View: 21221|Reply: 30
|
RUNNING MAN KIM JONG KOOK : SPARTA Yang Pemalu.
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur. Jun 14, 2013: CARI Malaysia pernah membuat liputan SPARTA RUNNING MAN : KIM JONG KOOK IN SINGAPORE pada awal tahun Feb 2013. Di mana itu adalah merupakan julung kalinya Kim Jong Kook bertemu dengan peminatnya diluar Korea. Dan pada kali ini disaat perkabaran yang bertiup kencang tentang kumpulan Running Man bakal datang pada awal bulan September tahun ini. Kim Jong Kook memulaikan rentak derapan komandornya menawan hati peminat sebagai tirai merasmikan dahulu kedatangan beliau ke Malaysia untuk sesi jelajahnya SPARTA RUNING MAN: KIM JONG KOOK IN MALAYSIA. Untuk pengetahuan semua, Malaysia adalah destinasi kedua selepas Singapura.
Tiba di Kuala Lumpur bertemankan ibu beliau pada petang 13 Jun 2013 disambut oleh ratusan peminat yang telah siap menanti beliau. Walaupun dikawal ketat oleh ramai anggota polis tapi ini tidak menghalang beliau beramah mesra dan membalas lambaian gembira para peminat yang menanti.
Bertempat di HGH Convention Centre, Sentul pada 14 Jun 2013 adalah hari yang dinantikan peminat untuk bertemu dengan Sparta Kim Jong Kook. Yoon dari OneFM adalah pengacara pada malam tersebut sangat banyak menghiburkan dan mengeletik hati penonton ketawa tanpa henti dengan telatahnya yang asyik mengusik Kim Jong Kook dan peminat.
Pentas dirasmikan oleh penyanyi tempatan iaitu artist reality show Top 10 dari Million Star iaitu Virus Wu yang membawakan lagu beliau 'We Are All Were' dan lagu Indonesia 'Sayang' manakala Henley Hii yang berasal dari Kota Kinabalu Sabah telah mengukir nama sebagai pelakon di Taiwan dan Malaysia pula membawakan lagu 'Crazy' dan ciptaanya single pertama englishnya iaitu 'Time To Love'.
Sejurus kemudian Kim Jong Kook muncul diatas pentas dengan lagunya 'Today More Than Yesterday' sebelum menyapa peminat 'Apa khabar' dengan wajahnya yang kelihatan teruja melihat kedatangan peminat yang dianggarkan dalam 2000 penonton yang terbang dari seluruh Asia.
Semasa temuramah terbuka dihadapan peminat, komunikasi tidak menjadi penghalang kerana Kim Jong Kook agak fasih berbahasa english walaupun kekadang beliau ada juga merujuk bantuan dari penterjemah beliau. Kim Jong Kook menyatakan beliau sangat menyukai pantai dan kolam renang. (Nah jangan terkejut kalau tiba-tiba anda terserempak Kim Jong Kook ketika sedang bersantai berjemur dilaut). Beliau juga sangat menyukai Nasi Lemak kerana ianya bersesuaian dengan selera kepedasannya malahan bagaikan orang Malaysia, beliau juga suka kalau dihidangkan Nasi Lemak untuk sarapan pagi. Bila ditanya berkenaan diet. Sambil tersenyum beliau berkata diet tiada dalam rutin hariannya kerana beliau setiap hari melakukan senaman.
Peminat pula tahu saja segala tentang diri Kim Jong Kook kerana bila ditanya apakah lagu kegemaran yang serasi dan mengambarkan dirinya. Beliau mengiakan kata-kata peminat lagu terbaru beliau 'Men Are All Like That' adalah lagu yang disukainya dan juga gambaran dirinya. Untuk pengetahuan semua bekas Running Man iaitu Song Joong Ki berlakon dalam MV ini secara percuma atas dasar persahabatan. Lagu ini terdapat dalam album Ke-7 beliau bertajuk "Journey Home' yang telah dilancarkan pada October 2012 tahun lalu. Album terhad dengan siap ditandatangani asli ada dijual semasa fanmeet beliau.
Semasa ditanya apakah kenangan yang tidak boleh dilupakan dan ahli mana yang beliau tidak ingin berada dalam kumpulannya. Sekali lagi peminat melaungkan nama Gwang Soo dan Suk Jin. Sambil tertawa beliau mengiakan sekali lagi mengatakan kenangan bersama Gwang Soo dimana dia sering marah dengan Gwang Soo kerana sering mengkhianatinya didalam kumpulan dan paling tidak menyukai Suk Jin berada sekumpulan dengannya namun beliau mengatakan walau apapun berlaku didalam Running Man, mereka semua sebenarnya sangat rapat antara satu sama lain.
Kelihatan Kim Jong Kook agak teruja bila ditanya apa pencapaian terbesar yang beliau capaikan sepanjang kariernya. Paparan wajahnya sampai tidak tahu menyatakannya sehingga memerlukan penterjemah, reaksi kalam kabut Kim Jong Kook mengundang tawa para penonton . Pencapaian terbesar beliau adalah memenangi anugerah tertinggi iaitu Deasang Award untuk Best Artist Of The Year pada tahun 2005 dari 3 stesen TV utama iaitu SBS, KBS dan MBC sebagai penyanyi.
Running Man bukan saja popular di Asia malahan diseluruh dunia. Selepas kumpulan 'Turbo' berpecah pada tahun 2000, beliau yang bergerak secara solo banyak menyertai 'varitey show' tapi tidak menjangka penglibatannya dalam Running Man bermula sebagai artis jemputan sehinggalah beliau dikekalkan sebagai salah seorang ahli Running Man secara tidak langsung membuatkan beliau sangat popular. Tanpa segan silu beliau mengaku Running Man lah yang telah membuat peminat seluruh dunia mengenalinya dan dia amat bersyukur dengan apa yang dia miliki sekarang.
Ditanya mengapa beliau dipanggil SPARTA? Jawabnya dalam nada segan. Mungkin disebabkan oleh tubuhnya yang sasa? Beliau berterus terang beliau sebenarnya adalah seorang yang pemalu. Apa yang penonton lihat di kaca tv itu adalah watak yang dilakonkan untuk dipamerkan. Sekali lagi beliau berkata bahawa beliau bukanlah seorang yang gagah perkasa..hehehe.
Dewan menjadi riuh rendah dengan sorakan penonton ketika Kim Jong Kook bila dengan selamba mengatakan beliau tidak kisah dengan apa yang peminat akan lakukan terhadapnya untuk acara 'games' sebentar nanti. (Oh My KPOP. Apakah anda boleh meneka apa yang berligar diminda ketika itu? Nak buat apa?) 'Do whatever you want' katanya.
TUAH. Semasa menyelesaikan misi yang diberi didalam Running Man kesemuanya adalah bergantung dengan tuah. Untuk kesekian kalinya Kim Jong Kook memberitahu bahawa beliau bukanlah seorang lelaki yang gagah dan kuat. Kemenangan yang sering berpihak kepadanya sama ada Gwang Soo ada atau tiada didalam kumpulannya adalah disebabkan tuah yang sering menyebelahinya.
Dipenghujung tamuramah ini Kim Jong Kook menyahut cabaran untuk bertarung dengan peminat dan akan melakukan apa yang peminat ingin beliau lakukan. Ya nantikan sebentar lagi anda akan bakal didera. .
Dua segmen games menguji kekuatan iaitu 'Flamingo(chicken feet)'. Pemenang pula akan mara untuk melakukan 'Tag Name' seperti yang dilakukan didalam Running Man. Dalam segmen games 'KJK Dream Girl', gadis terpilih yang mempunyai ciri gadis impian beliau adalah mempunyai mata besar, wajah bulat, berambut panjang, memakai kasut sukan dan berkulit sawo matang manakala kelebihan pandai menyanyi adalah tambahan sampingan. Dalam 5 gadis tersebut cuma seorang yang dipilih yang mempunyai jawaban dia akan masak apa saja untuk beliau tapi malangnya kejutan yang sampai menimbulkan gelak ketawa penonton adalah peminat tersebut sudah pun berkahwin. En.Suami jangan marah ya isteri anda telah dipeluk oleh Sparta Korea..hehe
Segmen games terakhir adalah 'Ice Breaking' yang boleh juga dipanggil sebagai 'Music Chair' tapi mereka menggunakan gelung besar. Beliau didenda sebanyak 2 kali. Denda pertama beliau kena menunjukkan otot lengannya dan denda kedua adalah mengayakan aksi 'Gwiyomi' tapi tidak sepenuhnya. Kerana katanya, beliau tidak sesuai melakukannya.
Seterusnya Kim Jong Kook diberi kesempatan menyaksikan paparan video yang telah dirakamkan oleh KJKGlobal khas untuk beliau.
Berehat seketika kemudian muncul kembali ke Pentas dengan lagu 'Men Are All Like That', 'Dont Be Too Good To Me', 'Star, Wind, Sun & Love', 'Loveable'. Manakala lagu 'Twist King' adalah lagu semasa beliau masih bersama dengan kumpulan 'Turbo'.
Sebelum menyanyikan lagu penutup 'One Man' beliau berkata walaupun peminat tidak memahami lirik, tetapi beliau menaruh sepenuh jiwanya didalam lagu semasa menyampaikannya. Malahan sempat bergurau memuji dirinya sebenarnya adalah seorang penari yang hebat juga seperti Super Junior. Tiada kata-kata yang mempu memgambarkan perasaannya cuma ucapan terima kasih tidak terhingga kepada peminat yang hadir.
Keesokan petangnya beliau menemui peminat di Paradigm Mall untuk sesi 'Fansigning' yang dikhabarkan berjalan selama 3 jam tanpa henti.
Kim Jong Kook telah berjanji akan kembali ke Malaysia bersama ahli Runing Man tidak lama lagi, di mana Hong Kong adalah negara pertama mereka singahi pada 13 Julai ini. Sama-sama kita nantikan kedatangan mereka. Mana tahu Malaysia adalah negara kedua siri RACE START : RUNING MAN FANMEET ASIA TOUR.
Jutaan terima kasih kepada penganjur utama iaitu New Pro Star Entertainment dengan kerjasama Runing Into The Sun dan PMP Entertainment diatas undangan menyaksikan Sparta Kim Jong Kook Di Malaysia.
Artikel oleh : isabel
Gambar oleh : New Pro Star Entertainment
Last edited by isabel on 20-6-2013 12:55 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhhhhh gigih aku bace sampai abis..
sambil tersenyum2..
bestnyer depa nak datang.. tingin nak jumper Kwangsoo..heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
wah... commander kook. bidio takde ke bidio? hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
terbaik!!!
fighting!!! ^^)/ |
|
|
|
|
|
|
|
artikel yg menarik...!
aku baca semua ayat termasuk yg tersembunyi...
thanks isabel.. |
|
|
|
|
|
|
|
12 things I learned from Running Man - credit to http://theletters.org/index.php/home/letter/295
- Brains can win over muscles.
- You need to fight to death to protect your name.
- Everyday is another chance to win.
- Just because you're the weakest, doesn't mean you can't beat the strongest.
- It's not what you do that makes happy memories, it's who are you with.
- Don't let go of the friends you've made.
- Everyone plays an important role but it's up to you to figure out your place.
- Have fun in your defeats as much as you do in your victories.
- Everyone has a match.
- Run.. don't walk.
- When you are good at what you do, people will come to support you.
- Always keep on FIGHTING!
|
|
|
|
|
|
|
|
huhuuu aku sempat sikit jer temubual Jong Kook kat Hello On2 tadi..
dorang panggil Jong Kook = JK..
kalau tak jadi penyanyi atau terlibat dgn variety show, JK kata dia mungkin jadi businessman |
|
|
|
|
|
|
|
MissMamamia75 posted on 20-6-2013 12:53 PM
12 things I learned from Running Man - credit to http://theletters.org/index.php/home/letter/295
...
dan lagi yg aku nmpk pembelotan dlm RM semakin menjadi2...
Jae Suk 1st leader RM pun guna tektik yg sama...
rasanya Jong Kook dgn Gary jer kurang sikit bab belot2 ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
ladygempak posted on 20-6-2013 01:57 PM
dan lagi yg aku nmpk pembelotan dlm RM semakin menjadi2...
Jae Suk 1st leader RM pun guna tekti ...
yeap...byk pembelotan....janji menang...hehe...tp sumer tu lakonan yg mantap jer..
KJK ni ..ada bisnes gym...sbb tu badan nya mantop..
Kang Gary pulak...mmg cool sokmo..
credit to http://theletters.org/index.php/home/search
Meh kenal KG pulak kay..
10 Things I Love About Kang Gary (LeeSsang)
1. His awkward sweetness. Who would forget that time when he gave everyone in RM apple juice
because he didn’t know how to apologize for the trouble he caused when he announced he was
quitting RM?
2. He is protective of his friends. Ep 24, when SJH asked Haha to give a message to his ex gf whom he
just broke up with, KG stepped in and gently told Haha to not make a fool of himself. It seemed like a joke
to others but you know KG was really looking after Haha. He also supported LKS after LKS got scolded
by everyone in the volleyball game in the Idol vs RM episode and there’s a lot more of these moments.
3. His occasional wild side. Every now and then, we get a glimpse of his old troublemaker self.
4. He is never shy about admitting his past mistakes. He talked about how he feels responsible for the
break up of Honey Family, how he almost made a mistake of chasing fame rather than music itself., etc.
5. The way he never lets anyone use anything to hurt him. People called him Gae to tease him for looking
like a dog, he took that name turned that into a legendary rapper. People always call him naive, he
stood by it in RM and won the two biggest individual battles in RM’s history.
6. His courage in doing new things with his music. He (and Gil) knew that many would frown at their
Unplugged album. They knew that they would be accused of selling out but they didn’t care. They did
the album because that’s what they wanted to do.
7. His loyalty. That’s 16 years of making music with one guy. At some point, he (and Gil) made
the decision to stay, not matter how hard things have become and they went through a lot but
they are still together..And even after all the success, they are still with the same management
company they started out with.
8. He never seeks revenge. He talked about being tempted to go back to everyone who looked down
on him now that he is successful but he said it is not worth it Even in RM, he doesn’t seek
revenge to those who have betrayed him.
9. When he trusts, he trusts completely... even if he knows he will get betrayed... and it’s not just on RM.
10. He doesn’t get jealous. He does his best with what he has... and look at where he is now.
12 Things I Learned from Kang Garie
- Nothing is impossible if you have your friends with you.
- It’s possible to win without betraying anyone.
- Don’t take yourself too seriously.
- There’s nothing wrong with admitting to being scared. It’s the only time you can really be brave.
- Whenever you can, try something you have never tried before.
- Don’t be scared to be goofy.
- Amazing things can happen if you set your mind to it.
- Whenever you have a chance, make people laugh.
- Don’t take your defeats and victories too seriously.
- .… and sometimes, you just gotta bring the SWAG.
- Believe in yourself.
- It’s okay to cause a bit of trouble sometimes… just make sure you sincerely and cutely apologize.
Last edited by MissMamamia75 on 20-6-2013 02:15 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
oo ok...thanks mamamia
|
|
|
|
|
|
|
|
I rasa I pernah jumpa dia LIVE...tpi tak pasti itu dia..ehems.. |
|
|
|
|
|
|
|
Selain si Kim nie..sape lagi Korean K-Pop yg org ske ekk...? Selain Suju, Big Bang... hurm.. |
|
|
|
|
|
|
|
This write-up is very daebak!!! Kudos to @isabel
JK memang friendly layan peminat!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|