seorang komander Skuad Penyelamat yang ditugaskan memelihara Laluan Sutera pada era Dinasti Han.

Konflik bermula apabila Huo An memberi tempat perlindungan kepada seorang jeneral berbangsa Rom bernama Lucius (John Cusack) yang melarikan diri daripada Tiberius (Adrien Brody) kerana berebut takhta daripada adik bongsunya, Publius.

Ekoran daripada amarah, dendam dan pembelotan, 36 buah negara di Laluan Sutera bergabung, menentang Tiberius dan angkatan tenteranya.



Profil

Nama Penuh : Chan Song Kang
Tarikh Lahir : 7 April 1954
Tempat Lahir : Victoria Peak, British Hong Kong
Kerjaya : Pelakon, Pengarah, Penerbit, Penyanyi, Penulis Skrip
Anak : Jaycee Chan, Etta Ng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2015 01:36 AM | Show all posts
tua dah die.. muke nampak mude lg..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 04:54 PM | Show all posts
Wow musti bagus Dragon Blade ni sbb ambik masa 7 tahun utk komplet. Filem Epik fail Merong Mahawangsa pun ambik masa bulan2 shj.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2015 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Jackie chan mula berlakon umur 1 tahun ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2015 04:01 PM | Show all posts
berlakon hampir 6 dekad
tapi umur da 60 tahun
artikel salah tulis ke ape
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
imthegirl replied at 22-2-2015 10:54 AM
Jackie chan mula berlakon umur 1 tahun ke?

tau xpe! haha!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2015 08:39 AM | Show all posts
jackie chan ni mcm tak pentingkan keluarga ...mcm org yg tak ambil berat pasal anak2 dia.bapa yang tidak bertanggungjawab ke dia ni? lag satu dia ada anak luar nikah dgn elaine wu
  1. http://asianfanatics.net/gallery/archived/Hong_Kong_Female/Elaine_Ng_Yi_Lei/A37291D44DDE4C5652638462ED9760.jpg
Copy the Code
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 10:30 AM | Show all posts
biar btul...tp tgk pun tau die jenis pentingkn kerjaya...duit byk2 pun nk wat ape? nnt mati ank gak yg ngabiskn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2015 08:00 AM | Show all posts
mesti anak dia ak sabar nak tggu bapak mati..sduit berkepok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.040510 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list