CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4123|Reply: 5

Jennifer Aniston versi penari bogel

[Copy link]
Post time 31-8-2013 02:46 PM | Show all posts |Read mode
"IA memang tak masuk akal. Tapi saya sanggup lakukan semua itu demi memenuhi watak!," Demikian jawapan pelakon jelita, Jennifer Aniston menerusi filemkomedi terbarunya, We're The Millers yang baru saja menemui penonton di negara ini.
       
        Siapa sangka pelakon kelas A sepertinya sanggup membawa watak penari bogel yang begitu menggiurkan.
       
        Menerusi filem arahan Rawson Marshall Thurber, bekas isteri Brad Pitt ini bukan sahaja berani tampil separuh bogel bahkan berani beraksi sepertimana penari bogel amatur.
       
        Gayanya selincah gadis muda meskipun usianya sudah mencecah angka 44 tahun. Bagaimanapun penampilan berani Aniston itu  turut mengundang rasa kurang senang segelintir peminat yang menggagapnya terdesak untuk mengekalkan popularitinya di layar perak.
       
        "Saya mahu cipta kelainan menerusi filem ini. Saya mencabar diri untuk beraksi seperti ini. Ia memberikan pengalaman yang hebat buat saya dan saya berharap peminat terhibur dengannya," akui pelakon yang popular menerusi drama bersiri Friends ini.
       
        Apa jua jawapan yang diberikan oleh kekasih Justin Theroux ini, hakikatnya dia sememangnya sudah bersedia untuk membenarkan dirinya dieksploitasi pengarah filem tersebut. Jika tidak, masakan dia sanggup beraksi lucah sehingga memperlihatkan sebahagian anggota sulitnya.
       
        Bukan filem bawah umur
       
        Tidak hanya watak Jennifer Aniston (Rose O’Reilly), keseluruhan filem We're The Millers boleh dikatakan agak lucah. Baik dari segi watak, visual mahupun dialog, sarat dengan elemen seksualiti yang pastinya tidak sesuai ditonton golongan bawah umur.
       
        Juga bukan filem pertama Hollywood yang menjadikan wanita dan seksual sebagai bahan penceritaan, We're The Millers bagaimanapun masih mampu menghiburkan penonton. Malah hampir semua babak mengundang tawa penonton.


       
        Setiap watak misalnya, dibina dengan karakter berbeza. Selain Aniston sebagai penari bogel, lakonan Jason Sudeikis (David Clark) sebagai pengedar dadah serta Will Poulter (Kenny Rossmore) yang masih teruna dan Emma Roberts (Casey Mathis), remaja yang lari dari rumah, memberikan impak besar terhadap keseluruhan filem ini.
       
        Masing-masing mempunyai konflik tersendiri sehingga mereka disatukan sebagai keluarga untuk menyeludup ganja dari Mexico ke AS. Misi mereka digamatkan dengan pertemuan secara tidak sengaja dengan keluarga Pablo Chacon lakonan Tomer Sisley bersama isteri dan anaknya yang juga mempunyai karakter yang pelik.
       
        Bagaimanapun, ia bertukar lebih mencabar apabila diburu dua orang pengedar dadah merbahaya. Apakah kesudahannya? Saksikan filem komedi ini pawagam!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2013 03:22 PM | Show all posts
ade ke keluar pawagam mesia??
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 10:02 AM | Show all posts
nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 05:10 PM | Show all posts
dah tgk ....  funny
bab Jennifer jd strippper  x  mengiurkan pon
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 09:59 AM | Show all posts
nk g tgkla. hehe cmbest je.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 02:59 PM | Show all posts
jennifer ni still dikenali sbg bekas isteri brat pitt....x move on lg....giler
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.097297 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list