CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1788|Reply: 0

Kim Sang-hyeok Ditahan polis KERANA gangguan seksual

[Copy link]
Post time 9-6-2013 04:45 PM | Show all posts |Read mode
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... erana-gangguan-seks


BEKAS anggota kumpulan Click-B, Kim Sang-hyeok, ditahan polis Gangnam pada 29 Mei lalu kerana kesalahan gangguan seksual.

Dia ditahan pihak berkuasa di Jalan Nonhyung-dong, selatan Seoul, selepas seorang wanita berusia 20-an menelefon polis dan memberitahu bahawa dia diganggu oleh seorang lelaki.

Dimaklumkan bahawa Kim Sang-hyeok yang mabuk ketika kejadian telah memegang pergelangan tangan wanita tersebut dan mengajak si mangsa menemaninya di satu tempat.

“Apabila dia berkata, jom pergi ke satu tempat, saya berasa takut dan malu, saya terus menghubungi polis," kata wanita tersebut kepada pihak polis.

Kim Sang-hyeok pula berkata, dia tidak ingat apa yang berlaku pada malam itu dan tidak mengenali wanita tersebut.

Berita tersebut membuatkan para peminatnya risau kerana Kim Sang-hyeok baru dua minggu selesai menjalani latihan ketenteraan.

Khabar terbaru diterima mengatakan wanita tersebut telah menarik balik dakwaannya terhadap Kim Sang-hyeok pada 31 Mei lalu.

Menurut StarToday, penyanyi itu telah memohon maaf kepada wanita tersebut dan wanita itu juga telah menggugurkan dakwaannya tanpa melibatkan wang ringgit.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -seks#ixzz2VhtARCsL
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.028531 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list