CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1620|Reply: 0

Masih pegawai Pafa

[Copy link]
Post time 22-10-2013 03:07 PM | Show all posts |Read mode

Zainol menunjukkan laporan Sinar Harian mengenai isu peletakan jawatan Azraai.

“SAYA masih anggap dia sebagai pegawai Pafa." Itu reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berhubung isu pengumuman peletakan jawatan Mohd Azraai Khor Abdullah sebagai ketua jurulatih skuad Liga Super Perak yang menjadi bualan hangat dalam kalangan penyokong bola sepak Perak pada ketika ini, lapor SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Mengulas lanjut, Zainol Fadzi berkata, Azraai masih memiliki kontrak sehingga 2014 bersama Perak dan peletakan jawatannya tidak bermakna dia bukan lagi salah seorang pegawai Pafa.

Malah menurutnya, sebagai seorang pegawai Pafa, dia (Azraai), perlu meneruskan tugas-tugas sebagai pegawai Pafa sehingga kontrak berkenaan tamat.

“Sehingga ke hari ini, saya masih menganggap Azraai sebagai salah seorang pegawai Pafa. Biarpun dia (Azraai) ada berbincang dengan Timbalan Presiden Pafa, Khairul Azwan Harun baru-baru ini, tetapi  rasanya ianya (perbincangan)  masih belum mencapai kata sepakat atau persefahaman.

“Kedua-dua pihak tidak bersetuju antara satu sama lain. Justeru, bagi saya perlu ada perbincangan lanjut sekiranya Azraai masih berhasrat meletakkan jawatannya,” katanya kepada Sinar Harian pada sidang media di sini, semalam.

Pada sidang media berkenaan, Zainol Fadzi turut mengumumkan ketua jurulatih, skuad Piala Presiden, Abu Bakar Fadzim bakal meneruskan tugas sebagai ketua jurulatih skuad Liga Super musim 2014 kelak.

Bagaimanapun, Zainol menegaskan pengumuman berkenaan bukanlah satu ‘lantikan’ rasmi kerana yang penting adalah membuat persiapan bagi mengharungi  Liga Malaysia, musim depan.

“Setakat ini, seramai 10 pemain skuad Piala Presiden bakal ‘naik pangkat’ menyertai skuad Liga Super musim 2014

“Mereka ini dah lebih umur dan berdasarkan prestasi semasa kita rasakan mereka ini layak beraksi di peringkat Liga Super. Kita tidak mahu bakat-bakat (pemain) ini diambil oleh negeri lain dan kemudian ‘hilang’ begitu sahaja.

“Kita tidak nafikan, kita perlu berbelanja untuk kuatkan pasukan. Tapi kena tengok juga kewajaran dan keperluan perbelanjaan tersebut,” katanya lagi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.039695 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list