Ayat 26-27 Surah Ali Imran ini adalah amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Muaz Bin Jabal r.a. bagi melunaskan hutang-hutang yang ditanggungnya.
Ayat ini jika diteliti mangandungi maksud yg sgt mendalam yang menjadi pegangan kita diwaktu susah atau senang, waktu suka dan duka, apabila ditimpa musibah, ditindas oleh orang, untuk mendapatkan kebaikan dan kedudukan yang baik di dunia dan akhirat, untuk diperluaskan rezeki, kemuliaan dunia dan akhirat, perlindungan dari sebarang bahaya...dan bermacam macam lagi yg mungkin bukan dalam pengetahuan saya..