View: 15358|Reply: 21
|
HellaFlush versi Malaysia
[Copy link]
|
|
Jika anda seorang pengikut blog-blog modifikasi antarabangsa seperti ‘SpeedHunter’, anda tentu mengetahui tentang satu budaya modifikasi dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai ‘HellaFlush atau ‘United State Domestic Market’ (USDM).
Modifikasi jenis ini tidak memerlukan anda serius tentang prestasi enjin, berhabis duit untuk kit badan dan kelengkapan berstatus berbeza atau pun memilih kereta yang berjenama mahal. Apa yang penting adalah kerendahan kereta dan perlengkapan rim dan tayar pada ruang arch roda.
Pemilihan modifikasi
Perodua Myvi yang dipaparkan ini merupakan satu contoh terbaik HellaFlush yang boleh kita lihat secara langsung di jalan raya negara. Jimmy, pemilik Myvi putih ini memulakan Hellaflush dengan pemilihan rim terlebih dahulu.
Rim pilihan Jimmy bersaiz 16 inci yang dibaluti dengan tayar Nankang NS-2 bersaiz 165/45/R16 pada bahagian hadapan dan Dunlop bersaiz 195/45/R16 pada bahagian belakang.
Kemudian ia telah menjalani proses flush dengan memadankan set lengkap penyerap hentak boleh laras tinggi-rendah GAB HA Series dengan set spring 8k di depan dan spring 10k di belakang.
Sudut camber pula dilaraskan pada -2.5 pada bahagian depan dan -4.6 pada bahagian belakang. Dengan ‘fitmen’ sebegini, ruang arch fender terpaksa dipotong pada bahagian lebihan sebelah dalam bagi mengelak tayar daripada bergeser.
Kini, Myvi Jimmy mempunyai ‘stance’ yang amat menggiurkan ketika merayap di atas jalan raya.
Selain daripada ubahsuai ‘stance’, Myvi ini juga telah menerima alat ganti badan Toyota Passo model 2006 sepenuhnya meliputi bahagian peningkatan depan dan belakang serta cermin sisi. Jimmy juga telah menampal ‘stiker bomb’ pada bahagian fender belakang serta pada bahagian dalam bonet hadapan.
Stiker bomb yang dipasang oleh Jimmy ini bukanlah jenis biasa yang dibeli di kedai stiker tempatan. Sebaliknya dipesan terus dari Amerika Syarikat yang datang dalam bentuk album dan pemilik perlu menampalnya satu persatu secara ‘bombing’ pada kawasan yang dipilih dan bukannya sedia menjalani proses ‘bomb’ terlebih dahulu sebelum dicetak seperti stiker yang boleh kita dapati di kedai stiker tempatan.
Sentuhan berbeza untuk enjin
Untuk bahagian enjin, hanya sedikit ubahsuai yang dilakukan. Penapis udara telah ditukar kepada penapis udara K&N jenis drop-in manakala sistem ekzos asalnya telah ditukar sepenuhnya bermula dari extraktor 4-1 dari Zenden,paip utama bersaiz 1.7 inci dan diakhiri dengan muffler Marco S-Flow.
Sentuhan ringan ini berjaya meningkatkan sedikit daya pecutan dan respons selain menghasilkan bunyi enjin dan ekzos yang selari dengan rupanya yang kelihatan amat gagah dengan stance sempurna menepati tema Hellaflush.
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh laju ke kereta pakai bende ney
|
|
|
|
|
|
|
|
smart............. |
|
|
|
|
|
|
|
rasa mcm menyeksakan je bile drive... |
|
|
|
|
|
|
|
OrangKita posted on 16-7-2013 09:53 AM
rasa mcm menyeksakan je bile drive...
menyeksakan bila lalu bumper........
|
|
|
|
|
|
|
|
mofisa posted on 15-7-2013 11:18 AM
cantik wei preve tu!!! perrhh!
|
|
|
|
|
|
|
|
ejai601 posted on 16-7-2013 10:58 AM
menyeksakan bila lalu bumper........
lalu bumber masak ohh
|
|
|
|
|
|
|
|
ah..semlm baru nampak myvi mod gini..
terasa agak pelik bagi ku
kat malaysia neh byk bump..bleh lepas ke bila depa mod sampai gini sekali? |
|
|
|
|
|
|
|
confuse aku tang mane dia punye cantik tu |
|
|
|
|
|
|
|
silent_hunter posted on 13-11-2013 08:51 AM
confuse aku tang mane dia punye cantik tu
Cantik bagi selera orang muda. Orang tua mana faham ini semua |
|
|
|
|
|
|
|
ni kete OKU..
so bleh la parking kat OKU punya tempat.. |
|
|
|
|
|
|
|
kete lowerd memang cantik, akupun kaki lowerd juga..sume kete aku wajib lowerd..termasuk kete bini aku..tapi pakai rim Rota tu aku tak bkenan.... |
|
|
|
|
|
|
|
assaffah posted on 13-11-2013 10:01 AM
Cantik bagi selera orang muda. Orang tua mana faham ini semua
woi aku baru 20 an la huhu....
|
|
|
|
|
|
|
|
dari side arts mang nice !!
dari side engineering??? stupid ! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aeroflot10 at 16-11-2023 12:40 PM
Test test 123 |
|
|
|
|
|
|
|
Haters gonna hate.
tu kate deme le... |
|
|
|
|
|
|
|
Merc pon nak jugak |
|
|
|
|
|
|
|
ooo nama mende hodoh ni hellaflush..baru aku taw.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|