CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1937|Reply: 0

Afgan Seronok Mengarah Filem

[Copy link]
Post time 12-9-2014 03:21 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Afgan menganggap menghasilkan filem mampu mengembangkan pemikirannya tentang dunia seni. Foto M.AZHAR

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Penyanyi Afgan tidak sangka mampu menyelesaikan filem sulungnya berjudul Gila Dan Jiwa baru-baru ini walaupun melalui pelbagai cabaran sepanjang pembikinan karya itu.

Afgan atau nama sebenarnya Afgan Syahreza, 25, bagaimanapun berkata, ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan memandangkan ia kerja di luar bidang nyanyian.

"Menjadi seorang pengarah bukannya mudah kerana kita mesti tahu apa yang diinginkan dalam filem. Kerana itu saya sendiri menulis skrip karya ini.



[size=0.98em]"Walaupun ada macam-macam cabaran, pengalamannya sangat menyeronokkan. Ia mengajar saya cara bermain visual dalam sesebuah penceritaan yang ingin disampaikan," katanya.

Afgan ditemui pada majlis pelancaran single Katakan Tidak di The Red Box Plus, Pavilion disini pada Khamis.

[size=0.75em]Afgan


Filem Gila dan Jiwa  yangbakal ditayangkan tahun depan di Indonesia mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki yang sering dibuli ketika kecil. Dalam perkembangan lain, Afgan turut sibuk dengan persiapan  mengadakan konsert solo berskala besar di Jakarta pada 14 Februari 2014 dan kemudian merancang untuk mengadakan konsert di Malaysia pula.

"Bagaimanapun, sebelum sibuk dengan persiapan itu, saya akan ke beberapa negara Eropah untuk bercuti pada 4 Oktober ini.
[size=0.98em]"Saya mahu menenangkan fikiran, selain mendapat ilham muzik di sana. Mana tahu, balik daripada bercuti nanti, idea muzik saya lebih segar," ujarnya.
Sementara itu, diusik pula adakah dia sudah menemui cinta baharu, kata Afgan, dia lebih selesa hidup solo dahulu kerana ingin memberi fokus sepenuhnya dalam kerjaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.033309 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list