CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2532|Reply: 2

Katrina bakal bersara?

[Copy link]
Post time 6-8-2013 09:53 AM | Show all posts |Read mode


Katrina (kanan) dikatakan akan mengambil keputusan untuk bersara ekoran tindakan Asum.



ATLET renang berirama negara, Katrina Ann Abdul Hadi dikatakan akan mengambil keputusan untuk bersara kerana kecewa dengan keputusan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) yang tidak menghantar perenang berirama pada Kejohanan Akuatik Dunia di Barcelona, baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan adiknya, atlet gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi yang memberitahu keputusan itu disuarakan kakaknya kerana sukan renang berirama kurang mendapat tempat untuk ke sebarang pertandingan di luar negara.

“Sukan renang berirama susah hendak pergi ke sebarang pertandingan. Jadi jika dia berlatih lebih sekalipun ianya tetap sama,” katanya.

Katrina, sebelum ini menyatakan rasa kesal kerana Malaysia tidak menghantar penyertaan pada pertandingan yang amat besar seperti Kejohanan Dunia.

“Kita tidak menyertai mana-mana kejohanan besar dalam acara renang berirama, jadi apabila kehadiran kami tidak ada maka hakim juga tidak berpeluang untuk melihat kemampuan kami.

“Ia amat penting buat kami untuk menarik perhatian hakim dalam kejohanan berstatus dunia bagi membina reputasi pada masa akan datang.

“Pengecualian ini mungkin akan membahayakan peluang kami untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik London pada 2016,” kata Katrina.

Setiausaha Kehormat Asum, Edwin Chong menjelaskan, mereka tidak menghantar sesiapa pada kejohanan tersebut ekoran kecederaan yang dialami oleh dua perenang kebangsaan, Katrina dan Emanuelle Mah Thil Da.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2013 05:35 PM | Show all posts
Tak hantar sebab pakai baju mendedah aurat ke?? Bukan ratu cantik je haram, sukan renang pun dah haram
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2013 12:47 PM | Show all posts
timahterung posted on 6-8-2013 05:35 PM
Tak hantar sebab pakai baju mendedah aurat ke?? Bukan ratu cantik je haram, sukan renang pun dah har ...

haram utk muslim saja.. boleh lg disertai oleh non muslim.. train saja non muslim utk acara sebegini......

utk muslim bnyk lg acara yg boleh disertai......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.258671 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list