View: 3191|Reply: 0
|
Ketenangan jiwa - Umrah cara 'Free and Easy'
[Copy link]
|
|
Ketenangan jiwa - Umrah cara 'Free and Easy'
http://hamidarshat7.blogspot.com/2013/08/ketenangan-jiwa.html?m=1
.
Jiwa tenang adalah satu nikmat Allah yang saya anggap sangat penting, khusus dalam umor saya ' diambang senja'. Kita memang dapat capai jiwa sakinah bila kita dimasjidil haram atatu dimasjid nabawi.
Alhamdulillah dua kali akhir ramadan dan hari raya eidilfitri tahun lepas dan tahun ini, kita dapat puasa dua hari dan menyambut hari raya di Medinah dan selepas itu pergi Makkah untuk buat umrah. Terkilan juga tidak dapat buat umrah dalam bulan puasa ramadan kerana dikatakan amalan demikian sama saperti buat haji bersama Rasulullah. Munkin tahun depan kita cuba capai cita2 demikian.
Dulu waktu kita masih muda , alhamdulillah Allah telah banyak kali jemput kita ke masjidil haram pada 10 hari terakhir ramadan dan dapat nikmat solat teraweh serta tahjud. Sekarang ini hati hendak buat tetapi badan macam tidak larat. Semoga Allah terus menerus beri kita nikmat iman dan kesihatan sehingga akhir hayat kita.
Semasa disana saya berpeluang mengulang kaji bacaan alquran dan memperbaikkinya serta memahami makna. Inilah oeluang kelapangan masa untuk saya mendalami ilmu pengetahuan saya tentang islam. Masa umor muda, saya abaikan perkara ini dan sekarang tiada helah / excuse bagi saya.
Satu lagi perkara ialah saya dan usteri pergi umrah dengan pengurusan sendiri , ajen pelancungan bantu kita dapatkan visa umrah dengan sedikit bayaran. Urusan beli tiket penerbangan dan penginapan dihotel2 diMedinah dan Makkah saya buat sendiri melalui internet. Saya naik penerbangan Saudi airlines dari KL keMedinah dan balik kerana urusan check in dan out, serta imegresen dan kastan kebih mudah diairport Medinah berbading airport Jeddah. Terdapat dua penerbangan terus KL ke Medinah setiap minggu, iaitu pada hari isnin dan rabu. Kalau kita buat booking awal 4-6 bulan sebelum itu harga adalah lebih murah.
Setelah buat booking untuk flight dengan Saudi airlines, biasanya saya ambil flight hari rabu pukul 3 petang dan sampai Medinah pukul 8 malam waktu tempatan. Kemudian saya buat booking hotel juga melalui internet, satu malam dihotel Medinah, esoknya pergi keMakkah untuk selama 6 malam, book hotel diMakkah untuk 6 malam. Lepas itu balik ke Medinah dan booking lagi hotel untuk 3 malam. Kesemuanya 10 malam. Bila siap booking penerbangan dan hotel kita dapat etiket dan voucher2 untuk hotel yang perlu dikemukakan kepada ejen untuk permohonan visa, berserta paspot2 surat2 nikah dan beranak ( untuk bokti muhrim) dan kad perubatan untuk suntikan meningitis. Biasanya ejen akan mohon visa 2-4 minggu sebelum penebangan. Visa akan ditamoal dalam paspot dan nama wakil muasasah ditampal dibelakang paspot.
Sampai diMedinah setelah sekesai urysan imigresen sydah dapat beg dan kastam scan beg2 kita. Diluar pegawai minta oaspit kita untuk duscan dan kita ditanya suapa muasash kita, wakil muasasah datang kepada kita dan akan tanya samada kita hendak naik kenderaan mereka atau pilih naik teksi kehotel dengan bayar sendiri. Tunjukkan voucher hotel yang kita sudah buat booking. Biasanya tiada apa2 masalah. Dari airport Medinah kehotel naik teksi mebfambil masa 20 -30 minit sahaja. Solat jama' maghrib dan isha dibilek hotel. Esok solat subuh dan zohor dimasjid nabawi. Lepas zohor pergi Makkah untuk umrah. Book teksi dari Medinah ke Nakkah melalui 'bell boy' bolih negotiate harga. Biasa teksi salon muat 4 orang harganya 600 rial tetapi yang besar saperti GMC atau van harfa antara 800 hingga 1000 rials bolih muat sehingga 8 orang.
Beginilah cara kita buat umrah secara ' Free and Easy'
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|