CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2165|Reply: 4

Bercinta dengan ‘hantu’

[Copy link]
Post time 26-10-2013 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Sering tampil dengan gaya di luar kebiasaan, penyanyi kelahiran Amerika Syarikat ini bukan saja kerap mencetuskan kontroversi, malah pernah mengejutkan dunia dengan kisah asmaranya bersama makhluk halus.

Ramai peminat yang menyambut sangsi perakuan Ke$ha itu apatah lagi penyanyi
kelahiran Los Angeles, California ini sering terdorong melakukan ‘aksi berdarah’ termasuk minum darah dari jantung yang masih berdenyut.

Justeru, ramai yang menganggap kejadian mistik yang dikatakan kerap berlaku dalam hidup wanita dengan nama Kesha Rose Sebert, 26, adalah propaganda.



“Saya pernah bercinta dengan hantu. Lelaki itu adalah hantu, tapi saya sangat terbuka untuk itu dan menikmatinya,” katanya ketika diwawancara Ryan Seacrest, baru-baru ini.
Percintaannya dengan makluk halus itu nampaknya sangat serius sehingga dia mencipta lagu berjudul Supernatural yang dimuatkan dalam album baru-nya yang bertajuk, Warrior.

Bahkan, menurut Ke$ha, album berkenaan adalah rentetan perjalanan hidupnya yang penuh misteri.

“Walaupun ia menguji tahap pemikiran dan kepercayaan individu mengenai hantu dan makhluk lain, namun saya percaya, album ini akan memberi gambaran sebenar kepada dunia yang penuh keajaiban.

“Ramai orang tak percaya saya mengaku pernah bercinta dengan hantu. Ada yang mendakwa saya gila. Sehinggakan satu masa saya terpaksa memanggil seorang bomoh untuk mengusir hantu itu. Ketika mengubati saya, bomoh itu akui terasa hantu itu wujud,” jelasnya.

Selain bercinta dengan hantu, album itu juga mengungkapkan pengalaman spiritual beliau yang lain termasuk kembali ke masa lampau.

“Saya mengalami pelbagai pengalaman pelik dan mistik. Oleh kerana itu, saya mahukan tema album ini seperti sebuah keajaiban hidup,” katanya.

Meskipun pengakuan Ke$ha itu nampak aneh atau dilihat sebagai salah satu cara meraih strategi nyatanya Ke$ha tidak sendirian, apabila beberapa individu lain turut mengalami kesulitan yang sama menyokong kenyataan penyanyi Tik Tok ini.

Pengakuan penyanyi seksi itu bukanlah cerita baru dan menjadi sebahagian dari
legenda Barat mengenai iblis jantan dan betina (incubus & succubus) yang menyerang manusia secara seksual ketika mangsa sedang tidur.

Malam ini di Stadium Negara, Kuala Lumpur, Ke$ha yang tiba di Malaysia semalam sudah bersedia menemui peminat setianya.

Konsert berkenaan dijangka menghiburkan ramai penonton tambahan pula kebanyakan lagu yang terkandung dalam albumnya cukup ‘catchy’.

“Sudah dua tahun kami merancang untuk membawakan Ke$ha ke sini. Kami mahukan Ke$ha kerana gaya persembahan serta muzik yang dibawakannya unik, energetik dan segar. Ia suatu kelainan buat kami kerana sebelum ini pernah membawakan Justin Bieber dan Avenged Sevenfold.

“Muzik yang dibawakan Ke$ha juga sa-ngat sesuai dengan imej Tune Talk sendiri iaitu ‘young and fun’. Kami menjangkakan seramai 8,000 penonton bakal hadir.

“Paling penting, sebagai penganjur kami lega apabila Ke$ha akur untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan pihak berkenaan,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2013 08:05 PM | Show all posts
ko surh hantu sajalah beli dan sokong muzik ko tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 10:21 AM | Show all posts
ermm..pandai die pilih tema..

die expand target market album die ke golongan hantu2...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sewel agaknya.. Elok la concert kena cancel. Bt nya dia bawak bf hantu dia tu dtg sini haru.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 03:01 AM | Show all posts
Minum darah dari jantung berdenyut? Kijam!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.042775 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list