CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1965|Reply: 1

Sejarah 1970 berulang lagi?

[Copy link]
Post time 12-2-2015 09:21 AM | Show all posts |Read mode


        APAKAH sejarah 1970 bakal berulang lagi tahun ini apabila tiada pemain perseorangan badminton lelaki Malaysia mengambil bahagian pada Kejohanan Badminton All-England.
       
        Ini kerana, dalam undian dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kelmarin, tiada langsung pemain negara diberikan tempat utama seperti kebiasaan.
       
        Juara bertahan, Datuk Lee Chong Wei yang kini menduduki ranking nombor tiga dunia tidak layak bermain selepas digantung BWF bagi kesalahan doping tahun lalu.
       
        Hanya tiga pemain yang dilihat mampu menyelesaikan perkara ini, tetapi Chong Wei Feng yang berada di kedudukan 32 dunia, Mohd Arif Abdul Latif (55) dan Zulfadli Zulkiffli (56) perlu mengharungi pusingan kelayakan terlebih dahulu.
       
        Sudah tentu ia menjadi tugas sukar buat mereka dalam menempatkan diri dalam undian utama kelak.
        Wei Feng merupakan pilihan keempat dan harus berdepan dua pusingan dengan bertemu pemain India, Anand Pawar sebelum pemain muda Taiwan, Wang Tzu-wei atau Ajay Jayaram dari India menanti di peringkat seterusnya.
       
        Juara kebangsaan, Zulfadli mungkin menghadapi pemain China, Xue Song pada pusingan kedua manakala Arif berdepan pemain Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka pada pusingan pembukaan.
       
        Situasi ini membimbangkan bekas juara kejohanan edisi 2003, Muhammad Hafiz Hashim yang mahu mengelak episod gagal layak ke pusingan pertama kembali menghadirkan mimpi ngeri kepada peminat tempatan.
       
        "Satu  tamparan hebat untuk sukan badminton Malaysia jika tiada langsung wakil lelaki bermain di pusingan pertama All-England.
        "Saya lihat lawan bakal dihadapi Wei Feng, Arif dan Zulfadli agak kuat dan terfikir bolehkah melepasi halangan tersebut.
       
        "Tapi, saya berharap sekurang-kuranganya ada wakil negara seperti Arif dan Zul mara andai Wei Feng terkandas yang penting mesti ada pemain negara beraksi," katanya kepada Sinar Harian semalam.
       
        Menurut Hafiz, seperti harapan peminat lain, dia menaruh harapan kepada tiga pemain berkenaan bukan sahaja masuk ke saingan utama tetapi muncul juara.
       
        "Orang asyik bercakap kita belum capai standard macam Chong Wei, Sampai bila kita harus menunggu. Saya percaya sekiranya mereka bermain penuh semangat tak mustahil boleh jadi juara," katanya.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2015 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Zulfadli perlu sertai lebih byk kejohanan antrabangsa..die ni bgos bekas jura remaja dunia mcm chenglong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.057756 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list