BINTANG tenis Sepanyol, Rafael Nadal mengkritik keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang tidak memilih Madrid sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2020.
Nadal mendakwa IOC tidak memberi layanan yang adil terhadap bandar raya Sepanyol itu.
Tokyo mendapat hak sebagai tuan rumah selepas menewaskan Madrid dan Istanbul dalam pe-ngundian yang diadakan di Buenos Aires.
"Saya terkejut apabila melihat Madrid yang berusaha untuk menjadi tuan rumah buat kali ketiga disingkirkan pada pengundian pusingan pertama," katanya yang turut terlibat dalam kempen untuk Madrid.