View: 6600|Reply: 21
|
Saya puas anda bila lagi?
[Copy link]
|
|
WARNA pada jentera memang selalu menjadi awal pusat perhatian, tidak hairan apabila banyak yang selalu tampil atraktif. Begitu juga dengan model yang satu ini.
Sekali imbas, model segmen-C yang dicat badannya dengan warna merah jambu mengingatkan kepada produk Marie Clare Amerika Syarikat itu. Hal ini kerana, bagi konsultan produk penjagaan wanita itu apabila tiba pada satu peringkat tertinggi akan menerima hadiah Toyota Altis dengan cat badan merah jambu.
Maka tidak hairanlah jika sangkaan awal menganggap model yang telah dikustom luarannya itu adalah milik kaum Hawa. Namun jangkaan begitu meleset.
Sebaik menghampiri jentera asal Jepun itu, sebaliknya terlihat figura lelaki di dalam kabin. Bagi pemilik yang lebih mesra disapa dengan nama Loy itu berkata warna berkenaan adalah warna kegemarannya.
“Saya langsung tidak merasa malu dengan pemilihan warna berkenaan dan tidak kisah tentang bualan orang kerana apa yang penting saya gembira,” jelasnya.
Toyota Altis keluaran tahun 2001 itu masih lagi kelihatan seperti baharu walaupun sudah hamper berusia 12 tahun.
Hal ini kerana si pemilik begitu menjada dengan rapi jentera kesayangan yang dinamakan ‘pink’ itu. Pemilik memilih kit badan kustom pada luaran jentera yang disisipkan pada bampar, bonet hadapan, skirting yang diperbuat daripada gentian kaca .
Lebih kreatif, pemilik memberitahu kit badan luaran boleh dipasang dan buka mengikut pada bila-bila masa.
Meneruskan konsep sport berkenaan, bahagian belakang dipasang spoiler kustom agar tampil garang. Tidak terlepas pandang pada bahagian kaki jentera di mana anak kelahiran Semenyih itu menggunakan rim aloi 18 inci jenama Pegasus bersama padanan tayar 215/35 R18 untuk melengkapkan imej sporty jentera.
Hasil yang diperoleh itu adalah idea kreativiti Loy sendiri dan untuk mendapatkan kepuasan maksimum bapa kepada dua anak itu memilih untuk melakukan sendiri.
Masih mempertahankan konsep sport pada bahagian kabin, Loy memilih kombinasi warna putih dan merah jambu bersama penampilan aksesori mewah untuk melatari ruang dalam Altis. Sementara, bahagian bumbung dan tepi pintu dibalut dengan kemasan kulit.
Mata pengunjung pameran auto show akan tertarik kepada rekaan love bersama dua skrin kecil pada ruangan papan pemuka memang unik dan menarik. Keunikan berkenaan diteruskan ke bahagian belakang di mana Loy meletakkan kerusi berbentuk empat segi yang diperbuat daripada kayu. Walaupun kurang praktikal untuk perjalanan jauh, tetapi ia kreatif.
Selain itu, bahagian papan pemuka juga dilengkapi pelbagai jenis meter tambahan antaranya meter RPM, bateri, vacum dan bateri.
Kerusi bucket SSCUS berwarna hitam dengan jahitan benang merah mengambil alih tugasan ruangan pemandu dan penumpang hadapan.
Bahagian audio tidak dipinggirkan. Loy memasang tiga unit woofer jenama RDS 12 inci, amplifier Kenwood dan lapan unit mix pada jenteranya.
Tidak setakat itu, dua unit LCD 19 inci Sensonic dan 37 skrin kecil tiga inci dipasang untuk member hiburan kepada pengunjung.
Tiba waktu malam pula, hamper keseluruhan jentera kesayangan Loy termasuk ruangan roda dan kabin dibanjiri kelipan lampu LED.
SPESIFIKASI
TOYOTA ALTIS
Tahun: 2001
Enjin: Kekal
Kos Modifikasi: RM70,000
Roda: Rim aloi 18 inci jenama Pegasus dengan tayar 215/35 R18.
Modifikasi: Bampar, bonet hadapan, skirting, spoiler kustom dan kerusi bucket SSCUS, 2 unit LCD 19 inci Sensonic dan 37 skrin kecil 3 inci
Audio: 3 unit woofer jenama RDS 12 inci, amplifier Kenwood dan 8 unit mix
http://www.sinarharian.com.my/st ... alkan-puas-1.236382
|
|
|
|
|
|
|
|
lelaki jambu kah pemandunya? |
|
|
|
|
|
|
|
macam kete macha estet |
|
|
|
|
|
|
|
bluwekkk kaler pinkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Elvis Presley's Pink Cadillac versi Malaysia.
Kelainan ini me'rupakan teknik yg bagus dan effektif utk mencegah berlakunya kes kecurian & kes samun pemilik kereta ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sagoo posted on 2-1-2014 03:47 PM
bluwekkk kaler pinkkkkk
kalau tu kete mike kite putus sahabat
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman kete mcm ni dah berlalu la.. |
|
|
|
|
|
|
|
maleo posted on 2-1-2014 05:39 PM
kalau tu kete mike kite putus sahabat
kalo kete mike...teman gangbang mike 24jam yop
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah masuk zaman harga barang naik ni better berjimat je ar... Jangan sampai tahap keta make-up gila2, anak bini kat umah dah mcm pelarian... |
|
|
|
|
|
|
| |
|