Piala Konfederasi FIFA merupakan kejohanan bola sepak untuk pasukan kebangsaan, yang kini diadakan setiap empat tahun oleh FIFA. Ia dipertandingkan oleh pemegang kejuaraan setiap enam kejohanan FIFA (UEFA, CONMEBOL, CONCACAF, CAF, AFC, OFC), bersama-sama dengan pemegang Piala Dunia FIFA dan negara tuan rumah, untuk membawa bilangan cukup kepada 8 pasukan.
Sejak tahun 2005, kejohanan ini telah diadakan di negara yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA pada tahun berikutnya, yang bertindak sebagai satu latihan untuk kejohanan yang lebih besar.
Piala Konfederasi bermula pada hari ahad 16 jun dan berakhir pada Ahad 1 julai. Negara yang terlibat Sepanyol, Itali, Brazil, Uruguay, Jepun, Mexico, Nigeria dan Tahiti.
Spain bermain tanpa Xabi Alonso di posisi holding midfielder(kerana kecederaan), lalu membolehkan Spain bermain lebih mirip kepada Barcelona apabila Iniesta kembali ke posisi centre midfielder. 1 defensive midfielder (Busquets) berbanding 2 defensive midfielder (Alonso dan Busquets) sebelum ini.
Ada mengatakan corak permainan semalam lebih baik, dan harus diakui lebih banyak serangan2 ke arah pintu gol dilakukan oleh Spain.
Namun begitu, kualiti long pass daripada Alonso membezakan dia daripada midfielder2 Barcelona. Hantaran jauh ke bahagian sayap mampu membuka ruang di bahagian sayap.
Bermain dengan dua orang holding midfielder memberi lebih perlindungan di bahagian pertahanan namun kurang penetration untuk menembusi kubu lawan.
Apabila Alonso pulih nanti, Del Bosque akan mengalami dilema mengekalkan Alonso dan Iniesta push ke bahagian wing ATAU Iniesta kekal di bahagian central midfielder dan Alonso digugurkan?
Dan tidak lupa, Javi Martinez, antara pemain terpenting yang mengubah Bayern daripada Treble Runner Up pada season lepas kepada Treble Winner pada tahun ini bukan regular dalam line up Spain.