View: 3582|Reply: 11
|
Mengesan Bankrap yang melarikan diri..bagaimana ?
[Copy link]
|
|
Ramai sekarang ini yang sengaja membankrapkan diri setelah mengambil wang beratus ratus ribu dari org awam konon nya untok membuat pusingan modal perniagaan tapi akhirnya melesapkan diri apabila wang itu sudah di perolehi. Mereka mereka ini tahu, lambat laun mereka akan di bankrapkan dan mereka tak kisah jika jatuh muflis. Kerana mereka tahu bagaimana mahu mengelakan diri dari membayar balik apabila sudah bankrap. Salah satu cara ialah melari dan menyepikan diri.
Bagaimana kah dapat kita trace mereka mereka ini, kita tahu alamat ibu ayah nya, alamat adik beradik nya dan alamat isteri nya. Tahu di mana anak anak mereka bersekolah tapi tuan punya badan bankrap sudah hilang ghaib.
Boleh kah kita mendapatkan kerjasama polis, Jabatan Pelajaran dan lain lain untok mengesan si bankrap ini. Atau ada manamana Syarikat detektif atau mereka yang menubohkan syarikat untok mengesan bankrap yang hilang. Si bankrap masih tinggal di dalam negara tapi tidak tahu dimana ia berada.
Terima kasih.
Last edited by Tresta on 13-2-2014 09:33 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ko ni dr pihak Bank ke atau camner??
agak susah nak trace kalau org tu larik atau tak der kerja tetap selepas dia larik....nak cek KWSP mmg yellek...takpun dia masih guna akaun lama yang tak update....kalau setakat meniaga2 kecik2 ...LHDN takder rekod...
so tu sbb ada je org yang pergi bpomoh buat cara halus ni...member aku wat cara ni dan dalam tempoh x sampai seminggu org tu datang menyembah2,,,katanya tetiap malam ada entiti mengganggu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih kodokbawang kerana bagi maklumbalas.
Saya bukan dari bank. Saya mewakili ramai mangsa yang telah di tipu oleh orang yang membuat berbagai bagai janji tapi setelah wang dapat...syarikatnya tutop dan dia buat tak tau sehinggal ha dia jatuh bankrap.
Memang dia tak ada kerja tetap tapi malaun nie kerja dengan bisnes keluarganya. Dia dulu kononnya Pengarah Syarikat. Dia dan keluarganya menubohkan banyak syarikat untok melarikan diri ke sana sini, keluar masok, masok keluar sebagai Pengarah ikut keadaan.
Saya berpendapat keluarga nie keluarga yang memang motifnya menipu orang awam dengan meubuhkan perniagaan yang bogus. Apabila wang dah dapat....mereka menyepikan diri dan mereka tidak takut atau tiada perasaan malu utk jadi bankrap kerana dari awal itu lah rancangan mereka.
Jika pun dia dapat dikesan, apa yang dia boleh buat ?. Dia boleh bagi byk alasan pada JIM utk mengelakan bayaran. Jikapun dia dan keluarganya mendapat 2-3 juta pun mereka tidak akan bayar sbb mereka telah rancang perkara ini dari hari pertama lagi.
Bomoh bomoh nie ..saya tak mau buat lah. Bukan stail saya buat begitu pada orang. Menginiyai orang. Berdosa besar. Masok neraka.
Saya hanya mahu si bankrap ini bertanggung jawab dan bayar kerana saya tahu, dia mendapat gaji dari bekerja dengan syarikat keluarganya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Berdo'a saja pada Allah supaya Azlan Kazaidin mendapat pembalasan. Allah Maha Adil...... sebelum dia di mamah api neraka, kehidupan nya di dunia tidak akan senang. Kerana bukan seorang saja yang di tipunya...lebih ramai lagi. Jika semua nya berdo'a perkara yang sama..Allah akan makbulkan do'a orang orang yang teriniaya. Aaamiin.
Last edited by Tresta on 13-3-2014 10:41 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Azlan Kazadin adalah bekas Pengarah Jari Hijau Enterprise dan Proven S yang telah menipu ramai orang awam didalam syarikat pelaburan hartanahnya Jari Hijau. Mula mulanya membuat bisnes vermicompost (cacing) dan kemudian membuka Syarikat Hartanah. Ada yang di tipu sehingga RM260,000. Azlan dihadapkan ke muka pengadilan tetapi tidak pernah hadir di dalam pembicaraan dan dia dijatuhkan status bankrap pada 10hb. October 2013. Alamat yang di berikan oleh Azlan ialah di Kampong Merbau Sempak 47000, Sungai Buloh Selangor tetapi dia tidak tinggal di situ. Ini adalah strategi Azlan supaya ia tidak dapat dikesan oleh pelabur. Azlan sekarang menghilangkan diri dan Jabatan Insolvensi ingin menjejak beliau untok di interview. Dimana kah Azlan Kazaidin berada sekarang?. Sebagai seorang Islam walaupun ia menipu tapi masih Islam, tentu ia menunaikan solat Jumaat dimana mana.
JIka tahu dimana Azlan berada sekarang, tolong beri information. Sunggohpun Azlan Kazaidin tidak bekerja dgn kerajaan, ertinya sukar untok dijejaki tetapi ia menjalankan aktiviti perniagaannya di internet dan menggunakan syarikat adiknya AK Synergy memberikan taklimat hartanah di Ofis AK Synergy di TSB, Sungai Buloh dari masa ke semasa.
Azlan sudah berumah tangga dan mempunyai tanggungan. Sebagai seorang yang masih muda, Azlan perlukan income utk menyara keluarganya dan Pihak Insolvensi mahu interview Azlan untok assess incomenya dan asset nya supaya mereka boleh tentukan apakah tindakan yg perlu di ambil untok selesaikan semua hutangnya kepada pelabur. Last edited by Tresta on 13-3-2014 10:43 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Biar lah undang undang yang ada di negara ini menentukan nasib Azlan Kazaidin. Kami hanya berdoa kepada Allah agar wang kami sejumlah RM260,000 yang di ambilnya di kembalikan semula. Last edited by Tresta on 13-3-2014 10:44 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Azlan Kazaidin, telah di jatuhkan status bankrap pada 18/10/2013. Tapi adakah ia mematuhi statusnya sebagai bankrap ?.
Tidak sama sekali. Malah ia menunjokan satu jari kepada undang undang negara dan peraturan JIM kerana tidak mahu hadir ke mahkamah dan ke Jabatan Insolvensi. Jadi apakah sifat sifat orang saperti Azlan ini sifat sifat org yang baik?...tidak. Ia adalah ciri ciri seorang bangsat, penipu besar dan Azlan telah merancangkan sesuatu dari awal supaya tidak terjebak. Azlan masih bebas dan berleluasa di sana. Masih menjalankan aktivitinya dengan di bantu oleh saudara maranya..seolah olah ia tidak bankrap.
Itu lah sbbnya ramai org awam yg telah di tipu oleh Azlan tidak berpuas hati. Saperti kata org Inggeris' You make a mistake...you pay the price'. Tapi dalam kes Azlan..'I made a mistake..so what ?'...
Saya akan mengheret Azlan ke peringkat yang lebih atas dengan membawanya ke JIM melalui Warrant of Committal. Dan akan mengarahkan JIM menyiasat kemana wang RM260,000 yang di laburkan ke Jari Hijau pergi.
Penipuan yang pertama yg sangat jelas ialah.....apabila saya ke Jabatan Tanah Shah Alam utk menyiasat status tanah yang kononnya adalah milik syarikat Azlan dan sedang diushakan utk pecah tanah lot. Ini tidak langsung berlaku. Semasa saya bertaanya ke Jabatan Tanah, tanah itu adalah milik individu lain dan ia masih belum di pecah lot.
Kesimpulannya...Azlan telah menipu dari awal lagi. Katanya ada bisness hartanah tapi sebenarnya tiada bisnes langsung yang berjalan. Wang org ramai yg dilaburkan sudah digunakan utk tujuan tujuan lain.
Last edited by Tresta on 13-3-2014 02:13 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Setelah Azlan Kazaidin berjaya mendapatkan chek sejumlah RM260,000 daripada saya, aktiviti bisnesnya bertambah meninggi dan bersemangat. Dia muncul di kaca TV di MHI di temuramah oleh Abby Fana membicangkan isu pengurusan keuwangan.
Azlan kazaidin ada menerbitkan video video yang di muat turun didalam Youtube atas nama Azlan666 ( tahukah anda 666 adalah nombor Damian)...
http://www.youtube.com/user/azlank666?feature=watch
Antara Video videonya ialah saperti dibawah. Azlan Kazaidin muncul di dalam MHI dan berceramah mengenai isu pengurusan kewangan.
http://www.youtube.com/watch?v=adMGtBjQjE8
Bagaimanakah mentaliti Azlan yang konon kononnya mahu menasihatkan orang awam mengenai masaalah keuwangan sedangkan ia sendiri adalah seorang penipu besar?.
Tapi itu lah keperibadian Azlan Kazaidin, berselindung di sebalik 'kepakaran' nya dalam bidang pengurusan kewangan dan selalu menggunakan Islam sebagai dinding untok menunjokan kebaikan nya.
Azlan Kazaidin yang dulu nya adalah 'pakar' pengurusan kauwangan utk org org yg blacklist, utk org yang ada rekod CTOS, utk orag orang yang bankrap.....sekarang ia sendir iadalah seorang Bankrap dan akan kekal membawa status ini sehingga ke akhir hayatnya. Last edited by Tresta on 13-3-2014 10:46 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuba lihat semula video Azlan Kazaidin ini....konon nya adalah 'pakar' di dalam pengurusan keuwangan...Dengar apa dia cakap:
' Bagaimana nak menjana pendapatan..nak income lebih' - Jawapan nya ialah - Menipu orang awam.
' Gunakan platform hartanah, emas ' - Yer.....Dengan pelaburan dari orang awam bernilai beratus ratus ribu untok hartanah.
' Kalau seminar tu 5 dalam 1, RM150 tak mahal'. Gula gula yg biasa di berikan oleh keparat ini untok menarik pelabur dan ...................
'Diluar sana ramai yang ada masaalah, kita sarankan mereka datang ke seminar ini, apa saja status anda..black list ker, tak cukop duit ker... kita boleh bantu.'....
Yer Azlan ...awak sudah bankrap sekarang.
Azlan hadir ke MHI kerana telah berjaya mendapatkan pelaburan yang banyak dari orang awam yang di tipunya dan mahu menipu ramai lagi didalam seminar hartanah ini. Tujuan nya tak lain tak bukan ialah menarik org ramai untok menyertai skim pelaburannya didalam hartanah Jari Hijau.
Watch this video again.....dan lihat body language nya.
http://www.youtube.com/watch?v=adMGtBjQjE8
Last edited by Tresta on 13-3-2014 10:47 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Semasa saya berjumpa Azlan Kazaidin di ofisnya unok bertanya bagaimana ia menguruskan wang pelaburan org awam yang di ambilnya dan juga wang saya RM260,000, Azlan berkata..'saya dah ke Kedah utk lihat projek serai disana'.....
Hey ..saya laburkan RM260,000 utk projek hartanah bukan projek serai.
Azlan berkata lagi...'saya rela di maki hamun ..di pukol'...
Yelah sebab awak sudah bersalah mengambil dan menghilangkan wang ringgit orang awam....dan nak minta simpati.
Saya bukan lah nak main jampi jampi dan bomoh bomoh , tidak juga mahu memukol atau buat sesuatu unlawful.
Saya serahkan pada Allah untok membalas nya. Juga melalui undang undang yang ada di negara kita ini. Balasan Allah berat pada orang yang menipu dan mengambil wang tampa di izinkan dan undang undang negara ada utk deal dengan bangsat mcm nie.
Azlan Kazaidin akan membawa status bankrap ini ke akhir hayatnya....In Sha Allah. Last edited by Tresta on 13-3-2014 10:48 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, bukan saya saja yang telah tertipu oleh Azlan Kazaidin ini, ada lagi org lain yang di tipunya selain dari 12 yg saya tahu.
Mohd R***** S*** juga mengheretnya ke mahkamah dan kes pendengaran kebankrapan Azlan Kazaidin akan di dengarkan pada 29/4/2014 di Mahkamah Tinggi, Shah Alam.
Dengan ini, Azlan Kazaidin telah dan akan di jatuhkan status muflis sekurang kurangnya 2 kali. Kali pertama ialah dari saya sendiri dan dia telah di jatuhkan status muflis pada 18/10/2013.
Kali kedua ialah oleh Mohd Far** bin Ra*** S**. Entah berapa banyak yang di ambil oleh Azlan dari nya....dari saya saja sudah 260K.
Last edited by Tresta on 13-3-2014 10:52 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohon maaf kepada semua forumers.
Tiada apa yang dapat di katakan lagi mengenai Azlan Kazaidin. Saya akan hentikan semua posting dan tidak akan buat apa apa komen selepas ini.
Kita ada undang undang untok deal dengan hal ini dan saya hanya dapat berdo'a pada Allah agar wang saya akan di kembalikan.
Saya mohon maaf atas penggunaan bahasa yang tidak baik kerana tidak dapat mengawal emosi, setakat 50K tu boleh di lupakan tapi 260K adalah terlalu banyak utk di abaikan.
Tujuan posting posting yg lepas hanyalah untok mengingatkan orang awam supaya tidak jadi saperti saya.
Saya masih ada wang utk berbelanja tapi di kurangkan sebanyak 260K tapi utk org awam yang terpaksa berhutang kepada bank, ini akan membebankan mereka.
Berhati hati lah sdra sdri.
Pelaburan yg paling baik ialah memasokan wang anda ke dalam Amanah Saham dan ke dalam perniagaan yang menguntungkan dari syartikat syarikat yang berwibawa.
Sekali lagi, jutaan maaf saya pohon kepada semua. Out !!.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|