CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4405|Reply: 2

Gambar Sekitar Future Music Festival Asia 2014

[Copy link]
Post time 14-3-2014 03:58 PM | Show all posts |Read mode
Pada jam 4 petang semalam, Budiey meluangkan masa untuk melihat sekitar Future Music Festival Asia 2014 yang berlangsung di berlangsungnya perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. Agak malang apabila pihak penganjur tidak melayangkan jemputan untuk Budiey.com. namun, Budiey rasa bernasib baik kerana masih mendapat dua keping tiket VIP daripada MTV. Terima kasih kepada MTV kerana sudi mengirimkan tiket kepada Budiey.

Sesampai di sana, Budiey dapati ramai sekali peminat muzik datang walaupun cuaca berjerebu yang agak teruk telah melanda Lembah Klang sekarang ini. Jerebu tidak menjadi masalah besar bagi mereka.

Kepada yang belum tahu tentang Future Music Festival Asia 2014 berlangsung selama 3 hari berturut-turut dari 13 Mac hingga 15 Mac bermula jam 4 petang sehingga 12 tengah malam. Menampilkan persembahan hebat daripada puluhan artis bertaraf antarabangsa, festival terbesar yang dihadiri oleh peminat dari seluruh dunia ini turut menampilkan penyanyi Yunalis Zarai.

Pada malam tadi, Budiey sempat menyaksikan kehebatan DJ tersohor dunia memberikan persembahan bertenaga seperti Deadmau5, Will Sparks, Adventure Club, R3hab, Bate dan Eva T.  Selain itu beberapa pentas lain turut menyaksikan persembahan daripada DJ popular dalam dan luar negara. Lebih menarik FMFA tahun ini juga telah menarik pengunjung lebih daripada 30 buah negara di seluruh dunia.

Berbaki dua hari lagi, FMFA menjanjikan persembahan hebat dan buat julung kalinya, ‘A State of Trance, 650 New Horizons’ datang ke Malaysia dengan menampilkan barisan DJ-DJ seperti Paul Van Dyk, Arrmin Va Buuren, Markus Schulz, Omnia, Andrew Rayel dan ramai lagi.

Hari terakhir pula bakal menyaksi persembahan hebat artis antarabangsa terkenal seperti Pharrell Williama, Yuna, Naughty Boy, Macklemore & Ryan Lewis dan ramai lagi.

Selain festival muzik, penganjur juga telah menyediakan pelbagai keseronokan lain dengan berkolaborasi dengan beberapa booth dari penaja.

Berikut ini gambar-gambar sekitar festival yang sempat Budiey sediakan untuk korang!






























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2014 06:32 PM | Show all posts
Amboi siap ada prayer room bagai tapi ada yg amek dadah..mana dapat dadah tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 01:18 PM | Show all posts
mampus la 6 ekor remaja dek festival maksiat ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049328 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list