Jackie Chan maafkan anak 0
2 0 Google +0
Hong Kong: Aktor filem aksi terkenal, Jackie Chan dilihat sudah memaafkan anaknya, Jaycee Chan yang baru dibebaskan dari penjara kerana kesalahan berkaitan dadah. Jaycee, 32, baru-baru ini memuat naik sekeping gambar yang memaparkan Jackie menggunting rambutnya di laman sosial Weibo. Dalam gambar berkenaan, Jackie dilihat tersenyum ketika memotong rambut anaknya yang panjang kerana tidak pernah dipotong sepanjang dia dipenjara. Jaycee kemudiannya memuat naik sekeping lagi gambar yang memaparkan imejnya yang kemas dan mendapat pujian daripada beribu-ribu peminat. Jaycee ditahan polis Ogos tahun lalu bersama rakannya, Kai Ko kerana memiliki 100 gram ganja di villa miliknya di Beijing, China. Dia dipenjara enam bulan atas tuduhan menyediakan tempat mengambil dadah. Menurut sumber, ini kali pertama Jaycee dan bapanya berpeluang bertemu selepas dia dibebaskan dari penjara. Jackie ketika ini terlalu sibuk mempromosikan filem terbarunya, Dragon Blade. “Sudah terlalu lama saya tidak bertemu dengan Jaycee. Saya rasa dia kini sudah matang. “Kami tidak berbual mengenai perkara yang menyedihkan tetapi lebih kepada hal keluarga kami,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Februari 2015 @ 9:06 AM
JACKIE dilihat gembira menggunting rambut anaknya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33167#sthash.2p1pQnxg.dpuf
|