CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4813|Reply: 7

Hyundai i30 tampil dengan identiti tersendiri- Berharga antara RM128k-133k

[Copy link]
Post time 2-4-2014 12:23 PM | Show all posts |Read mode


Hyundai semakin memperkukuhkan kedudukannya di Malaysia dengan memperkenalkan lebih banyak varian baharu dan facelift pada tahun ini. Selepas Hyundai i40 yang diperkenalkan semasa Kuala Lumpur International Motor Show 2013 (KLIMS13) lalu, kini tibalah pula giliran kenderaan hatchback lima pintu i30 pula dilancarkan.

Model Hyundai terkini daripada segmen-C ini ditawarkan dengan dua varian iaitu i30 1.8L Executive dan i30 1.8L Sport. Difahamkan, generasi kedua i30 ini menjadi model Hyundai yang paling ‘menggegarkan’ dalam pasaran Eropah, malah telah terjual hampir 1.5 juta unit di seluruh dunia.

Direka dan dibangunkan di Hyundai Motor Europe Technical Centre yang terletak di Russelsheim, Jerman, i30 membawakan imej Hyundai yang mengetengahkan rekaan penuh moden dan menawan.




Generasi terbaharu i30 ini memilih enjin NU 1.8 MPI dengan teknologi Pemasaan Enjin Berjujukan Injap Dinamik (DVVT) sebagai ‘jantungnya’. Ia mampu memberikan kuasa maksimum 145 PS pada 6,500 rpm dan tork puncak 175 Nm pada 4,700 rpm. Malah padanan kotak gear automatik dengan enam kelajuan juga memberikan penambahan kuasa dinamik serta penjimatan bahan api yang lebih efisien buat jentera hatchback ini.

Melihat akan reka bentuknya, ternyata i30 mampu menambat perhatian umum. Dengan falsafah rekaan ‘Fluidic Sculpture’, i30 tampil dengan imej yang progresif, sporty, dinamik dan penuh bertenaga.




Jeriji radiator berbentuk haksagon pada bampar hadapan menyerlahkan gaya sporty i30. Ditambah pula dengan padanan lampu utama projektor dan lampu kabus yang memberikan impak sporty pada rekaan hadapannya. Pada sisi kerangka i30, ciri-ciri aerodinamik jelas kelihatan dengan garis lekukan.

Padanan cermin sisi dengan puddle lamp, rim aloi bersaiz 17 inci, lampu belakang yang nampak garang dan lampu isyarat berhenti LED yang terletak pada spoiler belakang menambahkan lagi impak tersendiri terhadap rekaan luaran i30.




Bagi rekaan kabin pula, imej kontras dipilih bagi menambahkan lagi keharmonian di dalam ruangannya. Meter kluster TFT Supervision dengan grafik berwarna putih dan biru menambahkan gaya kemodenan i30. Butang-butang kawalan yang terletak kemas pada papan pemuka juga mudah dikendalikan.

Selain itu, ia turut menampilkan elemen menarik seperti pengesan hujan, roda stereng dengan butang kawalan audio, sistem audio dalaman, sambungan bebas tangan Bluetooth, butang penghidup enjin bersama sistem kunci pintar, sambungan USB dan AUX, dan bumbung panoramik.




Satu lagi bonus yang ditawarkan pada i30 ini ialah ia menampilkan ruang yang lebih selesa dan luas berbanding dengan model terdahulu. Dengan jarak roda 2,650mm, jarak panjang keseluruhan 4,300mm, lebar 1,780mm dan tinggi 1,470mm, membuatkan i30 mampu memberikan lebihan ruang yang diperlukan. Malah ruang kargonya mampu menampung kapasiti sehingga 378 liter dan meningkat ke 1,316 liter jika tempat duduk belakang dilipat.

i30 juga tampil dengan sistem bantuan parkir, sistem ‘Smart Welcome’, dan sistem Flex Steer yang menawarkan tiga mod pemanduan iaitu Comfort, Normal dan Sport.





Tidak lengkap dengan itu, aspek keselamatan juga sangat dititikberatkan. Untuk i30 ini, ia dilengkapi dengan Program Kestabilan Elektronik (ESP), ABS, Sistem Bantuan Brek (BAS), Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSA), Isyarat Perberhentian Kecemasan, dan enam beg udara.

i30 ditawarkan dengan tujuh pilihan warna menarik iaitu Black Bean, Brilliant Red, Coffee Bean, Creamy White, Dazzling Blue, Hyper Silver dan Sleek Silver.

Harga atas jalan berserta insurans yang ditawarkan untuk i30 1.8L Executive ialah RM127,888 dan i30 1.8L Sport yang dilengkapi dengan kit badan pula hanya RM132,888 seunit. Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau 300,000km (mana yang terlebih dahulu).

Manakala waranti lanjutan pula bergantung pada pihak pengeluar. Malah perkhidmatan bantuan 24 jam juga turut boleh dinikmati oleh semua kenderaan jenama ini, tertakluk pada panel insurans Hyundai sendiri.

Sempena dengan pelancaran i30, HSDM turut merasmikan pusat 3S Hyundai terbaharu yang dibuka di Cheras, KL. Terletak di Taman Rasa Sayang, pusat 3S ini diuruskan oleh Mawanis Sdn Bhd dan menawarkan perkhidmatan buat komuniti Hyundai yang menetap di Cheras serta kawasan berhampirannya. Buat setakat ini, ia merupakan pusat 3S terbesar yang dibina pada keluasan 65,337 kaki persegi.




Dilengkapi dengan tujuh ruangan penyelenggaraan kenderaan termasuk dua Quick Service, bilik pameran dan pusat jualan alat ganti. Pusat 3S ini mampu menyelenggara 24 buah kenderaan sehari dengan jaminan mengurangkan masa menunggu para pelanggan.

Dengan mengamalkan operasi secara sistematik, pusat 3S ini ingin memberikan perkhidmatan yang efisien dengan kualiti terbaik bagi memenuhi kepuasan para pelanggan. Malah turut menawarkan perkhidmatan yang penuh inovatif termasuk pengambilan dan penghantaran kenderaan, perkhidmatan buruh percuma pada setiap hari Rabu, perkhidmatan membasuh kenderaan pelanggan secara percuma sewaktu penyelenggaraan dan juga ruang lounge untuk para pelanggan berehat sementara menantikan kenderaan mereka diselenggara.



Last edited by berun on 2-4-2014 12:32 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2014 01:33 PM | Show all posts
mahal lah. fuel consumption ngan service cam mana pulak? baik angkat honda
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 11:23 PM | Show all posts
terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 10:01 PM | Show all posts
aku punya la tunggu kereta ni.. alih2 mahal. baik aku angkut civic ke focus ke hape kalau dah harga cam gini

*hangen kerana penantian ku sia2 sahaja*
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 11:34 AM | Show all posts
Kereta korea sekarang dah bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 05:46 PM | Show all posts
hyundai i30 ni ok tak??ioll mcm bkenan sgt2..ada siapa2 dah guna kereta ni??ioll bkenan dgn renault clio..tp clio mahal sgt..ni murah sikit..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2014 07:50 AM | Show all posts
cantik kereta ni. i like the design. tapi mahal juga la, tak mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 08:37 PM | Show all posts
nice~~~ awesome~~~`
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.048960 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list