|
Moyes (kiri) mengakui kekalahan di tangan Thailand All Star bukan keputusan yang bijak.
PENGURUS Manchester United, David Moyes mengakui kekalahan 1-0 di tangan Thailand All Star bukan keputusan yang bijak.
Biarpun begitu, Moyes tidak melihat ia satu permulaan yang buruk sejak mengambil alih jawatan itu daripada Sir Alex Ferguson.
“Saya berharap tidak. Jika saya berdepan dengan kekalahan, saya gembira dengan kekalahan ini, lagipun ia merupakan pra-musim,” katanya.
Dalam perlawanan itu, United hadir tanpa beberapa nama besar termasuk Robin Van Persie dan Wayne Rooney yang terpaksa dihantar pulang akibat masalah kecederaan.
“Kami terlepas beberapa peluang terhidang. Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan kecergasan semua pemain,” katanya.
|
|