View: 2625|Reply: 0
|
Sarawak kuasai hari ke-2 Kejohanan MSSM
[Copy link]
|
|
SARAWAK jauh meninggalkan pencabar lain apabila menguasai kedudukan pingat selepas hari kedua Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ke-55 di Stadium Darul Makmur di Kuantah semalam.
Sarawak mengumpul 10 butir emas selepas menambah tujuh hari ini untuk mendahului 16 kontinjen dalam senarai pungutan pingat dengan 10 emas, enam perak dan 10 gangsa.
Selangor yang mula mendahului pada hari pertama kejohanan terpaksa akur bagi mengisi kedudukan kedua pungutan pingat keseluruhan selepas hanya berjaya menambah satu pingat emas menerusi acara lompat bergalah perempuan.
Loh Chooi Joy mencatatkan ketinggian 3 meter untuk merangkul emas diikuti dua atlet dari Sarawak, Phang Chun Yun (2.70 m) dan Celine Kong yang mencatatkan 2.40m.
Perak menduduki tempat ketiga dalam carta pungutan pingat dengan empat emas, lima perak dan empat gangsa diikuti Pahang 5-1-1, Johor 3-4-5 dan Melaka dengan tiga emas, empat perak dan satu gangsa.
KEPUTUSAN:
LOMPAT TINGGI: (Lelaki Bawah 15 tahun)
EMAS: Muhammad Syazwan Ahmad (KL) - 1.79m
PERAK: Muhammad Amzar Syahmie (KDH) - 1.75m
GANGSA: Abdul Rahman Misran (JOH) - 1.75m
LOMPAT KIJANG (Perempuan Terbuka)
EMAS: Fatini Husna Mohd Yusop (PRK) - 11.12m
PERAK: Malisha Nurkamaliah Mustaffa Kamal (SEL) - 10.70m
GANGSA: Nurul Anis Aunie Husin (KEL) - 10.47m
LONTAR PELURU (Lelaki Bawah 15 Tahun)
EMAS: Zulkifli Saidin (SAB) - 13.46m
PERAK: Mohhamad Fadzlee Mohd Latiff (JOH) - 13.35m
GANGSA: Eric Tiong Ing Kuen (SAR) - 12.90m
3000m JALAN KAKI (Perempuan Bawah 15 Tahun)
EMAS: Siti Sofea Mohd Sukri (KEL) - 6:33.78s
PERAK: Nurul Ilyana Syafikah (KEL) - 17:45.15s
GANGSA: Nur Athir Ayuni Sharif (JOH) - 17:58.16s
LOMPAT TINGGI (Perempuan Bawah 15 Tahun)
EMAS: Nur Syahira Mohd Osman (PRK) - 1.63m
PERAK: Tuan Juliana Tuan Hassan (TER) - 1.60m
GANGSA: Shahirah Sazali (PER) - 1.57m
LOMPAT JAUH (Lelaki Bawah 15 Tahun)
EMAS: Andre Anura @ Anuar (SAB) - 6.75m (Rekod Baharu) (Rekod Lama 6.73m)
PERAK: Wahiduzzaman Mohd Nor (JOH) - 6.57m
GANGSA: Nix Watson Baring Ak Joe Bugner (SAR) - 6.34m
100m LARI BERPAGAR (Perempuan Bawah 18 Tahun)
EMAS: Nur Syafiqah Anis Abu Bakar (JOH) - 15.11s
PERAK: Shelma Sharon Ak Anthony James (SAR) - 15.60s
GANGSA: Hezerina Rarandis (SAB) - 15.95s
80m LARI BERPAGAR (Lelaki Bawah 12 Tahun)
EMAS: Muhammad Farid Irfan Suhaimi (PRK) - 11.8
PERAK: Mohd Norhazim Ahmad (SAR) - 12.26s
GANGSA: Muhammad Firdaus Rizuwan (KED) - 12.42s
80m LARI BERPAGAR (Perempuan Bawah 12 Tahun)
EMAS: Irdina Ilmuna Mohd Tarmizi (PAH) - 12.92s
PERAK: Josephine Danson (SAR) - 13.66s
GANGSA: Nur Farahin Azli (JOH) - 13.72s
400m (Perempuan Bawah 15 Tahun)
EMAS: Siti Nur Afiqah Abdul Razak (TER) - 57.24s
PERAK: Zaimah Atifah Zainuddin (KL) - 58.10s
GANGSA: Shereen Samson Vellabouy (PRK) - 58.26s
400m (Perempuan Bawah 18 Tahun)
EMAS: Fathin Faqihah Mohd Yusuf (SAB) - 57.71s
PERAK: Layalia Rameli (TER) - 58.33s
GANGSA: Faradilah Raznie (SAR) - 58.80s
400m (Lelaki Bawah 18 Tahun)
EMAS: Muhammad Azam Masri (MEL) - 49.18s
PERAK: Badrul Hisyam Abdul Manap (MEL) - 49.95s
GANGSA: Ku Amir Syazwan Ku Sharif (KED) - 50.71s
PENTATHLON (Perempuan Terbuka)
EMAS: Tham Yi Yin (KL) - 2,753 mata
PERAK: Nur Izzati Akmal Nazrilazdin (KED) - 2,678 mata
GANGSA: Norkamisah Wati Said (SAR) - 2,345 mata
|
|
|
|
|
|
|
| |
|