CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1319|Reply: 0

'Sekolah akhirnya bukan menyatu, tapi menjauhkan'

[Copy link]
Post time 30-8-2013 02:56 PM | Show all posts |Read mode


Usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui sistem persekolahan memberi kesan sebaliknya apabila masyarakat Malaysia semakin jauh antara satu sama lain, kata Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).

Menyentuh debat berkaitan sekolah vernakular dan penggunaan bahasa Melayu, ketua pegawai eksekutifnya Wan Saiful Wan Jan (kanan) berkata, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penyatuan walaupun bahasa Inggeris lebih sesuai.

"Kita kata bahasa Melayu mampu jadi bahasa perpaduan, tetapi kita buat persidangan berkaitan perpaduan nasional dalam bahasa Inggeris, bukankan ironi sekali?" katanya, disambut gelak ketawa kira-kira 200 peserta yang hadir ke forum berkaitan pendidikan semalam.

Katanya lagi, beliau sendiri mempunyai sekurang-kurangnya satu mesyuarat dengan pegawai kerajaan di Putrajaya dan semuanya dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Malah, tambah Wan Saiful, anggota Parlimen juga sering meminta kebenaran speaker dalam perbahasan di Parlimen untuk menggunakan beberapa perkataan dan terma Inggeris.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.046999 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list