|
BUKAN tidak kisah dengan prestasi pada Piala Konfederasi, tetapi semangat juang pemain Tahiti sepanjang beraksi di Brazil itu lebih penting daripada kemenangan.
“Pemain kami bermain sepenuh hati dan jiwa mereka. Itu paling penting.
“Di akhir perlawanan mereka turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Brazil. Pengalaman di sini amat kami hargai,” kata jurulatihnya Eddie Etaeta.
Sepanjang tiga perlawanan, Tahiti pasukan yang pertama kali melangkah ke Piala Konfederasi hanya memperoleh satu gol menerusi pemain tengah Jonathan Tehau ketika bertemu Nigeria.
Gawang mereka pula dibolos dengan 23 jaringan.
Mereka teruk dibelasah dengan jumlah jaringan yang besar. 1-6 dengan Nigeria, kemudian Sepanyol meledak 10 gol dan terakhir Uruguay berpesta dengan lapan jaringan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|