|
TAHNIAH diucapkan buat penyanyi bernama Kelly Clarkson kerana telah berjaya membeli sebuah rumah dengan nilai RM8.8 juta (US$2.8 juta) di Tennessee, Amerika Syarikat.
Clarkson, 31, yang telah berkahwin dengan seorang pengurus muzik, Brandon Blackstock pada 20 Oktober lalu. Tetapi kini, secara diam-diam, Clarkson telah membeli sebuah estet di Hendersonville tahun lalu dan sekarang tinggal di sana bersama suaminya itu.
Seorang sumber yang merupakan penduduk di kawasan itu memberitahu E! News bahawa semasa Clarkson berada di situ, dia kelihatan sangat gembira dan mesra dengan semua penduduk.
Rumah baharu pemenang American Idol musim pertama mempunyai tujuh bilik mandi, lapan bilik, sebuah pawagam dalam rumah, gim, lif, dan empat hektar tanah.
Sementara itu, wanita berambut perang itu turut berharap agar dia dapat hamil anak pertama sempena Krismas dan mengakui bayi itu adalah satu hadiah daripada Blackstock.
“Saya sudah mengatakan kepada suami bahawa selepas berkahwin, saya mahu anak. Saya beritahu dia bahawa itu adalah antara hadiah Krismas yang boleh dia bagi kepada saya," kata Clarkson seperti dipetik dalam femalefirst.com.
Dalam perkahwinan terdahulu, Blackstock dikurniakan dua orang anak iaitu Savannah, 12, dan Seth, 6.
Clarkson dalam pada itu memberitahu rasa gembiranya kerana dapat menjadi ibu tiri kepada dua orang anak Blackstock.
“Saya suka sangat dan selalu bermain-main dengan mereka. Sesekali saya juga akan membawa mereka ke padang permainan," ujarnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|