View: 3241|Reply: 5
|
Jaket Zirah Kalis Peluru Perang Dunia Pertama
[Copy link]
|
|
Jaket kalis peluru kini pakaian standard yang dipakai askar. Plat porselin dan dragonskin adalah dua baju zirah yang digunakan askar elit seperti SAS. Jaket kalis peluru moden mampu memberikan pertahahan dari tembakan raifal tetapi pada waktu yang sama tidak menghalang pergerakan pemakai. Sejarah penggunaan baju zirah oleh askar sudah bermula sejak 1400 sebelum masehi. Baju zirah diperbuat daripada kepingan gangsa. Terdapat juga baju zirah kulit yang mempertahankan tubuh pemakai dari ditetak. Penggunaan baju zirah meningkat ketika zaman pertengahan di Eropah. Kesatria berkuda memakai baju zirah logam yang mampu menahan pukulan pedang dan tembakan anak panah.
Menjelang kurun ke 18 penggunaan baju zirah berkurangan kerana kos yang tinggi, ia menyukarkan pergerakan kerana berat dan tidak praktikal. Tetapi ketika perang dunia pertama ada askar yang memaki baju zirah kalis peluru. Ianya tidak digunakan secara menyeluruh kerana ia menghalang pergerakan tentera. Pada ketika ini mobiliti dan pergerakan pantas adalah lebih penting dari memakai baju zirah. Hanya segelintar unit tentera memakai baju zirah sebegini. Memang nampak rudimentari dan aneh. Kelihatan seperti fantasi Steampunk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak aiii berat mau semput kalau kena berlari |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kali peluru tu, dah jadi kalis berat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo tgk pd bentuk topi mcm tentera german.
Yg zirah kat bahagian mata tu nape? Mcm mana nk menembak yop. |
|
|
|
|
|
|
| |
|