CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3427|Reply: 7

Cara Penjagaan Sistem Brek.

[Copy link]
Post time 27-9-2013 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Cara Penjagaan Sistem Brek.




1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.


2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.


3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.


4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.




5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.


6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.


7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.


8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.


9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.


10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.


11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U.
Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.
Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2013 10:50 PM | Show all posts
Info yg bagus.  Kalau tukar brek belakang dr drum kpd sistem disk. Adakah perlu menukar sistem vakum juga?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 11:52 AM | Show all posts
zorrro_03 posted on 27-9-2013 10:50 PM
Info yg bagus.  Kalau tukar brek belakang dr drum kpd sistem disk. Adakah perlu menukar sistem vakum ...

aku x pndai sgt pasal kereta. biasanya pomen aku tnya atau recomend nk tka ke x
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 12:14 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 27-9-2013 10:50 PM
Info yg bagus.  Kalau tukar brek belakang dr drum kpd sistem disk. Adakah perlu menukar sistem vakum ...

utk hasil lebih baik, elok tukar yg lebih besar..
kalau tak tukarpun boleh juga..tapi tak berapa cengkamla..

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 03:05 PM | Show all posts
zulka posted on 30-9-2013 12:14 PM
utk hasil lebih baik, elok tukar yg lebih besar..
kalau tak tukarpun boleh juga..tapi tak berapa  ...

hehehe.  tak berapa cengkam, kira bahaya juga lah.  ok en bomba. tq.  

@berun  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 04:51 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 30-9-2013 03:05 PM
hehehe.  tak berapa cengkam, kira bahaya juga lah.  ok en bomba. tq.  

@berun

samo samo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2013 03:57 PM | Show all posts
Maaf saya offtopic. Nak tanya tt dan bro @zulka juga. Kalau clutch utk sistem compressor aircond habis, kita boleh tukar tak? Atau kena tukar complete satu unit compressor?  
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 04:05 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 2-10-2013 03:57 PM
Maaf saya offtopic. Nak tanya tt dan bro @zulka juga. Kalau clutch utk sistem compressor aircond hab ...

kompresor clutch remover...
boleh tukar..harga dlm RM80 je kalau tak silap..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.057539 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list