View: 2075|Reply: 0
|
Rashid hampa prestasi skuad Piala Sudirman
[Copy link]
|
|
KETUA jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek ternyata hampa dengan persembahan skuad badminton negara pada edisi ke-13 kejohanan kali ini kerana beberapa pemain yang disandarkan untuk memberikan mata-mata penting untuk negara gagal berbuat demikian.
Mengakui kecewa kegagalan skuad negara mara ke suku akhir, Rashid bagaimanapun enggan menoleh kebelakang, sebaliknya mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.
Ini kerana katanya, dengan kekalahan ini akan membuka mata pemain dan pihak terbabit agar banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki dalam skuad badminton negara.
"Sangat mengecewakan, dan kekalahan ini sudah tentu sangat dirasai oleh peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan selama ini.
"Apa pun, benda (kekalahan) sudah terjadi, kita harus pandang ke depan agar pengalaman yang ada ini dijadikan pengajaran untuk terus maju ke hadapan.
"Bagi saya kekalahan ini merupakan pengajaran berguna kepada kita bagi mempersiapkan diri menghadapi kejohanan-kejohanan mendatang," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya perlawanan.
Semalam, harapan Malaysia untuk meneruskan cabaran pada Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2013 tidak kesampaian selepas kalah 2-3 kepada Jerman pada perlawanan kedua kumpulan C di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Kekalahan kali kedua buat skuad negara selepas tewas dengan keputusan yang sama, Ahad lepas kepada juara kumpulan C, Taiwan sekaligus memusnahkan harapan
mereka untuk layak beraksi ke suku akhir, Khamis ini.
Mengulas lanjut, Rashid berkata: "Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini sekiranya kita tewas dalam acara beregu lelaki atau beregu campuran, maka peluang kita untuk memenangi sesebuah perlawanan akan bertambah sukar memandangkan kita bukanlah mempunyai pemain hebat dalam acara wanita.
"Bila kalah dalam pemain sandaran, kita akan menjadi susah dan inilah kelemahan ketara yang dihadapi oleh skuad negara.
"Mungkin ada bagus juga kekalahan ini kerana ia akan memberikan kami peluang untuk memperketatkan lagi pasukan ini dan menjadikan seimbang dari semua acara," jelas Rashid.
Pada masa sama, Rashid juga berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan jurulatih lain mengenai barisan pemain yang akan mewakili negara dalam mana-mana kejohanan berpasukan selepas berakhirnya Kejohanan Badminton Sedunia di China, Ogos ini.
"Saya juga mengharapkan (bekas perseorangan lelaki Indonesia) Rony Augustinus yang dilantik baru-baru ini oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi melatih pemain wanita dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) mampu meningkatkan prestasi skuad sedia ada.
"Hal ini kerana majoriti pemain yang mewakili negara pada edisi kali ini merupakan bekas pelajar dari SSBJ,"
|
|
|
|
|
|
|
| |
|