CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1655|Reply: 0

Kecewa janji kelab penyokong

[Copy link]
Post time 4-7-2013 09:13 AM | Show all posts |Read mode
SEORANG penyokong Johor Darul Takzim (JDT) di Pontian bengang dengan sebuah kelab penyokong yang didakwanya gagal menunaikan janji mengatur rombongan untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Mangsa, Mohd Nor Fitri Kassim, 20, yang mempunyai kad keahlian kelab penyokong tersebut memberitahu bayaran sebanyak RM90 dikenakan bagi bayaran kos pengangkutan dan tiket perlawanan.

“Selepas pasukan JDT layak masuk ke pusingan akhir, kelab penyokong itu membuka tawaran kepada penyokong menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Bagi mendapatkan maklumat mengenai rombongan berkenaan, saya berurusan dengan penyelaras program terbabit di daerah Pontian.

“Saya diberitahu penyokong akan menaiki bas persiaran selain tiket perlawanan akan diberikan kepada penyokong, ”katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Namun, bas persiaran yang dijanjikan tidak muncul sebaliknya bas sekolah yang terpaksa dinaiki kira-kira 180 penyokong dari Pontian ke stadium yang menempuh perjalanan lima jam.

“Walaupun tak puas hati, kami teruskan perjalanan dengan bas sekolah. Perasaan kami juga tidak tenang sebab tiket tidak diberikan.

“Penyelaras program hanya maklumkan tiket akan diberikan sebaik sahaja kami tiba di depan pintu stadium,” katanya.

Malangnya tiket yang dijanjikan juga tidak diterima, malah tiada pihak pengurusan kelab yang muncul selain penyelaras program.

“Setelah menunggu hampir dua jam, penyelaras program memberitahu tiket tiada dan kami begitu kecewa dan marah.

“Saya lihat, ahli kelab penyokong yang sama dari daerah lain turut mengalami nasib sama, yang akhirnya menyebabkan kami semua terpaksa menonton di hadapan layar skrin besar di luar stadium, ”katanya.

Kecewa dengan apa yang berlaku, dia mewakili rakan-rakan peserta rombongan meminta pengurusan kelab penyokong terbabit bertanggungjawab memulangkan semula wang penyokong dan meminta maaf.

“Empat laporan polis telah dibuat ahli secara berasingan di Balai Polis Benut, Pekan Nenas, Pontian dan Ayer Baloi, berhubung perkara ini,” katanya.

• Petikan Berita Online •

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.515927 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list