p/s: alangkah bagus kalau masjid kat Malaysia ada buat ala2 open day macam ni, tak ada la non muslim kat malaysia ni paranoid, malah boleh dekatkan lagi diorg dgn Islam
p/s: alangkah bagus kalau masjid kat Malaysia ada buat ala2 open day macam ni, tak ada la non muslim kat malaysia ni paranoid, malah boleh dekatkan lagi diorg dgn Islam
Boleh saya tahu, ada tak pada zaman Nabi, masjid buat open day supaya non-Muslim tak paranoid?
(saya bukan bermaksud tak bersetuju dengan video di atas)
Saya berpendapat, non-Muslim paranoid dengan Islam bukan sebab masjid tidak dibuat ala2 open day lalu banyak salah faham pasal Islam, tapi sebab perangai sesetengah umat Islam, dan juga peranan orang yang benci Islam menyebarkan fitnah terhadap Islam.
Ada kilaf Ulama dalam perkara samaada HALAL atau HARAM nya non muslim masuk ke Masjid.
Basically...Ulama Ulama Maliki MENGHARAMKAN SECARA MUTLAK (semua masjid ..& semua Non Muslim)
Bagaimana pun..mazhab kita Syafie..hanya mengharamkan non muslim utk memasuki Masjidil Haram shja...
So..nyata sekali, perbuatan begini.."open day Masjid" sudah pastilah BUKAN SUNNAH ..sebab yg dikilafkan samaada HARAM ATAU TIDAK.
Bagaimana pun..Uncle kurang setuju dgn cara pihak management masjid masjid kita yg pada Uncle..perlu "pembaikan" apabila melayan 'NON MUSLIM MELAWAT MASJID"
Uncle suka kalau pihak masjid...LEBIH MENGALU ALUKAN NON MUSLIM....TAPI...PERLU GUIDED..
Uncle pernah jumpa couple korea datang melawat masjid ..yg perempuan pakai shorts...memandangkan masjid yg diorg masuk bukan yg besar mcm Ubudiah atau Masjid Shah Alam,...jadi..mereka tidak ditegur sesiapa...melelau dalam masjid.....yg begini Uncle fikir kurang manis..
Masjid yg sering jadi tumpuan misalnya Masjid Shah Alam..memang ada disediakan jubah...utk depa tutup aurat..
Tapi..Uncle tak nampak cara org masjid kita melayan mereka dgn "welcoming"..perlu lebih welcoming..
Uncle suka dgn apa yg dipapar d Video..kerana walau ianya "BUKAN SUNNAH"..seumpama "sambutan maulidurrasul"..ianya dapa menyemarakan & meninggikan 'SYIAR ISLAM"...
Patut dicontohi!
(dicontohi sambil mengambilkira juga pendapat maliki yg mengharamkan....munkin perlu "restriction" kawasan...(Dewan solat mereka boleh ambil gambar drp luar..misalnya)..Uncle "TAK SUKA" non muslim masuk dalam dewan solat sebagai menghormati Mazhab maliki..
Semoga dengan cara ini..kita dpt memanjangkan Dakwah...
Wa 'alaikumu s-salaam wa rahmatu llahi wa barakaatuh
Sebenarnya saya pun ok je dengan video tu. Dan saya juga setuju dengan unlce
Memang benar pun perkara macam dalam video tu tak dapat dibuktikan sebagai menepati sunnah, akan tetapi selagi ia tak melanggar syarak, dan ada pula kebaikan untuk ummah, maka timbul khilaf pendapat .... Ada kebaikan (bagi yang mengharuskan), ada juga keburukan (bagi yang mengharamkan). Masing-masing ada dalil.
Pada zaman tertentu, bila keperluan untuk sesuatu perkara melebihi mudarat, maka selalunya pendapat yang mengharuskan boleh diambil. Dalam keadaan lain, bila mudarat melebihi manfaat, pendapat yang mengharamkan boleh diambil.
Mungkin pada masa sekarang ada keperluan masjid-masjid dijadikan lebih 'Non-Muslim Friendly' untuk menarik mereka ke arah Islam... WAllahu a'lam