|
Alhamdulillah..dan insyaallah jika dihari raya nanti kita azamlah dan ambil peluang untuk belajar:
1. Beramah tamah
2. Kunjung mengunjung
3. Bermaaf maafan
Selagi kita bernama insan biasa, kita takkan lepas dari dosa, namun tuhan maha pengampun. Dosa kita dengan Allah swt senang sahaja kita nak minta ampun sebab dia sentiasa ada dan sentiasa menunggu dan mendengar hambanya, kalau-kalau ada sesiapa nak minta ampun dan bertaubat dia sangat suka. Tetapi bagaimana dengan dosa kita dengan sesama makhluk, terutama ayah dan ibu, termasuk ibubapa mertua, adik, abang, kakak, jiran, sanak saudara, sahabat, rakan taulan dan kenal-kenalan. Jika mereka ada buat salah dengan kita... pejamkan mata, kita maafkan semuanya dengan setulus hati secara pukal, walau mereka dekat dan jauh samada bersua atau tidak. Namun itu semua mudah, yang susah ialah kesalahan kita dengan mereka, inilah masanya untuk kita meminta-maaf. Gunakan kesempatan yang ada untuk kunjung mengunjung agar bertambah mesra dan erat silaturrahaim, mana-mana baby yang baru lahir dapat kenal. Jangan malas berziarah, inilah masanya kita mahu mengasah bakat terpendam untuk menjadi aktor melayu terakhir yang ramah-tamah, sopan santun, berbudi bahasa dan pandai mengambil hati serta pandai melayan sanak saudara. Aww
Apa lagi yer peluang baik masa raya nih...
Last edited by zamkumis on 8-7-2014 04:09 PM
|
|