CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2296|Reply: 1

Kerry Washington rahsiakan kisah peribadi

[Copy link]
Post time 9-9-2013 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon filem Scandal, Kerry Washington, 36, yang berkahwin dengan pemain NFL, Nnamdi Asomugha pada Jun lalu, tidak pernah mendedahkan hubungan cinta mereka sebelum ini.

Kerry menyembunyikan percintaan mereka serta perkahwinannya kerana bimbang hubungan itu tidak berkekalan lantaran pernah kemurungan selepas bercerai dengan bekas suaminya.

Dia pernah berkahwin dengan aktor David Moscow pada 2005 dan perkahwinan mereka diterbitkan dalam satu majalah pengantin, namun rumah tangga mereka tidak bertahan lama.



“Saya belajar dari pengalaman kurang manis untuk berkongsi kisah peribadi dengan orang lain. Apabila dipilih menjadi penghias muka depan majalah pengantin, saya tidak mahu bercerita mengenai kisah silam saya, tetapi itu yang ditanya kepada saya.

“Kerana terlalu sering diajukan pertanyaan me ngenai hubungan cinta berbanding kerjaya, saya membuat keputusan untuk tidak menjawab soalan mengenai kisah peribadi,” katanya.


Kerry tidak kisah jika selebriti Hollywood lain bercerita secara terbuka mengenai hubungan cinta mereka tetapi secara peribadi dia tidak mahu kede ngaran seperti bangga diri apabila bercerita mengenai cintanya.

“Saya memakai cincin perkahwinan di mana saja saya berada dan dalam apa jua keadaan. Apabila ada yang mengucapkan tahniah, saya akan membalas dengan ungkapan terima kasih, tapi hanya setakat itu,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2013 11:44 AM | Show all posts
suka aku tengok dia ni dalam scandal tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.050231 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list