View: 9749|Reply: 33
|
Nilai sastera di kedai buku....REALITI!
[Copy link]
|
|
Nilai sastera di kedai buku
Oleh MOHD. NAZMI YAAKUB
LOKASI pertama: sebuah kedai buku berstatus wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersebelahan stesen bas yang cergas dan hidup. Saya sedang merenung susun atur novel-novel Malaysia.
Seperti terngiang-ngiang teori formasi diutarakan seorang rakan semasa menuntut di Mesir, kitab tafsir al-Quran letak di para tertinggi, manakala di bawahnya kitab-kitab sunah yang membicarakan hadis Rasulullah s.a.w.
Di bawah pula, bolehlah diletakkan kitab fiqh dari pelbagai mazhab dan selain daripada itu, susunlah buku-buku yang selebihnya.
Melihatkan susunan novel, saya pun terkerut kening - apakah gaya atur novel di kebanyakan kedai buku memperlihatkan nilai dan keutamaan sesebuah karya?
Terdapat empat buah rak, khusus menempatkan novel. Apabila naik saja tingkat dua, yang tampak ialah rak pertama mengandungi novel-novel Inggeris. Rak kedua [itu pun bermula di bahagian menghadap ke jihat lain] hingga keempat baru tersusun novel Malaysia.
Di mana novel-novel yang menang Sayembara Novel Alaf Baru DBP? Saya tercangak-cangak sendirian.
Bertanyakan jurujual, seorang dua mengerut kening mendengar judul Dominasi Tebrau! Itu belum lagi Arca dan Merentas Sungai Sejarah. Jurujual pertama yang sedang asyik berpesanan ringkas melalui telefon bimbitnya, menanyakan rakannya yang kemudian merujuk kepada yang lain pula.
Aduhai - saya teringat filem You Got The Mail; jurujual toko Around The Corner yang mengetahui buku-buku terjual di kedainya! Berbeza sekali dengan realiti di sini.
Rupa-rupanya novel berkenaan di rak keempat, tetapi tidak menghadap ke tangga - menjadikan tempat itu paling terakhir dan tersorok untuk pengunjung mencapai novel tersebut. Aneh, sebuah kedai buku sebegitu, Novel Alaf Baru terpencil.
Saya ragu, sama ada pengunjung dapat menemukan novel berkenaan, meski novel saya sudah terjual. Saya kira pembelinya lebih terdorong kerana promosi saya lewat web (http://enmiya. tripod.com) daripada kedudukannya.
Malah, novel yang dinilai dan menang Hadiah Sastera Utusan berada di bawah novel-novel popular. Bayangkan begini saja, buku-buku akademik berada di bawah komik Hong Kong atau majalah kisah benar! Menggelikan bukan? Namun, rasa-rasanya lebih menakutkan.
Mengapa harus novel yang sudah diakui dan dinilai tidak ditempatkan sewajarnya sehingga pelanggan nanti lebih terdorong mencapainya sebelum membelek-belek buku popular yang lain?
Ia bukan soal memperkecil-kecilkan novel popular, tapi ia kewajaran memuliakan karya yang baik.
Saya percaya, pembaca remaja yang segan berfikir; pasti tidak lagi menghiraukan novel-novel tersebut. 1515 masih sendat tersusun, meskipun ia seharusnya paling akrab kepada remaja.
Kala saya mencapai 1515, saya seperti merasakan menjadi pembeli tunggal novel itu! |
|
|
|
|
|
|
|
LOKASI KEDUA: Sebuah kedai buku berhadapan toko tadi. Susunan novel sudah berubah. Novel yang menang Hadiah Sako 2 berada di tingkat rak teratas, tetapi nanti dulu; terkepit di antara buku-buku tipis dongeng kanak-kanak! Aduhai!
Sayu melihat novel bernilai sebegitu; seperti tidak dihargai susah payah penulis dan penganjur dengan mengangkat nama tokoh besar tanah air!
Manakala, novel remaja dan antologi menang Hadiah Sastera Utusan berada di bawah novel Inggeris dan novel popular yang lain.
Sekali lagi, karya sastera bernilai dikalahkan hanya kerana kita gagal menyusun dengan baik.
Novel Alaf Baru tidak pula saya temui. Barangkali Dawama yang dipertanggungjawabkan terlupa.
LOKASI KETIGA: Sebuah kedai buku yang agak besar di Kota Bharu. Barangkali kedudukan novel dan antologi yang menang Hadiah Sastera Utusan agak baik, meski berada di tepi sekali.
Sekurang-kurangnya, pelanggan yang naik ke tingkat kedua, akan menemui novel berkenaan, sebelum terjerat dengan buku-buku popular. Itu pun rasanya, seperti tidak disentuh pembeli - masih dara!
Namun, Novel Alaf Baru tidak kelihatan. Saya mula bertanya-tanya, apakah Dawama hanya mengirimkannya ke kedai buku bertaraf wakil DBP sahaja?
Malah saya diberitahu seorang kenalan yang menuntut di Melaka; di sebuah kedai buku yang agak besar, Novel Alaf Baru masih belum sampai.
LOKASI KEEMPAT: Sebuah kedai buku wakil DBP di hadapan bazar membeli-belah. Nampaknya seperti suatu trend pula, novel diletakkan di tingkat atas.
Cuma di sini, hanya buku-buku terbitan DBP saja berada di atas, manakala novel popular dan buku rujukan sekolah berada di bawah. Barangkali masalah ruang; saya cuba menyedapkan hati.
Cuma, saya terfikir, berapa kerat sangatlah pengunjung yang akan naik ke tingkat atas. Di situ, agak sunyi dan suasana dingin. Novel Alaf Baru masih banyak tersusun; lalu saya mengeluh, Mengapa tidak letakkan saja di bawah?
Dan mengesah lagi, mengapa tidak ada iklan promosi Novel Alaf Baru; sedangkan yang popular ada pula posternya?
Saya pulang dengan membawa renungan panjang - apakah nilai sastera kita gagal diperlihatkan di kedai-kedai buku?
petikan dr mingguan malaysia
duta~~ baru perasan fenomena nih... |
|
|
|
|
|
|
|
oh salam..
ini dipetik dr Mingguan MAlaysia ya?
hmm.., saya hanya mampu tersenyum.
Tapi betul jugak, sbb apabila saya ke kedai buku amatlah memualkan jika apa yg saya lihat adalah semau buku " nyamuk" ulangkaji / SPM / PMR etc.. dan sebaigainya.
saya suka browse ke bhgn majalah terus.
Tapi sikap saya samalah. yg mana saya " ignore " sikit bhgn ini dan selalunya terus ke bghn lain yg menarik dan ada buku fiction kegemaran saya.
di samping itu " setting " kedai buku tak menarik.:bg:
bhgn sastera agak " suram " sikit. Tapi, adakah kerana Setting semata-mata ? atau lain =lain hal ?
Soalnya apa?
[ Last edited by mbhcsf on 27-10-2003 at 12:28 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
maybe kita sendiri tak minat karya begitu???
tapi kalau didedahkan
mungkin boleh menarik pembaca
bukan begitu? |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan salahkan kedai buku... permintaan tak ada dan novel Melayu sendiri pun tak berkualiti... nak kata orang Malaysia ak membaca, novel2 remaja/percintaan ada yang boleh jual sampai 40,000 naskhah... haa, lagi satu penullis tak reti marketing buku... desain teruk, promosi zero....
M- |
|
|
|
|
|
|
|
hmm
betul gak tu
sekadar nak baca novel Melayu yg you know yg kisah " awang-awangan temanya" baik tak payah. Setuju juga dgn kualiti tu perlu ditingkatkan. sbb saya mm muak tengok novel mcm ni tak " rasa ' nak tengok la. ada dak style mcm lain? |
|
|
|
|
|
|
|
salam ..
Originally posted by Duta lover at 2003-10-27 00:53:
maybe kita sendiri tak minat karya begitu???
tapi kalau didedahkan
mungkin boleh menarik pembaca
bukan begitu?
tak minat mmg tak minat - tapi sbb apa tak minat? sbb nya banyak.Antaranya tema yg sama/ " pengalam penulis berlatarbelakangkan " situsi' event yg sama" yg biasanya sama dr segi jln cerita.
dedahkan ..yess tapi mesti yg bestlah& quality.
Seronokkakh baca buku sastera ni? ini honest question. bukan nak merendahakn sesiapa . Mohon. |
|
|
|
|
|
|
|
It's an acquired taste... macam makan escargot... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mbhcsf at 27-10-2003 12:23 AM:
ini dipetik dr Mingguan MAlaysia ya?
hmm.., saya hanya mampu tersenyum.
Tapi betul jugak, sbb apabila saya ke kedai buku amatlah memualkan jika apa yg saya lihat adalah semau buku " nyamuk& ...
hu huh.. 8tuk kalo sementara nak menunggu waktu tengok wayang.. selalu lepak kat borders sambil tengok buku2.. tak pun baca magazines.. pc games..
kalau buku2 novel ni sekarang dah tak banyak sangat baca.. more into current news... kalau naik train.. tak boleh kalau tak dak benda nak baca.. dah jadik habit.. he he...
skarang i'm into motivation or self improvement books.. but still,skarang ni takdak masa nak baca..
[ Last edited by 8tuk on 27-10-2003 at 04:36 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam
tulah 8tuk,:bg:
saya lebih suka baca magazines..sbb ? cepat dan ntah rasa menarik..tapi padat..
tapi kalau naik train i tak leh focus, pening kalau baca . tapi kalau plane boleh.
blessyou..
Marquez, kena acquired ker i see. thanks anyway.escargot tak makan lerr ..the only molusc family cousin yg i mkn ialah loligo...
[ Last edited by mbhcsf on 27-10-2003 at 01:59 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
bless you too..
Originally posted by mbhcsf at 27-10-2003 01:51 AM:
tulah 8tuk,:bg:
saya lebih suka baca magazines..sbb ? cepat dan ntah rasa menarik..tapi padat..
tapi kalau naik train i tak leh focus, pening kalau baca . tapi kalau plane boleh.
blessyou..
M ...
he he... mbhcsf...
dah baca buku rich dad poor dad? saya pernah tengok buku tu.. but sampai sekarang takdak masa nak baca.. katanya buku tu popular...
hmm.. baca dalam plane? pernah try... but saya slalu tengok movies dalam plane.. (rugi duit ticket plane kalau tak tengok) kalau domestic pulak.. baru baca paper...
bercakap pasal tajuk topik ni....
for me... rasanya memang kedai2 buku di m'sia memang tak tahu menyusun buku2 yang terbaik dan yang dapat menarik minat... mungkin mereka lebih mementingkan buku2 yang laris di jual daripada mempromosi buku2 yang berkualiti tetapi tidak laris....
hmmm.. Novel Alaf Baru... <<<< yang ni ni tajuk buku ke? |
|
|
|
|
|
|
|
buku rich dad poor dad
kalau korang jual sanden brooke
mmg la kene baca
pasal ayah kandung dia miskin
ayah angkat dia kaya
ayah kandung dia kata
pasal ngkola(kat anak dia)
aku miskin
tak dpt beli itu tak dpt beli ini
bapa angkat dia pulak
fikir lain
pasal anak la dia kaya
die berusaha lagi keras utk anak dia |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Duta lover at 26-10-2003 10:57 PM:
.....Bertanyakan jurujual, seorang dua mengerut kening mendengar judul ...
ini memang satu realiti.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam 8tuk ..
dah baca buku rich dad poor dad? saya pernah tengok buku tu.. but sampai sekarang takdak masa nak baca.. katanya buku tu popular...
i kan tak baca sangat cerita mcm tu kecuali Ludlums and SHERLOCK HOLMES..( crazy about him) and yg paling latest pun 1995 - Jung Chang 3 daughters of China..sekarang tengah habiskan satu lagi citer sherlock jugak sepatutnya boleh habis tapi ade sibuk hal sikit.
hmm.. baca dalam plane? pernah try... but saya selalu tengok movies dalam plane.. (rugi duit ticket plane kalau tak tengok) kalau domestic pulak.. baru baca paper...
well i pun tengok movies gak....cam na tak tengok ...rugi laa kan ? samalah tapi my last flight i tengok movie list dia tu well erk..so i baca buku ..okay..
bercakap pasal tajuk topik ni....
for me... rasanya memang kedai2 buku di m'sia memang tak tahu menyusun buku2 yang terbaik dan yang dapat menarik minat... mungkin mereka lebih mementingkan buku2 yang laris di jual daripada mempromosi buku2 yang berkualiti tetapi tidak laris.... I agree wih you there betul sangat. ( sure org marah nii..)
cuba you tengok waterstone susun buku depa..ade cafe / sofa santai lagi and decor yg Subhanallah cantikk gilerr rasa tak nak keluaq..
nak dok saja tang tu
even in every esection art / science tak kira tingkat mana semua nya stimulating...dan novel PICISAn yg cinta ngok -ngok tu tak dak..kat waterstone tapi WH Smith ader ler
tapi itupun ade juga depa jual buku sastera classic yg berkualiti ..
hmmm tulah
dan scientific books yg macm buku cerita like ..richard feymann ( saya taklah baca tapi sekadar belek jer lah) ..psychology ..
kat MPH tu okay lah tapi tak sama...
[ Last edited by mbhcsf on 27-10-2003 at 03:23 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
cuba tgk bagaimana MPH dan Konikonuya susun buku. Senang nak cari buku mana yang diperlukan. Pastu mana2 buku baru diletakkan di hadapan. Tak silap sherrina slalu buku2 novel melayu diletakkan di rak khas especially kalau buku tu baru diterbitkan. Di kinokuniya sendiri buku Alaf Baru diletakkan di rak pameran buku2 terbitan baru. Nampaknya kedai buku Jepun lebih menghargai karya tempatan berbanding DBP.
Bukan pertama kali mendengar rungutan mengenai DBP. lagi2 pekerjanya yg tak luas pengetahuan berkenaan buku. Ada yg penah komplen petugas DBP tak penah dengar karya Hamka 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wick'......baik pi keje kedai beskal lah .... |
|
|
|
|
|
|
|
You kata novel picisan Da, tapi you tak baca novel 'sastera'.. cuba terangkan diri anda (explain yourself - versi terjemahan iklan)
M- |
|
|
|
|
|
|
|
laa..tak pernah dengaq..
depa tak pernah dengaq itu mmg HAMKA ..laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan semua tak tau S, saya sendiri yang benci sampai nak bakap DBP pun tahu yang ada beberapa kerat yang memang bagus kat DBP... cuma diaorang takde kuasa... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan nak kritik, tapi definasi sastera tu kabur... jadi mungkin apa yang kita fikir picisan ada yang fikir sastera dan vice versa... itu maksud saya bertanya... Cuba tanya orang sekeliling apa yang diorang definasikan sebagai sastera... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|