‘Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan’oleh Nissan Memasuki Wilayah Timur
Kuantan,21 Mei 2013– Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah membawakan ‘Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan oleh Nissan’ ke wilayah Timur, dengan sesi pertamanya berlangsung di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang. Bengkel selama setengah hari itu memberikan nasihat-nasihat dan tip-tip berguna berkaitan keselamatan di jalan raya dengan fokus kepadabagaimana untuk bertindak sekiranya bertembung atau terlibat dalamkemalangan jalan raya.
Pada sesi tersebut, para peserta ditunjukkan dengan contoh-contoh situasi berbahaya yang boleh mengancam nyawa, berdasarkan kepada kejadian kemalangan jalan raya sebenar. Jadi, mereka akan lebih bersedia jika berdepan dengan situasi sedemikian. Mereka juga diajar bagaimana untuk memberikan bantuan kecemasan sewaktu keadaan genting yang kadang-kala boleh membezakan di antara soal hidup atau mati.
Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen berkata “Kami mahu memastikan bahawa para pelanggan kami dan keluarga mereka sentiasa selamat dijalan raya. Justeru, kami berharap pengetahuan dan kemahiran yangdiperolehi dalam bengkel ini mampu membantu mengelakkan kemalangan jalan raya daripada berlaku, atau dapat menyelamatkan nyawa.”
Bengkel itu adalah sebahagian daripada Kempen Keselamatan Peribadi Nissan. Iadiadakan bagi membantu mendidik dan meningkatkan kesedaran sewajarnya jika para peserta berdepan dengan keadaan yang tidak diduga. Mereka yang menghadiri bengkel tersebut pasti lebih tahu tentang bagaimana untuk mengelak kemalangan dan bertindak balas apabila berlakunya kemalangan. Hanafidhiyah,24, salah seorang peserta berkata, “Pada mulanya, saya tidak tahuapa yang harus diharapkan daripada Bengkel ikhtiar Hidup di Jalan kerana ini merupakan kali pertama menghadiri bengkel ini. Walaubagaimanapun,saya berasa gembira menghadiri sesi ini kerana bukan sahaja saya berjaya mendapattips memanduke selamatan yang efektif tetapi juga mempelajari cara-cara untuk bertindak apabila berhadapan dengan kemalangan jalan raya dan jenayah.Saya terdengar Nissan akan mengajurkan‘Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar’yang telah direkakhas untuk wanita.Saya pasti akan menghadiri sesi yang akan datangini.”
Carmen Gan, 33, antara seorang perserta berkata, “Dengan menghadiri bengke lini untuk kali pertama, saya telah dilengkapi dengan tips memandu secara selamat bagimengelakkan diri daripada berlakunya kemalangan jalanraya.Sayatelah belajar beberapa perkara yang harus diambil berat bagi seorang pemandu wanita seperti saya seperti menyimpan alat-alat yang sesuai, contohnya tukul keselamatan dan alat pemadam api mudahalihdi dalam kereta sekiranya berlaku kemalangan jalan raya,untuk sentiasa berwaspada,berprihatin dansentiasa tenang dalam apa jua keadaan.”
Untuk pertama kalinya pada tahun ini, ETCM akan membawakan ‘BengkelIkhtiar Hidup di Jalan’ kepada para pelanggannya di Sabah danSarawak. Ini menjadi bukti bahawa para pelanggan Nissan di seluruh Malaysia semuanya adalah sebahagian daripada keluarga Nissan.
Sesi‘Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan’ seterusnya akan diadakan pada 15dan 22 Jun 2013 di Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu dan Hotel GrandMargherita, Kuching.
Pendaftaran untuk Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan adalah PERCUMA, berdasarkankepada ‘siapa cepat dia dapat’. Para pemilik kenderaan Nissanyang ingin menyertai bengkel ini boleh menghubungiJabatan Perhubungan Pelanggan ETCM di talian: 03-40478788 atau hantarkan permohonan ke alamat e-mel: [email protected].Layari laman web Nissan: www.nissan.com.myuntukmaklumat lanjut.
| Utara | Tengah | Timur
| Sabah | Sarawak | Bengkel | BengkelIkhtiar Hidup di Bandar | BengkelIkhtiar Hidup di Jalan | BengkelIkhtiar Hidup di Jalan | BengkelIkhtiar Hidup di Jalan | BengkelIkhtiar Hidup di Jalan | Tarikh | 29Jun
| 6Julai | 18Mei | 15Jun | 22Jun | Lokasi | GHotel, Penang | RoyaleBintang,
The Curve Hotel, PJ | ZenithHotel, Kuantan | MingGarden, Kota Kinabalu | GrandMargherita, Kuching | Yuran Pendaftaran | Percuma | Percuma | Percuma | Percuma | Percuma |
Last edited by CariReporter on 22-5-2013 03:42 PM
|