View: 14980|Reply: 105
|
ISU : Pluralisme & Liberalisme - terbaru #29
[Copy link]
|
|
GMM mahu dukung fahaman liberal?
DARI JENDELA TOK KI
AMAT mengejutkan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) sebagai agensi yang ditubuhkan kerajaan mengadakan diskusi meja bulat yang bakal diadakan di Bukit Damansara pada 18 Oktober ini de-ngan Islamic Renaissance Front (IRF) yang terkenal dengan fahaman liberalnya.
Program ini ingin membincangkan tajuk Tentangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini. Tajuk ini amat kontroversi kerana ia cuba mendukung suatu andai-an bahawa kegagalan umat Islam perlu diselesaikan dengan menganut fahaman liberal dan pluralis.
Antara tokoh yang ingin dikemukakan ialah tokoh liberal Indonesia iaitu Ketua Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL), Dr. Ulil Abshar Abdallah yang boleh menjejas akidah umat Islam.
Sejak bila Ketua Pegawai Eksekutif GMM, Datuk Saifuddin Abdullah menjadi pendukung fahaman liberal walaupun banyak pendirian dan tulisannya cuba mencari arah politik baharu generasi muda dan bercanggah dengan politik arus perdana?
Penulis tidak fikir itu asas GMM ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Konsep kesederhanaan yang didukung oleh Najib adalah dari sudut pendekatan dan strategi bukannya pemikiran, fahaman liberal yang terhubung dengan agama.
persoalan saya : Najib membawa konsep atau menengahkan konsep Wasatiyyah - kesederhanaan - as balance dunia akhirat ...dalam konteks ibadah dan ibadah tak semestinya menjurus kepada ibadah khusus sahaja.
Ucapan Perdana Menteri di PBB baru-baru ini jelas bahawa ekstremisme itu bertitik tolak dari sikap militan daripada kelompok-kelompok tertentu dan juga pemikiran yang boleh memecahbelahkan masyarakat. Pemikiran Ulil Abshar di Indonesia membawa perpecahan dalam kalangan umat dan ia adalah ekstrem.
Pengasas JIL di Indonesia, Nurcholis Majid membenarkan anaknya berkahwin dengan seorang Yahudi sementara pengikut fahaman liberal Dr. Musda Mulya membenarkan LGBT diamalkan oleh orang Islam malah Ulil Abshar sendiri menganggap kisah laut terbelah dalam al-Quran sebagai dongeng.
Pendukung fahaman liberal di Indonesia melakukan tafsir dan takwil walaupun terhadap nas qat'e (putus) dan mengambil pendekatan rasional semata-mata untuk melakukan justifikasi.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Selangor sudah lama mengharamkan fahaman liberal di negara ini kerana ia bercanggah dengan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan arus perdana di Malaysia.
Dengan membawa Ulil Abshar datang ke Malaysia seolah-olah ingin mencabar autoriti agama.
Tradisi polemik atau diskusi adalah sesuatu yang baik tetapi ia harus menghormati prinsip dan undang-undang. Ge-rakan kesederhanaan adalah sesuatu yang baik. Apa lagi melihat realiti umat Islam di mana-mana gopoh dalam tindakan dan membawa pecah-belah.
Sama halnya dengan Institut Wasatiy-yah Malaysia yang ditubuhkan oleh kerajaan bermaksud mendidik masyarakat makna kesederhanaan dari segi pendekatan (wasata) atau jalur yang berimbang.
Apa yang sedang dirancang oleh GMM adalah sikap melampau lain dalam memahami agama kerana tidak semua umat Islam di Malaysia benar-benar faham dan mampu membezakan fahaman liberal (religious liberalisme) dan pluralisme agama yang bercanggah dengan akidah.
Jakim dan Majlis Agama Negeri lain harus bertindak tegas dengan usaha GMM apa lagi ia adalah sebuah agensi kerajaan. Ketegasan ini perlu supaya fatwa Jakim dihormati dan dipatuhi.
Di Indonesia, Persatuan Ulama Islam di sana telah menolak fahaman ini dan Dewan Dakwah Indonesia sedang beker-ja keras melakukan penjelasan betapa bahayanya fahaman ini ke arah kesatuan umat di Indonesia.
Perpecahan yang berlaku di Indonesia dengan fahaman liberal pluralisme ini di samping pengaruh Syiah dan gerak kerja kelompok evangelis Kristian yang sema-kin melebar sudah cukup menjadi peri-ngatan supaya ia tidak berlaku di sini.
Malah seminar, diskusi mengenai bahaya fahaman liberal dan pluralis agama harus dilakukan oleh semua pihak ke-rana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Mereka yang ahli dan pakar dalam ilmu perbandingan agama dan ali-ran fahaman patut ditampilkan supaya masyarakat Islam di Malaysia terus terdidik dengan fahaman Islam yang betul.
Kongsi Konten di :
Last edited by mbhcsf on 12-11-2014 07:23 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
berdasarkan artikel di atas , kita biasa mendengar ungkapan Islam Liberal dilaung laungkan
apa yg kita faham dan sedar sebenarnya ?
di sini berdasarkan penulisan Dr Mohd Farid Mohd Shahran , dalam bukunya bertajuk : AKIDAH & PEMIKIRAN ISLAM - ISU dan CABARAN ; halaman 139 - 145, terbitan Institut Terjemahan Buku Negara - menerangkan beberapa ciri Islam liberal yg patut kita sedar dan atas kesedaran ini kita sepatutnya lebih kritis akan dakyah bentuk penjajahan pemikiran - be aware and just betulkan apa yang tidak betul .
Last edited by mbhcsf on 17-10-2014 03:18 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada hemat saya , setelah membaca penulisan beliau terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia, saya amat berpuas hati dengan kupasan dan huraian yang mantap akan apa yg dinamakan Islam Liberal itu
dan atas dasar tanggungjawab saya ingin kongsikan beberapa mesej dalam penulisan beliau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Beliau memulakan sub topik ini dengan menerangkan sejarah Islam Liberal yg semakin mendapat dan meresapi golongan yg barangkali terpengaruh dengan idea / konsep yang dijuangkan oleh pendokong gagasan aliran liberal ini - apa yang diungkapkan beliau tentang 'semangat pembebasan' atau ' Islamic Prostestanism' yang dibawa oleh pendokong gagasan ini.
Menurut Dr Mohd Shahran - golongan liberal ini cuba membawa atau menafsirkan agama bebas dari belenggu atau kaedah tradisonal penafsiran agama oleh para ulama tradisonal ataupun cengkaman ulama secara amnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Penulis berpendapat bahawa aliran Islam Liberal sebenarnya mempunyai perkaitan dengan perkembangan kerangka pemikiran golongan modernis awal. Dengan memetik karya Charles Kurzman seorang sosiologist , yang bertajuk : Liberal Islam: A Source Book - penulis menerangkan yang aliran pemikiran liberal Islam ini dibawa sejak zaman dahulu lagi oleh pemikir pemikir awal islam liberal yang berasal dari Timur Tengah dan nama nama seperti
Rifa'at al Tahtawi, Ali Abdul Raziq dan kemudian aliran ini berkesinambungan kepada pengkagum barat alumni Sorbonne ( hmmm........hahaha) seperti Hassan Hanafi , Muhammad arkoun , Faraj Fawdah, Muhammad Said al - Asmawi, Nasr Abu Zayd dan Wahid rafa'at.
Kurzman walau bagaimanapun , menurut penulis agak kontroversial apabila melabel yusuf Al Qardhawi sebagai saah seorang liberali walaupun kita sedar al Qardhawi menempelak golongan pemikir di atas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya mengulas tulisan penulis tentang Islam Liberal dalam Konteks Asia Tenggara
Dalam konteks Asia Tenggara terutamanya di negara yg terkenal dengan kuantiti billionan umat Islam ( fefaham sendiri lah ye ....), pemikiran ini amat meluas dan terdapat banyak laman sesawang yang membicarakan hal ini . Di negara yang sama yg masih 'struggle' dengan cabaran politik dan ekonomi anak pribumi , aliran ini semakin berkembang atas platform - JARINGAN ISLAM LIBERAL yang kebanyakan disokong oleh golongan belia dan mengguakan media cetak dan elektronik dlm menyampaikan gagasan idea mereka. Menulis juga menyatakan bahawa Ulil Absar Abdallah tidak lama dulu telah diisytiharkan murtad oleh Majlis Ulama Indonesia ( MUI ). Menurut penulis lagi , perkataan 'liberal' dalam frasa Jaringan liberal Islam itu membawa misi tindakan iaitu membebaskan - membebaskan masyarakat Islam dari tafsiran agama yg mereka anggap 'sempit'. pada mereka pentafsiran Islam dalam apa apa konteks adalah SAH - walaupun ia bersifat liberal ( nampak tak ini yg membelakangkan al HAQ)
Last edited by mbhcsf on 11-10-2014 01:38 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
apakah gagasan pemikiran mereka ini salah. ke?
salah ke aliran pemikiran mereka ini?
well...menurut penulis , waktu awal penubuhannya gagasan ini tidak tertampak negatifnya. Nampak okay je sebab : mereka menyarankan agar proses ijtihad dan keterbukaan diamalkan ke arah penghasilan pemikiran Islam yang terbuka dan progresifnya kononnya untuk memajukan umat Islam.
so apa yang dah mula tersisah dari norma akidah Islam? apa yg salah???
okay - terdapatnya kecenderungan ATAU tuntutan yang nyaring agar tafsiran Islam dilakukan dalam perspektif "islam yg pelbagai ( pluralis) dan subjektif, pemisahan agama dari politik serta pentafsiran agama yang bebas dari kekangan atau pengaruh ulama muktabar silam..
Yang menariknya penulis juga memberikan ciri ciri gagasan mereka disebarkan dalam beberapa 'konsep' / frasa seperti - 'Islam warna warni', Islam tanpa syariah , Quran Edisi Kritis - ini ahli akademik telah buat satu buku tentang pengaruh hermenuetik dalam penafsiran Al Quran , dan identifikasi unsur unsur sekularisme dalam Islam.
Menurut penlusi lagi, golongan ini juga dikatakan mendakwa bahawa mereka membawa aliran pemikiran Muktazilah dan terdapat bibit kecederungan untuk membawa idea seperti semangat pencerahan / enlightenment dan kebangkitan semual / renaissance yang berlaku selepas kejatuhan empayar keilmuan Islam di Andalusia.
Malahan, terdapat juga pengaruh resapan Orientalisme dan agama tertentu yang giat memperkenalkan siri siri dialog di negara yang terkenal dengan kuantiti bilionan umat islam itu.
Last edited by mbhcsf on 11-10-2014 01:35 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Penulis menerangan akan gagasan yang dibawa oleh golongan liberalis ini berdasarkan kenyataan JIL .
Intipati gagasan pemikiran ratanya menuntut
1. pintu ijtihad yang terbuka dalam pelbagai bidang termasuklah yang berkaitan ibadah da akidah.
dalam konteks ini perkara yg ulamak telah sama sama berijmak juga perlu disemak semula
2. penekanan pada religio etik dan bukan hanya tertumpu pada makna literal / konkrit sebuah teks. apa maksudnya ni ....Ini bermaksud sesuatu clausa dari sumber agama - al quran atau hadith - harus dilihat dalam konteks sejarah dan tujuan ia diutarakan
SOALAN SAYA : Adakah ini bermaksud yg pemikir liberalis reratanya melihat atau menafsir penutupan aurat ni sebab budaya aran dan depa duduk di padang pasir - adakah ini maksudnya - yg kita rerata ahli sunnah wal jamaah akan menentang sebab? - sebabnya menutup aurat itu wajib .kalau ini benar - memang salahlah pemikiran liberalist ini sebab ia mengenepikan sama sekali tuntutan Al Haq yg terang terang literal - dan rukun iman itu sendiri ...
3. pentafsiran apa itu kebenaran dalam KONTEKS keterbukaan , relatif dan plural . Menurut penulis , ini adalah berdasarkan idea mereka yang menganggap kerja 'penafsiran agama' sebagai 'perlakuan ' atau aktiviti berbentuk manusiawi yang sentiasa terbuka kepada kesalahan /ralat dan yang dikekang oleh faktor sejarah dan keperluan semasa yang berubah rubah.
4. pemberian keadilan kepada golongan minoriti yang tertindas ( dan tak payah kita sebut golongan mana yaaa semua tahu kann)
5. oh no 6 ni best ' kebebasan beragama dan kepercayaan'. agama adalah hak peribadi ( ok familiar ye frasa ini ) yang dilindungi dan org lain tidak berhak memaksa nilainya kepada individu lain
so dengan ertikata lain, pada saya - dalam konteks yg perlu konsep agama itu nasihat - akan dipandang sebagai menjaga tepi kain orang waima dalam konteks yg melibatkan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat , ummah ...sikap individualistik akan ditekankan...sedangkan kita tahu yang islam itu bukan sekadar menjaga sepohon pokok....
hmm...
6. Urusan ukhrawi dan wibawa duniawi , politik dan agama adalah entiti yang berpisahan , tiada jaringan antara kedua duanya ( so nampak ini ....secularisme )
Jadi , menurut Dr Mohd Shahran (2013) -beliau merumuskan bahawa misi utama pendekatan liberal adalah untuk
-penafsiran islam secara liberal dan selaras dengan prinsip prinsip tersebut,
- menggiatkan ruang dialog dan memugar unsur konservatif dan
- seterusnya untuk mencipta sistem sosial dan politik yang adil dan manusiawi ( human centred ) ( as if apa yg Allah suruh tu tak human centred sedangkan Pencipta yg Maha Memahami makhluk-Nya)
Last edited by mbhcsf on 11-10-2014 04:36 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
secara sepintas lalu gagasan idea ini nampak seperti baik je , tetapi but hmm....
nanti dulu
ada kekeliruan yang nyata pada gagasan di atas dan ini amat penting kita sebagai umat Islam pegang dalam menafsir apa itu 'hikmah ' dan 'kebenaran'.
KEKELIRUAN YANG NYATA PADA ISLAM LIBERAL
Jadi persoalannya untuk mengajak kita berfikir ialah
a. Apa kesan serious apabila ruang ijtihad dibuka atau ruang penafsiran agama dibuka seluas luasnya tanpa batasan , filtering akan penentan apa itu BENAR , AL HAQ ???
b. Apa sebenarnya yang berlaku kalau perkara (a) di atas terjadi - apa yg telah kita lakukan terhadap penfasiran agama ?
Last edited by mbhcsf on 11-10-2014 03:36 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
jawapan pada persoalan di atas ialah
a. Dengan mengamalkan prinsip keterbukaan tanpa had, golongan liberalist ini telah secara langsung mengiktiraf kesemua tafsiran ini adalah BENAR , dan ini memberikan implikasi negatif pada golongan ulama yg berwibawa dan bersifat penolakan TOTAL terhadap kewibawaan yag telah sedia terstruktur dalam keadah tradisi keilmuan Islam.
Penolakan secara total terhadap ijmak dan ijtihad ulama ulamak atau pakar (ahl al -dhikr) dalam setiap disiplin agama hendaklah ditelusuri , dipelajari , dihayati dan dihormati dengan pendekatan yg dikatakan sebagai 'hormat kritis' bukan PENOLAKAN TOTAL.
b. Dengan bersikap menerjah setiap sempadan nilai yg telah terstruktir ini ( pushing the boundaries) , golongan liberal akan cuba membawa wibawa pemikiran keterbukaan mereka sebagai pentafsir apa yg benar dan dalam tindakan mereka.
kesannya - hanyalah akan mencetuskan kekeliruan kepada masyarakat Islam yang telah sedia terdidik dengan akidah yang sebelum ini telah berada dalam landasan yang benar.
Satu lagi yang amat menarik bagi saya ialah Islam itu sendiri - adalah agama yang memberikan kebebasan terpimpin kepada semua penganutnya untuk akhirnya mendatangkan manfaat dunai akhirat.
Penulis mengistilahkan ' Islam' itu beserta nilai 'istiqlal'/ ? korban dan ' hurriyyah'/ bebas -
yakni untuk membebaskan manusia dari kerangka pemikiran jahiliyyah kepada kebaikan pencerahan dengan mengabdikan diri mereka kepada Allah SWT.
Tetapi dalam 'meliberalkan' atau mengejar kebebasan akan sesuatu - INI TIDAK BERMAKNA BOLEHnya kita memugar menggoyah memusnahkan apa yang telah tersusun rapi yang terstruktir dan dilakukan oleh para ulama terdahulu...yang berwibawa .
Saya tertarik apabila penulis sendiri menyatakan bahawa TAJDID - yakni usaha untuk mengembalikan sesuatu yg 'rosak' atau 'pincang'seperti ajaran hendaklah bersifat islahi - dari keburukan asal kepada kebaikan - tanpa mengurangkan sesuatu pun dari padanya...
penulis mengingatkan bahawa bahaya mengambil enteng prinsip ini akan menjerumuskan golongan yang menyangka mereka berbuat kebaikan Islah ) tetapi sebenarnya melakukan fasad
Ini dalil dalam surah Al Baqarah , 2: 11 , 12
"Apabila disebut kepada mereka " jangan kamu berbuat kersoakan di atas muka bumi ', Lantas mereka menjawab , "sesungguhnya kami telah berbuat kebaikan'.Ingatlah sesungguhnya mereka adalah orang yang berbuat fasad akan tetapi mereka tidak menyedari'.
Last edited by mbhcsf on 11-10-2014 04:38 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
penulis juga menyatakan bahawa dalam sejarah Islam - kelompok yang dikatakan authoritarian agama atau clergy yg mendominasi kewibawaan agama secara total tidak wujud sepertimana yang wujud dalam kelompok sejarah struktur masyarakat zaman pertengahan eropah ( middle ages / dark ages ) - ni sejarah dunia kena tahu - sehingga mencetuskan gerakan seperti Calvinian dan Lutheran.
Islam menitik beratkan dasar dalam dan luasnya ilmu yang dimiliki oleh seseorang itu dalam membrikannya wibawa dalam Penafsiran agama dan bidang bidang yang berkaitan. Oleh itu ijtihad bukan secara total dimonopoli kelompok 'agama' dan juga bukan hak setiap individu kerana ini berkait rapat dengan kewibawaan ilmu mereka yang digunakan dalam proses penafsiran agama dan ijtihad.
Ulama dihormati dalam islam atas dasar dalam ilmu mereka dan bukan kedudukan posisi yag diistilahkan penulis sebagai 'kesakralan' kedudukan mereka.
Dikhuatiri bahawa golongan iberal akan membawa isu yang bersifat 'pseudo problems' ke dalam discourse / kerangka pemikiran Islam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dirujuk dan diulas dari sumber asal
Mohd Farid Mohd Shahran. 2013. Akidah dan Pemikiran Islam : Isu dan Cabaran. ITBM. Halaman 139 -145.
|
|
|
|
|
|
|
|
sedikit saya coretkan dan maka ini saya berlepas diri dari tanggungjawab saya sebagai hanya seorang hamba ALLAH yang hanya ingin menyampaikan sesuatu yg saya rasa semua patut aware.
Kalau nak ulasan lanjut sila dekatkan anda dengan kalimah pertama yg ALLAH turunkan pada kekasih-Nya - Muhammad SAW -
Iqra' - bacalah
Last edited by mbhcsf on 11-10-2014 04:24 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
menarik tau kalau baca pemikiran Islam , apa itu modernisme - kita dok tengok perkataan ni dalam Guardian ka apa ka dalam joural Ilmiah tanpa nak rasa ambik tahu - lelebih lagi bila ia dekat pada sistem nilai kita pegang dan melihat perkembangan cabaran umat islam ini.
u have to be aware to protect yourself, serve others and caring for the loved ones lillahi taala. |
|
|
|
|
|
|
|
sorang je ke
ni aku menempek le sikit
islam liberal ka islam konservatif ka
itu islam camna ya??????????
ISLAM - hanyalah satu
MENGERJAKAN APA YG DIPERINTAHKAN
DAN MENINGGALKAN APA YG DITEGAH
.............dgn PENUH KEIMANAN
camtu la dalam AL QURAN
selain dr tu...................................sendiri2 punya idea je kot |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 11-10-2014 03:58 AM
jawapan pada persoalan di atas ialah
a. Dengan mengamalkan prinsip keterbukaan tanpa had, golon ...
penulis mengingatkan bahawa bahaya mengambil enteng prinsip ini akan menjerumuskan golongan yang menyangka mereka berbuat kebaikan Islah ) tetapi sebenarnya melakukan fasad
boleh juga direnung pada diri sendiri dan golongan sendiri
betul ke apa yg selama ini yg dihayati!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Diskusi meja bulat: Apa pula muslihatnya?
Oleh Salleh Buang
UTUSAN Malaysia keluaran 10 Oktober lalu menyatakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melarang diskusi meja bulat bertajuk Tentangan Fundamentalisme Agama Abad ini yang akan diadakan pada 18 Oktober depan, di Bukit Damansara.
Antara sebabnya larangan itu adalah kerana orang yang dijemput dalam program itu ialah pengasas Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL), Dr. Ulil Abshar Abdalla yang tidak mempunyai tauliah untuk menyebarkan ajaran Islam di Wilayah Persekutuan. Andainya program itu diteruskan, JAWI akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 4,5 dan 11 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Sebelum itu, seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, dipetik sebagai berkata program itu tidak wajar diadakan kerana dikhuatiri boleh menggugat akidah umat Islam di negara ini.
Mohd. Puad meminta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah selebih bertanggungjawab dan tidak menggunakan badan itu sebagai platform untuk meraih populariti di kalangan orang muda.
Tindakan membawa Ulil Abshar ke negara ini menyertai program berkenaan telah tersimpang jauh daripada idea asal penubuhan GMM yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Konsep kesederhanaan yang diperjuangkan Perdana Menteri bukan bermaksud memperkenalkan Islam liberal.
Mohd. Puad juga menyatakan bahawa Ulil Abshar ini adalah penyokong kuat golongan lesbian,gay,biseksual dan transgender (LGBT), juga menyokong ajaran Ahmadiah (yang telah pun difatwakan sebagai ajaran sesat bukan sahaja di Indonesia tetapi di negara ini).
Satu laporan polis telah dibuat oleh bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin. Dalam laporannya itu pengadu mendesak agar pihak berkuasa di negara ini termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), JAWI, Jabatan Imigresen dapat mengambil tindakan segera bagi menyiasat beberapa individu tertentu yang disebutkan dalam laporan polis itu berkaitan penganjuran meja bulat itu menurut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 KK serta seksyen 4, 5 & 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WP) 1997 dan mana-mana peruntukan lain berkaitan dengannya.
Sementara itu, dalam reaksi awalnya terhadap program meja bulat ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, Malaysia berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Tahun 1996. Oleh itu, sebarang usaha membawa pemikiran yang bertentangan dengan ASWJ dan dikenal pasti boleh memberi ancaman dan menggugat pegangan akidah umat Islam di Malaysia perlu disekat.
Walau bagaimanapun, kelmarin, Bernama melaporkan GMM menafikan terlibat dengan program anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) itu. Menurut Saifuddin, kekeliruan berhubung penglibatan GMM dengan diskusi itu timbul selepas IRF mengiklankan program tersebut tanpa pengetahuan pihak GMM.
"GMM tidak terlibat, sejak awal dengan program tersebut. Kami bukan penganjur bersama. Penganjurnya, IRF ingin menggunakan premis kami tetapi kami tidak menyediakannya kerana kami menganjurkan bengkel media pada tarikh dan masa yang sama," jelasnya.
Andainya apa yang dilaporkan Bernama adalah hal sebenarnya, ini bermakna GMM bukan penganjur bersama program meja bulat itu. Dengan lain perkataan, kenyataan awal IRF program itu dianjurkan olehnya bersama GMM adalah dusta semata-mata.
Orang awam pastinya ingin tahu kedudukan sebenar - apakah IRF mendapatkan kerjasama GMM untuk menganjurkan program meja bulat ini ataupun tidak? Orang awam berharap setelah PDRM menjalankan siasatan rapinya ekoran adanya aduan, pihak berkuasa itu dapat mengesahkan secara rasmi dan muktamad situasi sebenar.
Media tempatan melaporkan semalam bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan larangan kepada Ulil Abshar memasuki negara ini. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ulama Indonesia itu akan "mengelirukan" umat Islam di negara ini dengan konsep Islam liberal yang diperjuang olehnya
Mengikut wikipedia, Ulil Abshar (lahir di Jawa Tengah pada 11 Januari 1967) ialah seorang tokoh Islam Liberal di Indonesia yang berafiliasi dengan JIL. Pada 2003, ulama Islam Indonesia dari Forum Ulama Umat Islam mengeluarkan fatwa kematian mengenainya, ekoran satu rencana yang ditulis olehnya dan disiarkan dalam Kompas pada 2002 bertajuk "Menyegarkan Kembali Pemahaman Islam". Ulil Abshar ada menyatakan pada ketika itu bahawa "undang-undang syariah tidak wujud dan Nabi Muhammad SAW hanya tokoh sejarah". Individu ini juga menentang banyak fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia.
Sebuah NGO tempatan, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) turut membantah kehadiran Ulil Abshar di negara ini, kerana khuatir kehadirannya di sini boleh menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat negara ini.
Mengikut Dr. Mohd. Isa Hamzah (Sekretariat Majlis Ulama Isma), pandangan dan pegangan Ulil Abshar menyimpang jauh daripada pegangan masyarakat Malaysia. "Contohnya, beliau mengatakan tudung ialah budaya dan bukan ajaran al-Quran, dan hukuman potong tangan adalah tradisi zaman itu, sesuai dengan masyarakat ketika itu sahaja," jelasnya lagi.
Kesimpulannya, dengan larangan yang dikeluarkan KDN, sukar sekali tokoh liberal Islam Indonesia ini untuk hadir di program itu. Tetapi ini tidak bermakna program berkenaan akan dibatalkan atau ditunda.
Dan kita belum tahu apa yang akan dikatakan oleh tokoh lain yang telah diundang menyertai program itu. Apakah mereka ini sealiran fahaman atau pemikiran seperti Ulil Abshar? Apakah maksud sebenar penganjur mengadakan program ini? Adakah untuk mempengaruhi generasi muda kita supaya lebih liberal dan minda terbuka dalam kefahaman dan amalan agama mereka?
PENULIS ialah Penganalisis Undang-undang
Last edited by mbhcsf on 13-10-2014 05:12 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-10-2014 01:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Actually saya mohon sangat IKIM jgn 'tidoqqqq' atau ISTAC main peranan. Dekatkan jurang jargon akademia islam dgn masyarakat, turun padang dan buat program. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam TT,
Nk tanya sket, berdasarkan definisi di bawah - yg mana satu?
liberal
ˈlɪb(ə)r(ə)l
adjective
adjective: liberal
1. willing to respect or accept behaviour or opinions different from one's own; open to new ideas.
"liberal views towards divorce"
- favourable to or respectful of individual rights and freedoms.
"liberal citizenship laws"
synonyms: tolerant, unprejudiced, unbigoted, broad-minded, open-minded, enlightened, forbearing; More
antonyms: narrow-minded, bigoted
-(in a political context) favouring individual liberty, free trade, and moderate political and social reform.
"a liberal democratic state"
synonyms: progressive, advanced, modern, forward-looking, forward-thinking, progressivist, go-ahead, enlightened, reformist, radical; More
antonyms: conservative, reactionary
- relating to Liberals or a Liberal Party, especially (in the UK) relating to the Liberal Democrat party.
adjective: Liberal
"the Liberal leader"
(THEOLOGY)
regarding many traditional beliefs as dispensable, invalidated by modern thought, or liable to change.
2. (of education) concerned with broadening a person's general knowledge and experience, rather than with technical or professional training.
"the provision of liberal adult education"
synonyms: wide-ranging, broad-based, general, humanistic
"the provision of liberal adult education"
3. (especially of an interpretation of a law) broadly construed or understood; not strictly literal.
"they could have given the 1968 Act a more liberal interpretation"
synonyms: flexible, broad, loose, rough, non-restrictive, free, general, non-literal, non-specific, not literal, not strict, not close; More
antonyms: strict, to the letter
4. given, used, or occurring in generous amounts.
"liberal amounts of wine had been consumed"
synonyms: abundant, copious, ample, plentiful, generous, lavish, luxuriant, profuse, considerable, prolific, rich; More
antonyms: scant
- (of a person) giving generously.
"Sam was too liberal with the wine"
synonyms: generous, magnanimous, open-handed, unsparing, unstinting, ungrudging, lavish, free, munificent, bountiful, beneficent, benevolent, big-hearted, kind-hearted, kind, philanthropic, charitable, altruistic, unselfish; More
antonyms: miserly, careful
noun
noun: liberal; plural noun: liberals
1. a person of liberal views.
"a concern among liberals about the relation of the citizen to the state"
- a supporter or member of a Liberal Party, especially (in the UK) a Liberal Democrat.
noun: Liberal; plural noun: Liberals
Last edited by Dzulqarnain on 14-10-2014 12:28 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 14-10-2014 12:22 AM
Salam TT,
Nk tanya sket, berdasarkan definisi di bawah - yg mana satu? wa'alaikumussalam.
Islam yg longgar - loose.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|