View: 3421|Reply: 1
|
FNSS AV8 Pars : Kereta Perisai Terkini Angkatan Tentera Darat. Cool sangat!
[Copy link]
|
|
FNSS AV8 Pars : Kereta Perisai Terkini Angkatan Tentera Darat (23 Gambar)
Goodbye Condor!
FNSS AV8 Pars (Harimau Bintang Anatolia) ialah kereta perisai terbaru milik Angkatan Tentera Darat Malaysia. Pars akan menggantikan 315 kenderaan Rheinmetall Condor yang sudah uzur dan tidak lagi menepati keperluan ketenteraan moden. Sebanyak 257 buah FNSS AV8 Pars keluaran Turki akan dibina di Malaysia oleh Defence Technologies Sdn Bhd, sebuah anak syarikat DRB-HICOM. Kos pembelian kenderaan ini dikatakan bernilai RM 527 Juta. Sebanyak 12 variasi berbeza kenderaan 8x8 ini akan dihasilkan bagi penggunaan ATM. Kereta perisai ini diperkasakan enjin Diesel 527 kuasa kuda yang mampu memecut sehingga 100 kilometer sejam. Sebanyak 14 orang krew dan anggota tentera boleh dimuatkan ke dalam Pars pada satu-satu masa. Akhirnya Condor sudah digantikan. Kini giliran Nuri dan Mig 29 pula dipermodenkan!
Laporan asal LowYat
dari: blogserius.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|