KUALA LUMPUR: Bintang Bollywood, Kajol, 40, mengakui Kuch Kuch Hota Hai bukan hanya sebuah filem, sebaliknya memori peribadi paling manis bersama teman baiknya. Katanya, filem pecah panggung yang sudah 16 tahun berlalu itu tidak pernah jemu ditonton berulang kali hingga kini.
"Kuch Kuch Hota Hai adalah kenangan rakan-rakan saya. Saya sangat menyukainya malah filem ini menjadi sebahagian hidup saya, " katanya selepas pelancaran saluran baharu Astro, BollyOne HD, di sini, malam ini.
Pelakon Kabhi Khushi Kabhie Gham itu bagaimanapun muncul sendirian tanpa ditemani suami, Ajay Devgan.
Tampil anggun mengenakan sari rona hitam putih, beliau meluangkan masa sejam sekali gus menyempurnakan pelancaran saluran pertama filem terbaharu Bollywood dalam kualiti HD (definisi tinggi).
Dua tahun tiada buah tangan baharu selepas membuat kemunculan istimewa dalam filem Student of the Year pada 2012, ibu kepada dua anak itu bakal digandingkan semula dengan Datuk Shah Rukh Khan dalam filem arahan Rohit.
Sumber: http://www.bharian.com.my/node/1666
KAJOL ketika hadir memeriahkan pelancaran saluran baharu Astro, BollyOne HD, di ibu kota sebentar tadi. - Foto NSTP
|