|
Pelakon yang terkenal menerusi filem Duplicate, Sonali Bendre berkata, dia akan bercuti panjang tidak lama lagi.
Menurut pelakon berusia 38 tahun ini, dia membuat keputusan itu kerana sudah lama tidak berehat dan terlalu sibuk dengan kerjanya.
"Setiap tahun saya terlibat dengan program realiti India’s Best Dramebaaz” (IBD) sebagai juri dan ia sangat memenatkan.
"Jadi saya fikir, selepas ia tamat, apa salahnya saya berehat untuk jangka masa panjang.
"Lagipun, saya juga perlu membahagikan masa antara karier, keluarga dan rakan-rakan," katanya bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Once Upon A Time In Mumbai Again.
Cantik nya...Sonali Bendre
|
|