share dari : https://www.facebook.com/notes/l ... tuk/788998511145334
Apakan kesan Endometriosis terhadap kesuburan? - Fungsi tiub fallopio terhalang
- Motiliti sperma menurun (sperma tidak dapat berenang dengan progresif dan berterusan)
- persenyawaan di antara ovum dan sperma terhalang
- Implantasi zigot terjejas
- Ovulasi terhalang (ovari tidak dapat berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur)
- Gangguan endokrin mengakibatkan pembentukkan korpus luteum terjejas ( korpus luteum akan merembeskan hormon Ekstrogen dan Progesteron yang akan menyokong dan menambah ketebalan dinding endometrium untuk implantasi embrio)
Apakan gejala-gejala Endometriosis? Dr H’ng berkata, gejala-gejala Endometriosis yang paling biasa ialah senggugut,sakit bawah perut,terasa sakit semasa melakukan hubungan seks,sakit pinggang belakang,kitaran haid yang tidak tetap dan masalah ketidaksuburan. Di antara gejala-gejala di atas, senggugutlah yang paling kerap berlaku. Tanda-tanda adalah berbeza kerana ia bergantung kepada bahagian badan yang terdapat Endometriosis.
Bahagian badan yang terdapat Endometriosis:
Rektum,dubur,usus kecil:
Terasa sakit di bahagian perut, muntah, cirit-birit, sembelit, sakit bawah belakang badan,perut berkembung semasa kedatangan haid
Dubur:
Pendarahan berlaku di dubur. kadang-kala pendarahan ini disalah faham sebagai buasir.
Salur kencing:
kerap kencing,urin mengandung darah
Buah pinggang:
Sakit di bahagian belakang badan
Sistem peranakan seperti organ pembiakan,perineum:
Terasa sakit semasa melakukan hubungan seks
Paru-paru:
Batuk darah,sakit dada,susah nafas
“Gejala-gejala yang paling biasa ialah senggugut dan sakit ketika melakukan hubungan seks, dan kesakitan itu akan menjadi semakin serius. Jadi, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan jika terdapat senggugut yang serius dan sakit di bahagian bawah perut.
|