View: 2075|Reply: 0
|
Pengajaran berguna buat skuad negara
[Copy link]
|
|
Beregu lelaki , Lim Kim Wah dan Goh V Shem menunjukkan peningkatan permainan amat memberangsangkan.
BERUBAHLAH. Tetapi siapa yang harus berubah atau apa yang perlu diubah? Kekalahan memalukan skuad badminton negara di Piala Sudirman kelmarin mencerminkan kepincangan dalam barisan pemain kebangsaan.
Sekali lagi, Ketua Jurulatih Negara, Rashid Sidek tampil dan akui perubahan harus dan akan dilakukan, tetapi bukan sekarang.
“Tunggu selepas Kejohanan Dunia, Ogos ini. Perubahan tidak boleh dilakukan sekarang memandangkan pemilihan pemain ke kejohanan itu sudah dibuat,” katanya.
Namun apa sebenarnya berlaku dalam kem badminton negara pada dua episod hitam ini?
Adakah berpunca daripada kesilapan pada perlawanan pertama ketika bertemu Taiwan, atau silap percaturan dilakukan barisan kejurulatihan? Terlalu angkuh atau yakin boleh bergelar juara kumpulan seperti dicanang sebelum kejohanan bermula?
Atau kerana sikap terlalu bergantung kepada Datuk Lee Chong Wei, beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan beregu veteran Koo Kien Keat-Tan Boon Heong sehingga pemain lain tidak diharapkan menyumbang mata?
“Ya kita akui perkara itu (sikap terlalu bergantung). Kita terlalu bergantung kepada tiga acara ini. Kita mengharapkan tiga kemenangan daripada pemain ini, tetapi hanya Chong Wei konsisten memberi mata.
“Bila salah satu antara mereka kalah, peluang untuk menang sangat susah. Tapi apa boleh buat perkara sudah jadi.
“Hampa menang hampa. Lebih kecewa kerana kita menghampakan seluruh peminat badminton tanah air.
“Kekalahan ini memberi pengajaran besar buat kita. Tiada alasan lagi. Kita perlu bekerja keras memperkuatkan pasukan kebangsaan pada masa sama seimbangkan kekuatan semua pemain terutama perseorangan dan beregu wanita,” kata Rashid tidak mampu menyembunyikan kekecewaan di wajahnya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|