|
Setiausaha Agung FAM, Hamidin (kiri), Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal (dua, kiri), maskot Chelsea serta pegawai Perbadanan Stadium Shah Alam meninjau keadaan padang untuk digunakan pada perlawanan Malaysia vs Chelsea pada 21 Julai ini. - Foto SINAR HARIAN SAFWAN MANSOR
PEMEGANG tiket perlawanan antara Malaysia menentang Chelsea boleh menyaksikan pasukan kegemaran mereka itu menjalani latihan secara percuma.
Peminat boleh hadir ke Stadium Shah Alam, kira-kira jam 6 petang, Jumaat depan, dengan menunjukkan tiket tersebut.
Kaunter tiket juga akan dibuka pada hari tersebut, bermula jam 12 tengah hari termasuk pada hari perlawanan.
Setakat ini, sebanyak 30,000 tiket sudah terjual dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yakin tiket mampu terjual sehingga 50,000 keping.
|
|