CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2126|Reply: 1

Blended menghiburkan!

[Copy link]
Post time 17-6-2014 12:32 PM | Show all posts |Read mode


MASIHKAH anda ingat dengan gandingan Adam Sandler dan Drew Barrymore menerusi filem The Wedding Singer (1998) dan 50 First Dates sebelum ini?

Dek keserasian dua bintang ini menerusi filem 50 First Dates, mereka menerima penghargaan dalam Best On-Screen Team di MTV Movie Awards.

Kini, Sandler dan Barrymore digandingkan sekali lagi menerusi filem terbaharu Warner Bros Pictures, Blended arahan Frank Coraci dan naskhahnya ditulis oleh Ivan Menchell dan Clare Sera.

Kali ini, ia menceritakan kisah dua insan, iaitu ibu tunggal dan duda yang bersetuju untuk tidak mahu bertemu lagi selepas menjalani satu sesi temu janji.

Pun begitu, ketika dalam satu percutian dengan keluarga masing-masing, secara kebetulan mereka berdua terpaksa berkongsi bilik.

Lalu bermulalah pelbagai kisah lucu dek kerana percutian yang tidak disangka-sangka ini.

Selain Sandler dan Barrymore, Blended turut dilakonkan oleh Bella Thorne, Joel McHale, Wendi McLendon-Covey, Kevin Nealon, Jessica Lowe, dan Terry Crews.

Menariknya mengenai filem ini, Sandler dan Barrymore bersama pelakon lain akan menghiburkan anda dengan aksi yang cukup bersahaja.

Biarpun ada ketikanya agak 'double meaning', namun ia tidak terlalu melampau dan masih dapat menggeletek penonton.

Di tambah pula dengan sinematografi yang berlatar belakangkan suasana di Afrika Selatan sudah cukup memberikan sesuatu yang segar buat penonton.


Sandler, Barrymore serasi

Manakala dari sudut lakonan pula, mutu lakonan Sandler dan Barrymore sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Biarpun filem ini tidak mempunyai cabaran yang berat, namun Sandler dan Barrymore berjaya mengemudi jalan cerita dengan baik tanpa perlu menandingi lakonan siapa yang paling menyerlah.

Dengan aksi yang cukup bersahaja, ia sudah cukup mencetuskan tawa penonton, ditambah pula dengan kehadiran pelakon kanak-kanak yang cukup bijak menarik perhatian penonton.

Justeru, bagi anda yang ingin menonton sendiri 'kekecohan' dan aksi bersahaja mereka ini, jangan lupa menyaksikan Blended di pawagam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2014 01:33 PM | Show all posts
ragu-ragu juga nak tengok cerita ni sebab adam sandler punya cerita baru banyak yang entah apa-apa. tak sangka dapat good review.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.037819 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list