View: 2362|Reply: 1
|
Pelan pembangunan bola sepak latih 10,000 remaja
[Copy link]
|
|
SERAMAI 10,000 remaja berusia antara tujuh dan 17 tahun akan dilatih menerusi progam Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara 2014-2020.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, pelan itu yang akan dilancar dalam masa terdekat, bertujuan mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negara yang dibawa oleh Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun.
“Remaja ini akan dimasukkan dalam program pembangunan bola sepak di seluruh negara untuk mencungkil bakat terbaik...kita akan pastikan tidak ada bakat terpendam yang tidak diketengahkan.
“Matlamatnya ialah menjelang Piala Dunia Remaja pada 2019, pasukan remaja layak menyertainya,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) dalam persidangan Dewan Rakyat, semalam.
Khairy berkata, keseriusan kementerian memperkasa sukan itu juga terserlah menerusi pelantikan jurulatih skuad remaja Bayern Munich, Lim Teong Kim sebagai Pengarah Pembangunan Bola Sepak Negara yang akan memulakan tugasnya November ini.
Mengenai sambutan orang ramai terhadap bola sepak, Khairy berkata, minat terhadap pasukan bola sepak semakin meningkat hasil pelaburan pihak pengurusan bola sepak kebangsaan dan negeri.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu setiap daerah. cukup setiap negeri ada satu training center. combine dgn sekolah asrama mana2
train by state coach. setiap bulan bg allowance RM500 utk setiap pelajar yg layak masuk training center nih.
asrama kat training center. then buat liga antara training center nih....setiap bulan lawan 2 state berlainan...jgn buat lawan dgn sekolah2...itu merugikan.
senang talent management team nak tgk mana yg layak utk di asah lagi. even state team pun senang nak riki |
|
|
|
|
|
|
| |
|