Edited by Geng_Satrika at 29-12-2014 03:09 PM
Amaran: Anda akan lebih faham thread ini jika anda berumur 23 tahun ke bawah, tapi kadang-kadang yang tua bangka yang pernah buat pun faham jugak, macam saya... 
Kafe atau kedai kopi moden kini seolah-olah menjadi pilihan tempat bersosial utama di kalangan belia. Saya melihat ini suatu yang positif. Ye lah, lebih baik lepak di kafe daripada merempit. Namun begitu,saya yakin kamu perlukan tips bersosial di kafe ini.
Kalau kawan ajak lepak di kafe, apakah yang anda perlu bawa supaya nampak sesuai, bergaya dan blend-in?
1) Bawa laptop, tablet atau telefon pintar berharga RM3000 ke atas Kalau kamu sekadar nak bawa laptop jenama Acer atau Samsung Tab zaman tok kaduk, hentikanlah. Jangan buat malu orang kampung. Kurang-kurang, bawalah laptop Alienware tetapi tentulah lebih afdhal jika kamu bawa Macbook Pro atau Air. Nak lagi hebat, bawa sajalah iMac terus.
PS: Jika kamu tak tahu apa itu iMac, kamu belum sampai ketahap layak untuk bersosial di kafe.
2) Bawa novel sastera bahasa Inggeris Novel yang lebih berat dan pernah menang anugerah (biasanyaada chop sticker di atas buku) sangat sesuai dibawa ketika bersosial di kafe.Walaupun kamu tak pernah baca walau sehelai mukasurat pun dari buku tersebut,dari segi penampilan ia akan membuatkan kamu nampak bijak. Kalau kamu nak tahu,wanita mudah tergoda dengan lelaki yang membaca buku sastera berat.
Caption: Tender is the night katanya. Apa maksud pun tak tau
3) Bawa beg tangan atau klutch kulit Sama seperti laptop atau tablet, pastikan juga beg tanganatau klutch yang kamu bawa diperbuat dari kulit supaya nampak cantik ketika diambil gambar. Jenama beg paling cikai yang kamu patut beli ialah Coach atau Michael Kors (kos: RM1000 minimum). Kalau tak mampu, beli je yang gred AA,bukan orang tau pun.
Caption: Entahlah nak, saya sendiri pun buta jemana, jaditak tau beg ni ada jenama ke idok.
4) Bawa bersama pengalaman semasa di luar negara Sebelum kamu bersosial bersama rakan-rakan sebaya di kafe,pastikan kamu sudah cukup pengalaman berada di luar negara, tak kisahlah berapa lama.. walaupun cuma sejam (tak mustahil jika kamu ke Singapura). Asalkan ada modal untuk sama-sama kongsi cerita (dibaca: show-off).
Caption: Fazura (bukan nama sebenar) bila ditanya tentangtempat paling jauh di dunia.
5) Bawa juga gossip pasal orang lain Ini sebenarnya elemen terpenting. Jika kamu ada semua diatas tapi tiada elemen ini, adalah lebih baik kamu bersosial di Facebook saja.Kamu tahu kan, rakan-rakan kamu berjumpa kamu kerana dahagakan cerita tentang orang lain? Kalau kamu kekurangan gossip tentang rakan-rakan, kamu boleh juga bergossip tentang artis tempatan atau antarabangsa. Janji ada gossip!
Jika anda tiada perkara-perkara di atas, tak payahlah lepak di kafe. Buat malu saja. Usahakan untuk mempunyai perkara di atas, dan jika kamu tiada wang, inilah masanya untuk pinjam ahlong. Selamat bersosial!
|