CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1653|Reply: 0

Sime Darby tumpu Piala Malaysia

[Copy link]
Post time 6-7-2013 12:38 PM | Show all posts |Read mode
SETELAH misi untuk muncul juara Liga Perdana musim ini gagal dilaksanakan, pasukan Sime Darby kini menyasarkan untuk melepasi peringkat kumpulan Piala Malaysia yang dijangka bermula Ogos ini.

Jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria berkata, sasaran itu adalah realistik berdasarkan persembahan cemerlang anak didiknya yang berjaya muncul naib juara Liga Perdana 2013 di belakang Sarawak.

“Piala Malaysia akan menjadi platform kami untuk menguji pemain sebelum bersaing dalam Liga Super musim depan.

“Ini kerana, kami akan dapat menilai prestasi pemain dan melihat kelemahan yang ada untuk diperbaiki dari semasa ke semasa,” kata Ismail kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Pada masa sama, Ismail turut memberitahu pihaknya sedang mengintai beberapa pemain daripada Liga Super untuk memperkuatkan pasukan itu bagi menghadapi kempen Piala Malaysia nanti.

"Kami akan menunggu perlawanan terakhir antara Negeri Sembilan, Felda United dan T-Team. Selepas itu baru kami akan menyenarai pendek beberapa pemain untuk memperkuatkan pasukan ini.

“Namun saya tidak boleh mendedahkannya terlebih dahulu memandangkan kita masih mengadakan perbincangan dengan mereka yang terlibat.

“Apa pun kita perlu realistik untuk melepasi peringkat kumpulan dan selepas itu baru fokus perlawanan seterusnya," kata Ismail lagi.

Dalam pada itu, ketika ditanya misi Sime Darby yang gagal untuk muncul juara Liga Perdana musim ini, Ismail bagaimanapun berkata, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan cemerlang anak didiknya yang berjaya menempah slot beraksi dalam Liga Super pada musim depan.

"Walaupun kita kalah dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana musim ini dengan Sarawak namun saya berpuas hati dengan pencapaian ini.

“Pemain telah mempamerkan semangat yang tinggi untuk mara ke peringkat sebegini, jadi saya berharap mereka akan mengekalkan rentak kecemerlangan terutama dalam saingan Piala Malaysia nanti,” jelas beliau.

• Petikan Berita Online •

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.066137 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list