Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…
Saya perlukan nasihat dan pertolongan. Saya dah bertunang lbh kurang 3 bulan (bertunang Mac 2013) dan akan bernikah pada bulan Ogos ni.Hampir semua perancangan utk majlis kahwin nti dah disiapkan, hantaran pon dah beli. Tapi saya boleh katakan, tunang saya sgt berubah lepas kami bertunang.
3 hari lepas bertunang saya terkejut dia mula naik tangan kat saya pantang silap sikit terus ditamparnya. Yang saya kesalkan sangat,sebelum bertunang tak penah pulak dia naik tgn. Bergaduh mcm nak pecah dunia sekalipon dia tak pernah pukul saya. Bukan setakat pukul maki hamun sume keluar dr mulut dia, yg paling sedih dia salu hina katakan saya ni dah la tua tak sedar diri pulak, bawak sial dlm hidup dia, dan ayat maki hamun yang lain. Bila dia dah start maki hamun saya akan diam je nangis sbb sedih sgt. Hina umo saya padahal masa sblm bercinta dia dah ckp xkesah pon umo saya. (Saya 32 dan dia 28thn)
Mungkin ramai akan persoalkan nape saya tak putus aje lepas dia pukul saya sebaliknya saya biarkan benda ni berlarutan hingga sekarang ni dah makin teruk dia pukul saya. Jawapannya: Sebab saya takut dan malu putus tunang. Saya tak nak memalukan mak ayah saya yg dah wat persiapan, kami tunang hari tu grand jgk, so malu je kalau kawan tau dah tak jadi. Saya kesiankan jgk mak ayah saya yang dah kuar duit byk utk wedding kami, honeymoon pon familysaya sponsor, tiket dah beli ni.
Saya beranggapan bile saya bagi peluang, tunang saya akan berubah, rupanya saya silap. Sekarang ni makin menjadi2 perangai dia pantang silap sikit terus maki hamun sume kuar, debik kepala sy, tampar tu dah biasa,boleh dikatakan sejak dah tunang 3 bln ni dah 5 kali kot dia tampar/debik saya..
Kemuncak kami gaduh hari tu bila dia tampar mulut saya hingga berdarah, meraung sy dlm keta tu. Pastu dia ade kuar ayat suh berambus dari hidup dia dia benci tgk muka sy, so bila sy xmo kuar dari keta sanggup dia pegi bukak pintu keta dan tarik sy kuar sampai terduduk sy atas jalan raya. YaAllah, hanya tuhan tau perasaan sy masa tu..betapa hinanya sy rasa. Mulut sy xbenti sebut ya allah ya allah..kenapa buat saya smpi mcm ni, sy ni tunang dia..
Sejujurnya, sejak kali pertama dia naik tgn kat saya, sy masih bersabar dan bagi peluang pada dia. Nasihat, teguran mcm2lah saya buat utk selamatkan hubungan kami. Yg sy Nampak, dia ni kalau marah mmg dah mcm lupa diri, lps tu nanti tau lak nak menyesal mintak maaf merayu2 kat sy suh bgpeluang kat dia..
So that one fine day, (keesokan hari) saya nekad berterus terang dgn mak ayah sy. Menangis2 sy cerita sy katakan sy mmg betul2 dah tak tahan dan sy sgt sedih tunang sy layan sy begini. Mereka semua terkejut dgr pengakuan sy sbb tunang sy ni digambarkan sbg pendiam, baik..so selama ni semua org igt sy sangat bahagia, hanya menunggu hari nikah saje..padahal apa yg sy simpan selama ni apa yg sy tanggung selama ni tuhan aje yg tau.
Utk pengetahuan, sblm sy amik keputusan nak berterus terang dgn keluarga sy, sy dah buat solat hajat +istikharah secukupnya dlm tempoh 5hari sy bergaduh dgn dia, dan dia mendiamkan diri. Sy takde cari tunang sy dia pon xde cr sy, sy gunakan waktu itu utk bertanya pada Tuhan benarkah Jodoh yang sy pilih ini? Klu dia bukan utk sy, sy minta Tuhan tunjukkan.
Ayah sy sgt terkejut tp dia xmelatah.Dia terus unjurkan kami anak beranak buat solat hajat malam tu dan solat istikharah berjemaah minta petunjuk dari tuhan sbb Allah adelah sebaik2 tempat utk meminta pertolongan.
Esoknya ayah sy decided nak jumpa tunang, mak sy pon ikut sekali (sy tak ikut). Kata mak sy, tunang sy terkejut bile tgk kelibat mak sy,dan saat mak sy bukak buku dan bacakan satu2 all the physical abuse, mental abuse yg tunang sy buat kat sy, mmg terkejut tunang sy. Berkali-kali dia tnya mak sy, betul ke sy cerita semua ni kat mak sy. Mak sy tnya satu2 betul ke apa yg sy cerita tunang sy buat tu, so semua tu tunang sy ngaku, cakap YES, I did it.
Ayah mak sy langsung xde maki2 dia,atau marah2 dia atas apa dia dah buat kat sy. Ayah sy byk jgklah bagi nasihat dari segi agama, tegur silap yang dia buat. Dia diam je, tunduk. So ayah sy buat syarat kami masing2 tak boleh kontek diri masing2 dlm tempoh sebulan. It’s a cooling off period.Ayah sy nak kami saling muhasabah diri, dekatkan diri pada tuhan, buat solat sunat hajat & istikharah banyak2..minta tuhan bg petunjuk either He (my tunang) ni can make her happy or She (sy) can make him happy.
Yg sy terkilan lps ayah sy ckp gitu, tunang sy leh tanya ayah sy leh tak nak jumpa sy utk bawak sign S&P sbb kami ade beli rumah bersama.Developer dah call utk sign ni minggu depan. Mak sy dan sy sgt terkejut dia leh tanya benda ni seolah2 xkisah berkenaan perintah berkurung td, seolah olah yg dia kesahkan adelah rumah yg kami nak beli tu.
So bila dah jadi gini, tetiba terlintas pulak di hati sy dan keluarga, adakah tunang sy ni nak gunakan sy shj utk beli property sbb klu kami xjadi kawin pon, (yg sy faham klu dah sign S&P) mmg xleh nak backoff lg.Tunang sy penah ckp klu kami xde jodoh, jual je rumah tu dan duit tu bg dua. Ya Allah sesungguhnya sy tak tahu apa niat sbnr dia nak kawin dgn sy, apa niat sbnr dia nak tunang dgn sy.
Keluarga sy mmg mcm dah xboleh terima tunang tu, sbb mak sy ckp dia xleh terima org pukul anak dia. Sejujurnya sy masih sygkan dia, sedey sgt kenangkan masa bahagia, kami mmg sgt bahagia. Tp yg sy Nampak skrg, sejak urusan jual beli rumah tu hampir complete, dia mula wat hal. Xde issue pon dia leh jadikan issue utk gaduh dgn sy dan senyap berhari2, seolah2 sy ni xwujud..seolah2 sy ni bukan tunang dia. Cincin tunang pon dia dah baling kat sy masa gaduh hari tu. Sejak sy kenal dia (setahun) kami tak pernah bergaduh lebih dari 4 hari, so skrg bile jadi gini sy sgt pelik, dan tertanya2 di mana silap sy, bile ajak dia bincang dia seolah2 xmo dan asik suruh sy balik aje. Menyampah konon tgk muka sy.
Concern sy skrg adalah berkenaan rumah yg dibeli atas nama sy dan dia, kadang2 sy rasa mcm tunang sy ni nak gunakan sy je utk kepentingan dia, dan klu katalah kami ni de jodoh, syakan pastikan dia xdpt apa2 dari rumah tu. Mohon nasihat jgk dr yang ade pengalaman pasal beli rumah, minta nasihat dan cadangan cane nak back off dr loan tu utk pastikan dia xdpt apa2 benefit dr rumah tu, atau mgkn ade cadangan2 lain yg bernas? Sbb kalau diikutkan sy mampu nak byr installment rumah tu sorang2 (dlm RM2200).
Sy dah putus harap, hingga tahap skrg sy serahkan keputusan pada keluarga sy. Sy tak dibenarkan berhubung lg dgn tunang, dan skrg ni sy hanya berserah dan byk2 doa n solat minta petunjuk dr tuhan. Sebolehnya sy nak selamatkan hubungan ni, sy berharap sgt dia boleh berubah lps parents sy tegur,tp semua tu juga sy serahkan pada Tuhan jua. Sy tak berdaya dan sangat sedih skrg. Pegi keje pon kadang2 tu klu teringat terus lari toilet nangis…
Sy nak minta pendpt forumners samada nak teruskan ke perhubungan ni, dan klu ade yg leh nasihat sal rumah tu pon sgt dialu-alukan.
Terima kasih.
Last edited by handbag_pink on 28-5-2013 01:02 PM
|